Sunday, December 29, 2013

Biasiswa & Elaun HLP



Assalam…nak sambung pasal HLP…sebabnya ramai yang dok tanya2 dan tertanya2 apa yg best sgt dapat HLP ni…ada kawan2 yang mngadu kena perli mcm2 seperti “macam best sgt la sambung belajar tu kan…bukan naik gaji pun, nnt da abes dapat master gaji ko sama je mcm kitorang ni ha.. lepas tu bukan tentu2 lagi ko dapat posting kat sini balik, padan la muka nnt ko posting jauh dr umah”
(haaa…yg bab posting ni nnt aku cerita lain yer, cerita baeikkk punyer…yg dpt HLP je tau keistimewaan ‘posting balik’ yg kitorang dapat ni…hehehe)


HLP adalah singkatan kepada Hadiah Latihan Persekutuan, ianya adalah satu keistimewaan atau hadiah yg diberi oleh kerajaan kepada penjawat awam..dah namanya pun hadiah kan jadi apa2 yg pemegang HLP dapat adalah berupa hadiah dari kerajaan, jangan risau x payah kene bayar balik…ini bukan pinjaman yer…tapi jikalau pecah kontrak atau didapati terlibat dalam perkara2 yang membolehkan biasiswa HLP ni ditarik balik maka adalah bayaran2 yg perlu dibayar balik kpd kerajaan…jgn ingat senang2 je kerajaan nak bg duit yerrr…

Apa yang penerima HLP dapat? Soalan yang paling banyak ditanya…sejujurnya aku sendiri bertanya perkara yang sama masa aku nk memohon dulu, penat meng’google’2 tp jawapan yang aku dapat ialah “ biasiswa dan elaun2”…itu je…elaun apa? Ntah x pernah disebut di mana2 (atau aku yg x jumpa kott) tp bila tnya kawan2 pun mmg mereka kata tak tau sehinggalah kami diberitahu semasa taklimat dari Bahagian Tajaaan..

Jadinya aku akan bgtau kat sini apa yg penerima HLP dapat, dari yuran, elaun hingga ke tuntutan..ini cuma secara ringkasnya saja…maaf, aku sengaja taknak sebut nilainya berapa kat sini…apa yg aku boleh bagitau ialah nilainya sgt lumayan…tp jika terlalu berkehendak sgt2 nak tahu boleh email aku yer…yg sgt2 nk tahu jer ok :P

Pertama sekali apa yg penerima HLP akan dapat ialah :


CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH SELAMA 2 TAHUN

Maknanya, kami akan bercuti tak payah pegi kerja atau apa2 yg berkaitan kerja selama
24 bulan/ 2 tahun dan dibayar gaji penuh sepanjang cuti tersebut..ini termasuk elaun2 dan keistimewaan yg sama seperti mereka yg bekerja, seniority takkan terjejas..maknanya tempoh perkhidmatan takkan terhenti selama kita bercuti, dan jika semasa bercuti kita layak dinaikkan gred kerana time- based maka kita layak utk mendapatnya sama seperti mereka yg bekerja…best kan, tak kerja tapi gaji tetap dapat…dan tetap dpt naik pangkat..hehe


YURAN

  • Yuran pendaftaran universiti
  • Yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian
  • Bayaran peperiksaan
  • Yuran pemeriksaan tesis
  • Yuran ulangan kertas peperiksaan
  • Tajaan untuk pembentangan kertas kerja di seminar/ persidangan antarabangsa


Yuran2 dibayar terus kepada pihak universiti oleh Bahagian Tajaan (BT), bukan guna duit kita dulu bayar baru claim yerr…minta je invois then bg BT nnt diorg akan keluarkan bayaran atau terus masuk dlm akaun bank universiti kita…best kann


ELAUN

  • Elaun sara hidup - ESH (setiap bulan)
  • Elaun buku - EB (setahun sekali)
  • Elaun alat perkakas -EP (setahun sekali)
  • Elaun penempatan -EPTN (sekali di awal pengajian)
  • Elaun akhir pengajian -EAP (sekali selepas tamat pengajian)
  • Elaun bantuan sewa rumah - EBSR (setiap bulan)
  • Elaun bantuan keluarga- EBK (setiap bulan)
  • Elaun tesis -ET (sekali selepas menghantar tesis)
  • Elaun COLA (setiap bulan; kadar mengikut tempat belajar)

haa..ni la dia elaun2 yg diperkatakan tu...banyak kan...elaun ni berbeza mengikut tempat belajar, juga berbeza mengikut status samaada bujang ataupun yg sudah berkahwin...yg dah kawen dapat lebih skit..yg dah ada anak dapat lebih lagi, hehehe ..hampir semua perbelanjaan semasa belajar ditaja oleh kerajaan, termasuk jika belajar ada membawa isteri/suami dan anak2 maka utk mereka juga ada elaun juga yer (untung yg dah bekeluarga kann) ...bg kbayakan penerima HLP, ada yg x perlu keluarkan duit sendiri pun sepanjang masa pengajian, bygkan sampai ada sorg cikgu boleh simpan duit dan beli rumah semasa beliau bercuti belajar...siapa yg nak bagi kan? ;)
owh, ni elaun2 utk penerima HLP dalam negara je yer...yg luar negara ada tambahan elaun2 lain pulak.. ;)


TUNTUTAN

  • Tuntutan pindah rumah
  • Tuntutan perjalanan
  • Tuntutan pindah barang (lori/ kontena)
  • Tuntutan bayaran Passport & Visa (luar negara)
  • Bayaran tiket Kapal Terbang (luar negara atau luar semenanjung)


Tuntutan dan elaun adalah berbeza. Tuntutan dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian iaitu diawal pengajian.

