Assalam…nak sambung
pasal HLP…sebabnya ramai yang dok tanya2 dan tertanya2 apa yg best sgt dapat
HLP ni…ada kawan2 yang mngadu kena perli mcm2 seperti “macam best sgt la
sambung belajar tu kan…bukan naik gaji pun, nnt da abes dapat master gaji ko
sama je mcm kitorang ni ha.. lepas tu bukan tentu2 lagi ko dapat posting kat
sini balik, padan la muka nnt ko posting jauh dr umah”
(haaa…yg bab posting
ni nnt aku cerita lain yer, cerita baeikkk punyer…yg dpt HLP je tau
keistimewaan ‘posting balik’ yg kitorang dapat ni…hehehe)

HLP adalah singkatan kepada
Hadiah Latihan Persekutuan, ianya adalah satu keistimewaan atau hadiah yg
diberi oleh kerajaan kepada penjawat awam..dah namanya pun hadiah kan jadi apa2
yg pemegang HLP dapat adalah berupa hadiah dari kerajaan, jangan risau x payah
kene bayar balik…ini bukan pinjaman yer…tapi jikalau pecah kontrak atau
didapati terlibat dalam perkara2 yang membolehkan biasiswa HLP ni ditarik balik
maka adalah bayaran2 yg perlu dibayar balik kpd kerajaan…jgn ingat senang2 je
kerajaan nak bg duit yerrr…
Apa yang penerima HLP
dapat? Soalan yang paling banyak ditanya…sejujurnya aku sendiri bertanya
perkara yang sama masa aku nk memohon dulu, penat meng’google’2 tp jawapan yang
aku dapat ialah “ biasiswa dan elaun2”…itu je…elaun apa? Ntah x pernah disebut
di mana2 (atau aku yg x jumpa kott) tp bila tnya kawan2 pun mmg mereka kata tak
tau sehinggalah kami diberitahu semasa taklimat dari Bahagian Tajaaan..
Jadinya aku akan
bgtau kat sini apa yg penerima HLP dapat, dari yuran, elaun hingga ke tuntutan..ini
cuma secara ringkasnya saja…maaf, aku sengaja taknak sebut nilainya berapa kat
sini…apa yg aku boleh bagitau ialah nilainya sgt lumayan…tp jika terlalu
berkehendak sgt2 nak tahu boleh email aku yer…yg sgt2 nk tahu jer ok :P
Pertama sekali apa yg penerima HLP akan dapat ialah :
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH SELAMA 2
TAHUN
Maknanya, kami akan bercuti tak payah pegi kerja atau apa2
yg berkaitan kerja selama
24 bulan/ 2 tahun dan dibayar gaji penuh sepanjang cuti
tersebut..ini termasuk elaun2 dan keistimewaan yg sama seperti mereka yg
bekerja, seniority takkan terjejas..maknanya tempoh perkhidmatan takkan
terhenti selama kita bercuti, dan jika semasa bercuti kita layak dinaikkan gred
kerana time- based maka kita layak utk mendapatnya sama seperti mereka yg bekerja…best
kan, tak kerja tapi gaji tetap dapat…dan tetap dpt naik pangkat..hehe
YURAN
- Yuran pendaftaran universiti
- Yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian
- Bayaran peperiksaan
- Yuran pemeriksaan tesis
- Yuran ulangan kertas peperiksaan
- Tajaan untuk pembentangan kertas kerja di seminar/ persidangan antarabangsa
Yuran2 dibayar terus
kepada pihak universiti oleh Bahagian Tajaan (BT), bukan guna duit kita dulu
bayar baru claim yerr…minta je invois then bg BT nnt diorg akan keluarkan
bayaran atau terus masuk dlm akaun bank universiti kita…best kann
ELAUN
- Elaun sara hidup - ESH (setiap bulan)
- Elaun buku - EB (setahun sekali)
- Elaun alat perkakas -EP (setahun sekali)
- Elaun penempatan -EPTN (sekali di awal pengajian)
- Elaun akhir pengajian -EAP (sekali selepas tamat pengajian)
- Elaun bantuan sewa rumah - EBSR (setiap bulan)
- Elaun bantuan keluarga- EBK (setiap bulan)
- Elaun tesis -ET (sekali selepas menghantar tesis)
- Elaun COLA (setiap bulan; kadar mengikut tempat belajar)