Jadi, inilah apa yg penerima HLP dapat sepanjang tempoh pengajian mereka, kadar ni berbeza untuk yg buat Master dan PHD yer…dan jika sambung di luar negara lagi la byk beza..huhu
Juga berbeza mengikut status, maknanya kalau dah kawen maka nilainya lebih la lumayan lagi, so sebelum apply sila kawen dulu…kannn...hehehe

Elaun2 ni akan dibayar secara advance sekaligus utk 3 bulan sekali…maknanya akan dapat sedebuk… jadi pandai2 la bajet yer, byk tau nk guna duit buat research, buat tesis, byr duit guna lab, guna equipments, beli bahan2 (bg kes aku ler yg buat content) gunakan duit yg kerajaan bg tu utk study bukan wat enjoy yer kwn2..bak kata kawan aku, tu duit pembayar cukai tu tau tak, jgn wat joli lak…hehehe, tima kasih la pembayar2 cukai kerana menaja pengajian kami semua…

so apalagi, best tak...teruja tak? Haa, tu lah tujuan post ini dibuat…bukan berniat utk riak tp utk bg semua org teruja, juga utk menunaikan permintaan rakan2 yg selalu bertanya apa istimewanya HLP ni...sbb selama ni ada juga yg tak tau apa HLP ni, so sekarang dah tau, dah jelas kan maka taun depan ramai2 la mohon HLP taww…jgn risau dgn kata2 susah nak dapat la, apa la..mohon je dulu, usaha lepas tu doa…sbb kalau tanpa usaha sampai bila la kita mcm tu jer…manala tau kan rezeki…dan iyer, sebenarnya niat sebenar kta adalah utk sambung belajar, bukannya sebab duit yg diberi kerajaan ni tapi tak salah kan kalau kita rebut peluang dan keistimewaan yg dah diberikan ni…bak kata org tua2, untung sabut timbul, untung batu tenggelam…tiada salahnya mencuba dan berusaha.. selebihnya serahkan kpd nasib dan perancangan Allah swt……
  
Ok, nnt kita sambung psl tips temuduga pulak yer…
wassalam...



Kursus Persediaan HLP



assalam..

lama sungguh tak update, al kisah dok mengadap segala borang2 permohonan universiti dan segala borang2 permohonan cuti belajar..alhamdulillah selesai sudah semuanya, tinggal tunggu result tawaran je...insha Allah kalau ada rezeki akan mula bercuti belajar awal bulan 2 ni..

so, nak sambung kisah yg tertunda...
kisah tentang kursus intervensi atau kursus persediaan HLP selama 2 minggu yg wajib kami semua hadiri…kursus ini wajib kepada semua penerima HLP dan juga bagi guru2 yang memohon cuti belajar tanpa biasiswa..kursus dijalankan mengikut zon, awal cuti akhir tahun ari tu untuk kami yg belah zon selatan ni diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bahru...
oklah..walaupun duduk asrama dan mkn kat dewan mcm budak skolah sepanjang 2 minggu tu, tapi semua mencukupi...asrama cukup selesa alhamdulillah, ada aircond, tv, private toilet...makanan di dewan makan pun boleh tahan sedap juga..da rasa mcm duduk di asrama yg diupgrade lak...hehe..



pengisian masa kursus padat dengan kuliah- kuliah berkenaan dengan ilmu pnyelidikan...tenaga pengajar adalah doctorate2 dari IAB dan IPG yg mempunyai kepakaran & pengalaman…kami diajar bagaimana cara untuk mencari maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan sebagainya...methodology, jenis pnyelidikan juga cara penulisan pnyelidikan yang betul..kebanyakan kuliah dijalankan secara teori dan kemudian diaplikasikan dalam tugasan berkumpulan dan pembentangan...benar, ilmu mengenai pnyelidikan mmg takkan dapat disampaikan kesemuanya dalam masa 2 mggu dan kami takkan mahir dalam masa 2 mggu saja..tapi at least setelah bertahun2 meninggalkan universiti, mata dan minda kami terbuka la sikit...dan at least kami dapat bersedia dengan apa yg kami akan hadapi semasa di universiti nanti...
insha Allah prjuangan akan diteruskan....

selain dari kuliah, ada juga slot2 dari Bahagian Tajaan, Bahagian Perkhidmatan dan juga dari Bahagian Akaun yg menerangkan dgn lebih mendalam lagi tentang elaun2, biasiswa, tuntutan2, borang2 dan segala2 mengenai cuti belajar, penilaian prestasi dan keperluan2 juga perkara2 yg perlu kami alert semasa tempoh bercuti…sangat2 berguna info yg diberikan…



tapi apa yg paling beharga dan paling mahal yg kami dapat semasa kursus ini adalah rakan2 seperjuangan… rakan2 yg sgt memahami, sgt byk membantu dan sgt menyokong antara satu sama lain..yg kesemuanya punya background yg hebat2 belaka, namun sgt2 matang dan humble..entah mcm mana dlm masa yg sekejap itu kami menjadi sgt akrab dan dapat membina satu support system yg sgt2 diperlukan dalam transisi kerjaya kami ini.. …alhamdulillah, semoga ukhwah yg dijalin berkekalan dan berpanjangan hendaknya…dan kita sama2 support each other hingga kita semua beroleh kejayaan kelak...dan semoga usaha kita semua diberkati Allah yer...Insha Allah

Aminn.....wassalam


Thursday, December 12, 2013

9 Disember.....hari yang biasa2 saja




9 disember hanyalah satu tarikh yang biasa, cuma hari yang biasa dimana kita menghirup udara yang sama...luar biasanya hanya untuk kedua ibubapaku pada 33 tahun yang lalu, kerana itu harinya saat aku lahir ke dunia...selebihnya bila tahun bertukar tahun, ianya hanya hari yang biasa2 saja...aku tak perlukan banyak kerana aku ni mudah saja....cukuplah ia diingati oleh org2 yang tersayang, ianya dah cukup membahagiakan...dan menjadikan hari itu hari yang terbaik sepanjang tahun...tak perlu majlis yg grand, x perlu hadiah mahal2, dan tak perlu kek besar2...
(tapi tahun ni, berkongsi sebiji kek dengan adik lelaki yg sambut hari lahir pada bulan yg sama..bukan utk sambutan sebab bukan pada hari lahir pun, lebihnya kepada nak belanja keluarga makan saja sempena meraikan pengantin baru...hihihi)


pada aku, memperingati hari kelahiran adalah sangat baik, tetapi sangat baik jika ianya turut dapat memperingatkan kita tentang betapa dekatnya hari kematian...kan :) 

beberapa tahun ini aku telah berkembara secara sendirian pada hari kelahiranku, destinasinya hanya aku saja yang tahu, sekurang2nya sehingga selepas kembara itu berakhir... mulanya hanya utk mengubat lara, a soul searching journey...supaya aku lupa tentang tarikh itu...kemudiannya, jadi semacam acara tahunan pula, utk pergi berehat dan menenangkan minda....dan kemudian ianya jadi satu obsesi, yang tidak boleh ditinggalkan saban tahun...hahaha, pelik tapi benar..

namun, kembaraku tahun ini adalah yang paling membuka mata, hati dan minda...kembara yang bukan dirancang pun sebenarnya, satu kebetulan...mungkin sebagai satu hadiah yang agaknya dahpun dirancang oleh Allah swt...kemana? biarlah aku sahaja yang tahu kemana ya :)

Buat sahabat2 & mereka2 yang kutemui sepanjang perjalanan kembaraku itu, titipan doaku takkan putus buat kalian semua..tabahkan hati, inshaa Allah ada kebahagiaan dan ganjaran dari Allah nanti…

Bantu mereka Ya Allah, meredhakan hati yang pasrah..agar mereka kuat dan dapat terus mensyukuri nikmatMu..
Bantu mereka Ya Allah, dengan kekuatan hati dan iman, agar mereka dapat bangkit dari hampa dan kecewa..
Bantu mereka Ya Allah, dari ujian yang engkau turunkan, sesungguhnya mereka adalah manusia2 kerdil yang tidak mampu berdiri tanpa kasih sayangMu.. 

 Bantu mereka Ya Allah….Bantu mereka…


“Redup mata bagai berbicara
cerita hati yang terluka
Dan kupinta semua cahaya
Menyuluh laluan damainya…”



* alhamdulillah...terima kasih pada kawan2 yang yang sudi meluangkan sedikit dari masa korang utk menulis ucapan dan  mendoakan yang baik2, harap aku telah brjaya dapat membalas kesemua ucapan2 tersebut sbgai tanda penghargaan, baik dimana2 saja saluran komunikasi yg ada, aku sgt2 menghargainya....kalau ada yg tertinggal terlepas pandang maaf sgt2 dan terima kasih banyak2 yer... :)



Saturday, December 7, 2013

Date with more Antoos Part 2



assalam...

ari ni nk sambung citer date with antoo yg tertunda tu, sampaikan ada yg tanya mana sambungan...hahaha, ada gak yg ikut citer tu....sorry la, sibuk sgt bbrapa mggu ni mnghadiri kursus smpaikan terlupa...so here it goes..

 sambungannya lepas je kitorang balik dr night of fright kt sunway lagoon bulan 10 yg lepas...yg x braper nk fright sgt tu la...kitorg pun mcm agak kuciwa la jugak sbb x menjangkau expectation kitorang (kecuali si jason yg pegang chainsaw tu, tu mmg really fright okeh)...a few days later pastu, adik aku wassap...yong, ko nak ikut tak aku gi singapore weekends ni...kita gi uss diorg ada wat halloween night, lagi best dr sunway...eeekkk, bior betul kuciwa tahap gaban dia smpai nk gi singapore...aku pun check schedule tgok mmg weekend tu free so apalagi la (lgpun, dah org nk blanjer kannn...hehe)...bertolak jumaat malam ngn sorang family friend, sampai ttgah pagi tu kitorg check in hotel...then besoknya pick up adik pompuan kitorang yg keje kt jb tu terus masuk singapore...








selalunya uss kan buka belah siang, kul 6 da tutup dah.. tapi dah namanya halloween nite kan so diorang buka uss ni for few days specially utk halloween nite ni jer...aku dah penah pegi uss waktu siang, korang yg da penah pegi pun mesti rs best sgt kann...tp honestly, entering uss at night is totally a whole different experience...mmg sgt2 sgt2 sgt2 awesome!! dgn lightings dia, sound & special effects dia, props dia, scareactors/ actresses yg sgt 2 talented, then the whole area g waktu siangnya sgt2 sweet & dreamy dah berubah rupa ikut tema halloween, even show monster rock pun ikut tema halloween...tp kan, all the sweet cartoon characters yg muncul sekali2 kt tepi2 jalan tu all gone..instead digantikan dgn vampires, draculas, wizard, witches, scary looking creatures dan antoosss...yesss, and they are everywhere...i mean EVERYWHERE...kecuali di chill out zone (Science Fiction Zone), tmpat org yg nk dapat sakit jantung dok ber'chill out' atau berehat (kitorang kat sana main bubbles...hahaha)...

masuk2 je, xleh pegi mana2 sbb ada opening 'scaremony' then diintroduce ngn 3 'mascot' taun ni...3 Sisters of Evil : Maiden of the Opera, Daughter of the Undead & Crone of the Forest (kalau nasib baik, dapat jumpa diorg dalam scarezone masing2 nanti)....opening 'scaremony' mmg sgt best sbb smpai skang aku dok terpikir camner diorg boleh ilang dr dalam cage yg tgh hanging in the air pastu tiba2 muncul depan stage yg jauhnya 100 meters dr tempat cage tu...hmmmmmmm magic ke sihir ke..ntahlaaa
taun ni uss buat 3 haunted house yg bg aku mmg sgt2 best, sgt2 realistic dan sgt2 awesome la: Possession : House No 13, Adrift & Song of Death ...3 umah antoo ni ada cerita masing2, da masuk bru dpt figure out the whole stories...really2 send chill to our spine tp xla smpai sgt2 menakutkan ( kalau takut sgt ada yg kene angkut ngn ambulance lak nnt..kann), then ada 3 scarezone : Attack of the Vampires (kat area New York), Convention of Curses (kat area Ancient Egypt) & Forbidden Forest (kat area Madagascar)...yg paling seram kat Forbidden Forest la sbb penuh ngn malay ghosts, pocong, pontianak (siap peluk nisan pastu nanges2 atas pokok yerr), langsuir, hantu raya...and such (kita org melayu ni mmg lg takut ngn antoo local compare ngn vampires & draculas kan....hehehe)...selain drpada tu, attraction lain yg mmg sedia ada kt uss turut dibuka mcm transformers, the mummy, semua2 tu la kecuali battlestar galactica (keciwa gak ar x dapat naik roller coaster tu waktu malam...)