haa..ni la dia elaun2 yg diperkatakan tu...banyak kan...elaun ni berbeza mengikut tempat belajar, juga berbeza mengikut status samaada bujang ataupun yg sudah berkahwin...yg dah kawen dapat lebih skit..yg dah ada anak dapat lebih lagi, hehehe ..hampir semua perbelanjaan semasa belajar ditaja oleh kerajaan, termasuk jika belajar ada membawa isteri/suami dan anak2 maka utk mereka juga ada elaun juga yer (untung yg dah bekeluarga kann) ...bg kbayakan penerima HLP, ada yg x perlu keluarkan duit sendiri pun sepanjang masa pengajian, bygkan sampai ada sorg cikgu boleh simpan duit dan beli rumah semasa beliau bercuti belajar...siapa yg nak bagi kan? ;)
owh, ni elaun2 utk penerima HLP dalam negara je yer...yg luar negara ada tambahan elaun2 lain pulak.. ;)
owh, ni elaun2 utk penerima HLP dalam negara je yer...yg luar negara ada tambahan elaun2 lain pulak.. ;)
TUNTUTAN
- Tuntutan pindah rumah
- Tuntutan perjalanan
- Tuntutan pindah barang (lori/ kontena)
- Tuntutan bayaran Passport & Visa (luar negara)
- Bayaran tiket Kapal Terbang (luar negara atau luar semenanjung)
Tuntutan dan elaun
adalah berbeza. Tuntutan dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian iaitu
diawal pengajian.
Jadi, inilah apa yg
penerima HLP dapat sepanjang tempoh pengajian mereka, kadar ni berbeza untuk yg
buat Master dan PHD yer…dan jika sambung di luar negara lagi la byk beza..huhu
Juga berbeza mengikut
status, maknanya kalau dah kawen maka nilainya lebih la lumayan lagi, so
sebelum apply sila kawen dulu…kannn...hehehe
Elaun2 ni akan
dibayar secara advance sekaligus utk 3 bulan sekali…maknanya akan dapat sedebuk… jadi pandai2
la bajet yer, byk tau nk guna duit buat research, buat tesis, byr duit guna
lab, guna equipments, beli bahan2 (bg kes aku ler yg buat content) gunakan duit
yg kerajaan bg tu utk study bukan wat enjoy yer kwn2..bak kata kawan aku, tu
duit pembayar cukai tu tau tak, jgn wat joli lak…hehehe, tima kasih la
pembayar2 cukai kerana menaja pengajian kami semua…
so apalagi, best tak...teruja tak?
Haa, tu lah tujuan post ini dibuat…bukan berniat utk riak tp utk bg semua org
teruja, juga utk menunaikan permintaan rakan2 yg selalu bertanya apa istimewanya HLP ni...sbb selama ni ada juga yg tak tau apa HLP ni, so sekarang dah tau, dah jelas kan maka taun depan ramai2 la mohon HLP taww…jgn risau dgn kata2 susah nak
dapat la, apa la..mohon je dulu, usaha lepas tu doa…sbb kalau tanpa usaha
sampai bila la kita mcm tu jer…manala tau kan rezeki…dan iyer, sebenarnya niat
sebenar kta adalah utk sambung belajar, bukannya sebab duit yg diberi kerajaan
ni tapi tak salah kan kalau kita rebut peluang dan keistimewaan yg dah
diberikan ni…bak kata org tua2, untung sabut timbul, untung batu tenggelam…tiada
salahnya mencuba dan berusaha.. selebihnya serahkan kpd nasib dan perancangan
Allah swt……
Ok, nnt kita sambung
psl tips temuduga pulak yer…
wassalam...
wassalam...
4 comments:
Trima ksih ats prkongsian... Insyaallah akn cube dptkannya...
Selamat berjaya yer :)
Rupanya ramai yg x th keistimewaan hlp...eloklah tu u bg th farah...dh hmpr 10 thn sy tmt bljr guna hlp...mmg amat bermanfaat sekali...so apa lagi mohonlah sementelah masih ada peluang...but ada satu lagi tmbhn...elaun cola adalah mgikut tpt bljr...itu masa den dululah...
Ada yg x tau pun hlp ni wujud kak..haaa, acaner tu..haah, tertinggal..masih sama lg skrg, elaun cola ikut tempat belajar...nnt den edit yer...thanks :)
Post a Comment