so, aku actually xnak wat review...klau nk diceritakan semua mmg entry ni akan jd sgt2 panjang...so kalau korang curious nak tau apa yg uss offer utk halloween night pd taun ni, sila baca kt website bawah ni, siap ader review, walkthrough, survival guides, scare zone report, haunted house report...bla bla bla....mmg best...
( aku x bertanggungjawab yerr...klau korang jd addicted...hahaha)

http://dejiki.com/tag/hhn/


enjoy the picca ya...sorry kt dalam haunted house mmg xleh amik gambo...huhuu









*overall, mmg sgt2 best..5 star event...n sgt2 berbaloi
  satu spoil jer, kitorg pegi on a peak nite, so bratur sgt panjang...tp managed to survived few haunted houses   lepas baca survival guides...hahaha
  mmg wajib repeat next year....saper nak ikot??? hehehe


Wednesday, November 27, 2013

Sang Pelangi





meminjam madah seorang inspirator..

Senyum dan terus senyum waima dihujani cabaran dan dugaan hidup. Cukup indah menikmati warna- warni pelangi selepas hujan membasahi bumi.

Hidup hanya sekali, teruskan langkah demi langkah dengan penuh hati- hati. Apabila berjaya, tunduk sujud pada Ilahi. Jika sebaliknya, jatuh bangun, kembali bangkit dan terus berlari mengejar mimpi.

Laskar pelangi, melakar senyuman setiap hari, walau sukar berdiri, penat berlari, diri tetap digarap menuju kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki. InsyaAllah.

~ Kush ~

Alhamdulillah.....Terima kasih Allah....
akan teruskan berlari...mengejar sang pelangi
tanpa menoleh lagi...juga tanpa gusar di hati
kerna ku tahu Kau akan sentiasa ada.. :)



Friday, November 22, 2013

Stress Therapy



As salam...

baru 3-4 ari kurusus...eh, kursus....(xde maknanya kurus, 24 jam asik makan jer...)
masing2 punya otak sudah tepu....ye la da lama da tinggal benda2 alah pasal research ni tetiba kena belajar balik semua tu, nak tak nak kena try consume gak sbb nnt mmg nak kena apply masa buat tesis...
makanya kami2 pun cari alternative la nk release the tension...apart from mengarut2 dalam grup whatsapp (amponn kakak2 & abang2 yg rasa irritating ngn post2 mengarut tu ek...kitorg just nk release the steam...hahaha) apa lagi cara yg paling baik selain dari MAKANNNN!! (pas abes kursus kene diet balik nih...huhuhu)

nasib baik jumpa ngn kawan2 satu kepala yg gila2 & suka makan2 gak...hahaha...apalagi kan...best2 tau cikgu2 kt dlm grup ni, semua sempoi walaupun background semuanya hebat2 belaka...hopefully pas abis kursus ni kita still keep in touch yer, mana nk tau nk stress therapy masa tgh kusut2 menyiapkan tesis nnt, boleh la kita hang out camni lagi...insha allah :)
jom layan gamba ;)









elok2 nk start makan tu , tetiba ada lak krew TV3 ngan TV al Hijrah buat shooting, dah merasa jadi retis japs...hahaha...ntah bila ntah diorg kata kuar kt tv aku pun da luper lak...huhu
pastu gi jln2 kt Pasar Karat...jumpa ngn tudung villa nabila...hahaha x boleh blah! (oh yer, kitorg lalu depan villa tu kengkonon nk tgkap gambo tapi polis da seal abes pintu masuk dia, sape pon xleh masuk dah pasni..)
pastu terjumpa lak ngn 'kawan baik' corak batik2 tu...sakan la ape lagi...heeee

still 1 week to go sblum kitorg go our own way...chaiyokk2!


Tuesday, November 19, 2013

Tawaran HLP 2014 - Second Intake



Assalam..

bersiaran sekejap di celah2 kuliah yg cramp..just utk mnyampaikan breaking news ni..
agaknyer bersinar2 mata kawan2 yg agak kurang bernasib baik ditawarkan hlp taun depan kan...berita baiknya yg telah disahkan oleh pihak tajaan pendidikan bahawa akan ada lagi guru2 yg bakal ditawarkan hlp tahun 2014..kira mcm second intake la kan..
bilangan yg akan ditawarkan tak pula diberitahu tapi bilangannya x ramai la...mungkin ada calon yg ditemuduga yg kecewa sbb gagal padahal mereka rasa mereka dah buat sehabis baik masa temuduga, jangan sedih2 yer..mungkin kalau ada rezeki kawan2, inshaa allah anda akan terima surat tawaran daripada bhgian tajaan dlm masa terdekat ni...

tahniah pada yg berjaya..dan bg yg tak juga bernasib baik, kawan2 semua blh cuba lg tahun depan sbbnya tahun depan bhgian tajaan akan memperluaskan peluang calon2 utk ditemuduga..maknanya tahun depan peluang utk dipanggil temuduga lebih tinggi dan peluang utk berjaya mungkin lebih cerah lagi yer..

oklah..nnt sambung lg psl kursus time free2 yer
assalam...

Saturday, November 16, 2013

Royals







And we'll never be royals,
it don't run in our blood,
that kind of luck just ain't for us,
we crave a different kind of buzz...


lagu ni berhantu sungguh...bkn sbb lagu tapi sbb suara budak ni..
baru 16 taun yer umur dia...unic sgt suara dia kan.... :)
kalau soh mengaji best nih...hahaha


* hey...wake up
go and chase ur dreams ;)..
sebelum tu wake up n kemas beg baju dulu.....huwaaa!! malasnyerr nk meninggalkan umah
dan bebudak jebons semua....wuwuwu




Wednesday, November 13, 2013

Majlis Taklimat HLP 2014




as salam...
alhamdulillah...selesai sudah majlis pnyampaian surat tawaran HLP dan CBBP TB 2014 beserta taklimat dari bahagian tajaan KPM, juga dari Bahagian Pendidikan Guru...
taklimat ni penting yer...so kalau dapat hadir pegi la, sbb byk benda yg kita tak tau atau blur2 pasal cuti, elaun, faedah, naik pangkat, posting dan kita juga boleh tanya lebih lanjut pasal kursus yg ditawarkan pada kita..especially pd sesiapa yg ada problem nk memohon universiti...
mggu depan selama 2 minggu jumpa lagi ngn batch belah selatan utk kursus intervensi kt JB lak..bolehla sambung kutip ilmu2 yg berharga dari pensyarah2 yg akan bagi kuliah kt sana nanti..in shaa allah...so klau terlepas majlis taklimat ni, boleh jer tanya masa berkursus nanti...kat sana mereka akan terangkan dgn lebih lanjut lagi...

tertanya2 berapa org yg ditawarkan cuti  belajar dan HLP taun depan? 395 orang daripada sekolah, matrikulasi, ipg dan iab utk kursus Sarjana dan PHD...pecahannya tak tau berapa byk...yg diberitahu seramai 3800 lebih yg buat permohonan online tahun ni...dan seramai tu aje yg ditawarkan...jadinya yang hadir dlm dewan hari ni mmg harus sgt2 bersyukur kerana  berjaya termasuk dalam 10% yg terpilih tu...

so now da official la dan dlm bbrapa ari lagi jabatan dan sekolah akan terima surat tawaran yang sama...hopefully org2 kt jabatan dan ppd tak la tergezut dan xde la apa2 masalah yg timbul, dan diorg pun boleh plan utk cari guru ganti utk gantikan aku kt skolah utk taun depan...mcm yg penah aku bgtau, kt sekolah hnya aku sorang je yg ajar subjek mpv ni...mmg sgt susah nk meninggalkn atau bertukar sekolah klau takde guru lain yg mengganti sbb subjek ni bkn mcm subjek lain boleh amik saper2 je mengajar...guru yg nak mengajar subjek ni perlu pegi kursus penataran mpv dan diiktiraf utk jadi pentaksir...jadinya kalau aku keluar mmg kena ada guru ganti yg sama subjek kalau tak mmg tergantung tanpa tali la budak2 form 4  taun ni bila dorang naik form 5 taun depan...huuu

ok, nnt aku update ttg kursus intervensi tu pulak...bukan apa, saja nk buat jurnal ttg perjalanan permohonan dan perkara2 yg berkaitan dgn HLP ni supaya dapat dijadikan panduan, juga sbgai rujukan utk kawan2 yg akan cuba memohon HLP juga di masa hadapan...


Hari 'Asyura




As salam...

selamat menyambut Hari 'Asyura....puasa pada Hari 'Asyura iaitu pada 10 muharram ialah sunat mu'akkad iaitu ibadah sunat yg sgt dituntut..bagi org yg nak berpuasa pada hari 'Asyura sunat mendahuluinya dengan puasa pada hari Tasu'a dahulu kerana sebagai langkah berjaga2 dengan kiraan hari pada bulan muharram, ditakuti hari yang dianggap Hari Tasu'a kemungkinan adalah Hari 'Asyura..juga untuk membezakan kita daripada org yahudi yang berpuasa pada Hari 'Asyura sahaja..juga disunatkan kita berpuasa pada 11 Muharram jika tidak berpuasa pada Hari Tasu'a..dan juga bagi mematuhi tegahan Rasullullah saw yang menegah kita berpuasa satu hari sahaja satu- satunya seperti pada hari Jumaat, namun begitu jika tidak berkemampuan, tidaklah menjadi apa- apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada Hari 'Asyura


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa Hari 'Asyura iaitu :

- Berpuasa pada hari 'Asyura sahaja.
- Berpuasa pada Hari Tasu'a (9 Muharram) dan pada Hari 'Asyura (10 Muharram)
-Berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan pada hari selepasnya (11 Muharram)
-Berpuasa pada ketiga- tiga hari tersebut. 

Selain daripada melakukan puasa pasa Hari 'Asyura, orang Islam juga disunatkan untuk menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)


Niat puasa Hari Tasu'a : 9 Muharram (13 Nov 2013)
"Nawaitu sauma gadhin min yaumi tasu'a sunnatan lillahi ta'ala"

Niat puasa Hari 'Asyura : 10 Muharram (14 Nov 2013)
"Nawaitu sauma 'asyura sunnatan lillahi ta'ala"





* Ya Allah....dalam sibuk2 da hampir terlupa, mujur mak ingatkan kejap tadi....
alhamdulillah...aku mmg selalu terlupa hal2 mcm ni, nasib baik la mak selalu jer ingatkan...sebabnya kalau kat rumah mmg satu rumah kene puasa sbb mak pun x masak...so bila mak x masak semua org x makan, so bila x makan mak kata lebih baik la puasa sunat...dapat pahala dan klau dibuat bersungguh dpt syafaat Rasulullah saw..kan :)

selamat berpuasa yer semua....jazakallahu khair



Tuesday, November 12, 2013

Glam & Glitz Nite ;)



9 Nov, Saturday
The Royal Bintang, Seremban



dinner skolah taun ni kt seremban...sajer tukar angin katanyer sbb da abes pusing da hotel kt PD tu buat dinner akhir tahun...dan mmg berbaloi sbb foods kt hotel ni mmg sodapp..hehe...
gempah seh theme taun nih (sbb slalu xde la beria bertema bagai...haha)...since ni dinner yg last skali utk aku kt sdasa ni, so taun ni aku beria sket la mengikut theme, sket je ponn xde la bling2 sgt...sempat la di fire ngn sorang 'makcix tukang pnyambut tetamu' ni "wow farah, u wear a decent clothes la dis year" (makcix ckp b.i wehh..u know who...hahaha) sbb tetiap taun datang selamba jer pakai aper yg sempat dgn niat datang nk makan jehh ngn kutip cabutan bertuah..( i once datang wearing jeans ngn wrinkled blouse sbb baru balik dr soromban...hahaha, teruk kan)...pastu sblum2 ni mmg x penah pun sebok2 nk amik gambo, kali ni join la dorang berposing sakan utk kenang2an...ye la pasni ntah bila agaknya dpt jumpa lagi...uhuk2 sedey balikk :'(

anyway, salute la pd semua ajk2 mskpp yg bertungkus lumus menjayakan majlis, great effort and it's a great event indeed, doorgift pon best...n majlis pnyampaian anugerah yg tergezut tu pun best gak, best la sbb dapat hadiah kann...hahaha  (pedulikkan ckp2 blakang n umpat keji by a bunch of makcix2 tu hokeh, they just a people with a bitter heart..yg penting hnya u all je tau penat lelah u all semua)...next year new cycle of ajk's lak akan amik alih...dgr2nyer pengerusi baru yg sgt berdedikasi tu da buat plan baeikk punyer utk next year...siap ader lawatan, family day la, bowling tournament la....huwaaaa, korang mmg kann, aku da nak pegi baru korang nk buat aktiviti best2....x kira gak...nak ikottttt!! :D





gonna miss all of u sdasarians....really2..... :'(


Monday, November 11, 2013

Selamat Berjaya...



assalam....

Ya Allah..minggu yg sangat2 bizi, minggu terakhir sekolah mcm ni la tiap2 taun..apatah lagi start cuti ni je aku kena terus pegi kursus persediaan HLP tu, maknanya semua keje mmg kene siap mggu ni jugak..klau tak boleh gak drag smpai ke cuti skolah nk siapkan segala bagai ni....ujung taun ni aku kene kemas dan kosongkan semua almari dan meja dan bwk balik semua barang2 aku ke rumah..ye lah, aku mgkin ada kt sini smpai ujung bln januari je...lepas tu i'm leaving for good...isskk sedih lak rasanya.... :'(

dalam sibuk2 terlupa lak dah taun baru kan...alhamdulillah dapat lagi hirup udara yg Allah beri di tahun baru ni...semoga tahun baru dan hidup baru yg bakal aku tempuhi nanti menjanjikan rahmat dan kejayaan, in shaa allah...dan semoga aku akan menjadi insan yg lebih baik dari tahun lepas, yg lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah beri...

di samping itu jugak, buat semua anak2 didik yg sedang menduduki peperiksaan SPM yg sgt2 penting skrang ni...jgn malas ulangkaji, jgn tinggal solat...jgn lupa doa semoga terang hati, dipermudahkan Allah semasa mnjawab soalan...dan semoga berjaya dapat keputusan yg akan membanggakan kedua ibu bapa...cikgu minta maaf x dapat buat kelas tambahan mcm tahun2 lepas sbb kena mnghadiri kursus, tp in shaa allah lepas je cikgu abis kursus, cikgu akan cuba usahakan utk buat kelas terakhir sblm kamu sit utk paper K&P yer...in shaa allah sempat...



ok, nak sambung kemas2...


Sunday, November 3, 2013

Keputusan Temuduga HLP 2014




assalam....

keputusan temuduga biasiswa yg ditunggu2 dahpun keluar ari kamis lepas....pada kwn2 yg sama2 pegi temuduga utk Hadiah Latihan Persekutuan dan juga Cuti belajar bergaji penuh 2014 boleh check kat website kat bawah yer...






Alhamdulillah....aku antara insan2 yg terpilih dan berjaya dalam temuduga tu dan ditawarkan biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh selama dua tahun bwh program HLP taun depan...walaupun mcm da x braper yakin sgt akan dapat sbb ni baru pertama kali aku memohon, kemudian dimomok2kan pula dgn statement yg HLP ni mmg susah sgt nk dapat klau xder kabel la, aper la... buat semangat aku sikit down ms tggu result tapi kalau dah tertulis rezeki kita, mcm mana sekalipun akan tetap jadi hak kita juga kan...Terima kasih Allah...sgt2 bersyukur atas nikmat dan anugerah yg diberikan, Terima kasih mak, ayah atas doa x putus2 dan kawan2 yg banyak membantu masa aku nk siapkan proposal... insyaallah aku takkan sia-siakan peluang yg diberi ni...
pada kwn2 yg tak berjaya cuba lagi yer, insyaallah kalau rezeki...untung sabut timbul, untung batu tenggelam...yg penting usaha, doa, tawakal...mintak pada Allah ari2, insyaallah Dia akan dengar....

so, next step kene pegi kursus prsediaan HLP kt JB..taun ni diorg buat 2 mggu je, mesti pack gila2 kuliah... skang ni tgh nk mohon tempat kt universiti...kene cepat2 sbb nk kejar kemasukan bulan Februari, klau lambat alamat kene tunggu sampai September lak....dah la ader 2 taun je nk completekan study...huhuhu..........x sabar nk bergelar student balik....hehehe...a whole new life waiting....permudahkan lah Ya Allah.....aminnn



Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras " (Surah Ibrahim : ayat 7)



Monday, October 28, 2013

A Date with Antoooos :)



assalam...

holidays come early la gamaknyer taun ni...huhuhu
niat di hati sblum cuti ni nk bertapa siapkan keje2 semua...tp dalam 2 minggu udah berjalan ke merata2 lak...
alkesahnyer...aku ngn citer2 antoo mmg susah nk dpisahkan, x tau knaper sejak dr kecik aku suka la citer2 antoo, citer2 mistik, jugak suka sgt explore tempat2 yg org kata 'keras'...pantang dengar citer antoo yg seram2 mesti x senang duduk la slagi x tengok.... dedulu....sengsorang pun leh layan midnite citer antoo smpai kul 2-3 pg, pastu drive balik umah sensorang gak ikot hiway seremss tu....dedulu la....skang nih x gi lagi mlm2, dsebabkan peristiwa mendapat rider tu laaa...trauma hokehh..hahaha...tp memula jeh la takot pastu da lupa dahh...bukan nk ckp besar, tp selalunya after the first encounter org akan rasa lebih berani sket, aku ni dah braper kali encounters dah kot sejak dr zaman2 dok asrama dulu sampai zaman dok kuarters lama sampai la ni...huhuhu...lgpun mcmna sekalipun aku mmg kene belajar beranikan diri....citer2 antoo tu boleh buat ko imun sbnarnya, ikut teori aku la...hahahaha....nasib baik la adik aku yg keje drebar tu (bak kata en mijoe *wink) pon mmg kaki tgok citer sereemms..aper lagi abes di donlodnyer semua citer antoo, pastu aku balik aku kmpg kebasss....muehehehe

pastu last week tiba2 dia whatsapp ajak gi Night of Fright kt sunway lagoon, tu mesti sbb semua aweks2 xmo gi, semua penakot ler tu..hahaha....yer, mmg btol...jgn bwk org yg penakot pegi event yg ader antoo dan umah antoo, alamatnyer sama la mcm ko pegi sensorang, ataupun ko kene teman dia lak dok kt luar...pastu x sampai sejam dia da ajak ko kluar...adoiyaiii lebur duit tiket mahal2...huuu

ni first time snwy lagoon wat such event...website dia mmg agak menarik tp promo & teaser dia sedeyyy,
 hopefully nxt year diorg akan improve..masa kitorg gi tu mmg x ramai org even though ari tu ari minggu...ader bbrapa umah antoo ikut tema masing2 tapi sedeyy..x seram langsung hokehh..semuanya, diulangi semuanyaaa antoo zombie yg tepanjat2 boboi kan org, yg kelakau bila masuk kt dalam pastu kat section ni ktorg jmp sekor zombie ni pastu bila jalan depan eehh jump balik zombie yg sama...pastu depan lagi ehhh ko lagi...rasanyer sbb x cukup org kot yg nk keje jd antoo..smpai satu tahap kitorg nyorok blakang pintu then kitorg balik yg tepanjat boboi kan zombie tu...hahaha, tp kesian gak kt zombie tu, terkejar2 dia nak menakutkan orang...

tapi, despite of umah2 antoo yg mnyedihkan tu...few things yg boleh dipuji ialah cara dorg transform the park n scareactors/actresses yg berkeliaran around the park, a few part in the park mmg feel mcm betul2 kt kubor...and a few antoo yg berkeliaran smbil menakotkan org kt luar tu mmg ada yg betul2 menakutkan...huuuu ( si jason yg pegang chainsaw tu really make me run mcm x cukup tanah, mau tak lari klau dia dah tggu ko tgh2 jalan pastu on chainsaw tu n kejor ko)
two thumbs up utk  dorg sbb sgt2 into their character n x sombong n gave a very good pose bila org ajak amik gambo, tp diorg lgsung x bercakap la...mengilai2 n menjerit2 jeh...hahaha

all and all, kitorg have a good time gak la...at the end of the event tu bila all hell break loose, semua antoo2 berkumpul berkomplot n serang isap darah semua org yg ader *hahaha, just in my imagination....x la, last tu semua antoo dtg depan stage n kitorg have ample time la amik gambo puas2...tu jehh....but still agak dissapointed gak la ngn umah antoo dorang...neway, this is their first time kan so dmaafkan la, still a good effort..but seriously snwy lagoon need a lot more to improve klau nk wat event camni lg nxt year...props, tambah lg scareactors/ actresses n tambah element2 yg bg feel keangkeran tu...fogs, music, props etc etc...
people are paying to be scares so make us really scared hokeh :)







haaaaa.....seremmm tak, seremmm tak????
x seremmm pon kann...kannn :P


then...a few days later, disebabkan masih lagi agak kuciwa ngn experience yg x braper nan hado kt snwy lagoon tu...we decided to go for the extreme...
kitorang decide to go to.....

the most anticipated horror event of the year.....
and probably the most scariest in the region
( katernyerrrr laaaa...)

V
V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

cer teka.....cer teka.....muahahaha
nanti la in the next entry yerrr....tungguuuuu




Friday, October 25, 2013

New Hot Item!



assalam...
musim duyan da lama abes....jadinya da agak lama la x membuat duyan crepe...tapi demam duyan crepe kt skolah aku masih lagi tak kebah2, so ari2 diorang masih lagik berzikir pasal duyan crepe...asal masuk ari kamis je mesti ader yg dok tnya sok ader tak crepe ( aku buat ari jumaat je sbb ari tu je aku free)..adoiyaiii, nak buat camner..bukan xmo buatkan tapinya dari lukut smpai ke pasir panjang mencari duyan mmg nan hado...
so jdiknya utk menarik perhatian mereka2 itu away dari duyan crepe aku pun membuat satu menu baru...hohohohoh *gelak jahat

first buat sket utk jadik tester..maka beremut2 la diorng datang mengetest...pastu amik order, dan beremut2 jugak la order yg masuk (padan ngn muka aku mengadap mende alah ni jer satu ari)...all and all alhamdulillah mereka suka ngn menu baru ni dan alhamdulillah jugak atas rezeki yg dikurniakan Allah...

nak tau menu baru tu aper?? hehehe
ala...yg tgh glemer kt tenet skang ni ha....biasalah dessert2 ni semua bermusim, dulu red velvet, pastu durian crepe...skang ni snow cheesecake lak @ cheese cake meleleh ikut nama komersil dia kt tenet tu...hahaha
tp kek ni mmg strictly utk cheese lover jeh sbb dia sgt la cheesy, creamy, gooeyy and melty....mmg heaven! tp utk org yg x braper suka cheese mcm a bit too much kottt.....cheese berlayer2 bertingkek2 hokeh...eeakk :P





aku wat utk jual kt skolah jeh yerr...tu pon x cukup, arini wat seploh bekas ader lagik yg tanya, sok buat doploh pun still ader yg tanya lagik...huuu.....so saper2 yg tingin dan saper2 yg crazy over cheesy, creamy,  gooey stuff like dis sila ler google dan beli ler dr penjual2 online yg berdekatan ngn anda, kek ni mmg xleh pos deknon...bersepai dalam perjalanan nanti...huhuhu

ok, tu je nak citer...nk sambong tgok bajet 2014...hehehe...wassalam :)



Wednesday, October 23, 2013

Monday, October 21, 2013

Al- Fatihah...









16 Oktober 2013 : 11 Zulhijjah 1434
(Hari Tasyrik ke-1)

Pada tengahari hari yang mulia itu, sebaik saja selepas zohor sahabat itu telah pergi, pergi dengan tiba2 untuk selama2nya...pergi dalam usia yang masih terlalu muda, pergi dengan membawa kerinduan kami yg tak sempat melawat beliau ketika uzur, membawa ralat hati kami kerana tak sempat menunaikan permintaan2 kecil terakhirnya, dan juga kerana x sempat menatap wajahnya buat kali terakhir....begitu sekejap saja beliau uzur dan begitu cepat dan mudah pula Allah menjemput beliau pulang kesisiNya....

Sesungguhnya dia sahabat yang sangat baik...sangat mengambil berat...sangat penyabar...pendengar yang paling baik dan antara yg sangat rapat waktu kami menghadiri mesyuarat2 membina modul dan dsk..
masih terbayang2 momen2 indah, terngiang2 segala gurauan, perbualan, luahan hati dan impian masa depan yg dikongsi bersama2...semuanya akan kekal dalam ingatan

Allah lebih menyayangimu sahabat, damailah dikau disana...kami redha dengan pemergianmu...tetapi kami semua akan tetap mengingati dan merinduimu selalu...semoga rohmu dicucuri rahmat dan kamu ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman..



اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار


Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.



Al- Fatihah


Thursday, October 17, 2013

Balikkk!!! Da Maghrib...!!




oooooooooo!!!   ooooooooooo!!!.........
boboooooo!! didieeeee!!! jijoyyyyy!!! bobbyyy!!!!!
weh da mcm tarzan lak...huhuhu
maner ntah jejebon ni...


BALIKKKKK!!! da nak maghrib da ni....karang kalau da maghrib mama tutup pintu korang dok la kat luar tu...biar kene sorok ngn anto tetek....heeeeee


mama! kiter da balikkkk...

alololo...pandainyerrr, budak baik ni jugak yg dengar cakap taww :)


ishhhh, maner ntah dorang nih....



ha! 2 jebons spotted!! 
(hehehe, skodeng dr atas nih mata kene tajam yerr)
nasib baik la mama ader tempat skodeng ni boleh mama carik kat maner korang ni semua
kalau nk harap mama panggil korang sajer je menyorok celah rumput la, dalam longkang laa kaaan....grrrrr



bobo! udah..mama da nampak kamu..toksah perasan nak men'camouflage'kan diri kat tembok tu, 
awak tu bkn all white hokehh...
 panggil semua balik skang jugak! da nak maghrib ni...
kang mama mengamok kang, semua kene dok blakang!


hmmmm, skang ari2 kene jadi tarzan....sebabnya skang ni bebudak jebons semua ni da buat perangai baru...
dorang da x reti nak balik umah sendiri bila da maghrib * nanges.....slalunya kul 7 jer semua da ada kt depan umah, tinggal nk hangkat jer pastu masukkan dlm umah...skang ni klau nampak mama dorang kuar umah semua da ready da....penat main kejau2, lari2 sudahnyer diorg gi lompat umah sebelah...adoiyaiii....kenkadang tu x nmpak bayang pon...dah pulak kene pusing keliling jadi tarzan...kot la klau diorg muncul xper gak...klau smpai maghrib x keluar2 lantak korang ler...malam2 kang pandai lak semua balik sendiri ader je depan pintu.....kalau mama kurung korang sehari semalam dalam umah ni pun nnt korang tawaf satu umah cari2 lubang nk keluar, pastu menung depan pintu tengok luar...mama lak yg kesian menengoknyer..xper la anak2 oi, asalkan korang pandai jaga diri n pandai balik sudahlah...jaga diri tau n stay safe... (issskk....risau gak bila ade yg x balik...saper x risau wehhh)


MAMA!!! BALIKKKKK!!! DA MAGHRIB NI...NNT KITORANG KUNCI PINTU MAMA TIDO LUAR....EHEHEHE


hampehhhhh........




Wednesday, October 16, 2013

Sanah Helwah Mak :)










mak ratu hati kami semua....alhamdulillah, terima kasih kerana menyabung nyawa utk melahirkan kami, bersusah payah membesarkan dan mendidik kami semua agar menjadi anak2 yang soleh, berguna dan berjaya...kami semua berjaya hari ini kerana didikan dan berkatnya titipan doa tanpa jemu dari mak dan ayah...insyaallah kami akan balas semua jasa2 mak dan ayah hingga ke akhir hayat walaupun apa yg kami mampu berikan tak setimpal dengan apa yg telah mak dan ayah korbankan utk kami selama ini...
kami sayang mak sangat2 :)

semoga mak panjang umur, sentiasa di bawah limpah rahmat Allah swt...sentiasa sihat, gembira dan bahagia...semoga Allah sentiasa merapatkan ukhwah kita sekeluarga dengan kasih sayang dan kebahagiaan yg melimpah ruah...insyaallah aminnn



My mum still look young and pretty kan?? sbb tu ayah sayang sgt kt mak...* wink2


*tima kasih Bedin's Clan yg sudi dtg memeriahkan...insyaallah lepas ni kita sambut besdey yg lain2 pulak okeh...hehe
13102013