Showing posts with label HLP 2014. Show all posts
Showing posts with label HLP 2014. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Tips Memohon HLP & CBBPTB


Assalam..

Ari ni nk kongsi tips2 semasa memohon & mengisi borang permohonan HLP & CBBPTB..tips2 ni adalah dr pengalaman sendiri dan juga tips yg dikongsi oleh ahli-ahli panel penemuduga dan pegawai2 Bahagian Tajaan sewaktu kami menghadiri kursus persediaan..InshaAllah semoga dpt memberi manfaat kepada rakan2 yg sedang dalam proses memohon yer..

  1. Baca dan fahamkan syarat, tatacara dan panduan mengisi borang dengan teliti. Pastikan anda benar2 layak dan menepati syarat utk memohon. Ada bbrapa syarat wajib yg anda perlu penuhi sebelum memohon jd baca betul2 yer.
  2. Pilih kursus yg paling bersesuaian dengan apa yg sedang anda ajar ataupun yg paling hampir dan berkaitan dgn major/minor anda semasa degree dulu. Ada yg memohon kursus yg lari jauh dr bidang sendiri kerana dia rasa mungkin senang nak dapat tapi effectnya ialah bila anda kena buat proposal & disoal waktu interview nanti. Ada calon yg langsung x dpt menjawab soalan panel sebab kursus yg dipilih bukanlah bidang dia.
  3. Semak markah LNPT anda. Ini ditekankan oleh panel penemuduga kerana ia adalah kriteria paling penting dalam proses pemilihan calon. Pastikan anda mendapat markah 85% ke atas untuk tiga tahun kebelakangan. Bonus kepada calon yg memperolehi 90% ke atas kerana peluang untuk disenarai pendek lebih tinggi.
  4. Pastikan anda bebas dari apa- apa tindakan tatatertib. Sejarah tindakan tatatertib akan menjejaskan peluang mendapat tawaran. Mungkin juga takkan tersenarai langsung.
  5. Pastikan anda telah mengisytiharkan harta. Antara syarat penting dalam permohonan, jika belum cepat2 buat dan cepat2 minta ketua jabatan luluskan.
  6. Semak buku perkhidmatan anda, jika ada sebarang perkara yg belum dikemaskini beritahu kepada kerani anda dan minta dia kemaskinikan sebelum salinan dihantar bersama2 borg permohonan (cth : naik pangkat/ gaji, penganugerahan APC dsbnya)
  7. Isi semua bahagian dlm borg permohonan dgn lengkap. Pastikan anda tulis semua maklumat yg diperlukan. Maklumat paling penting adalah di bahagian pencapaian dalam perkhidmatan kerana ini adalah markah dan kriteria penting yang akan dinilai semasa proses pemilihan, pastikan anda tulis semua sumbangan/ keterlibatan anda semasa dlm perkhidmatan, segala penerbitan/penulisan cth jika anda pernah terlibat membangunkan buku teks/ modul/ standard kurikulum/ panel pemeriksa kertas soalan/ panel pembina soalan dsbnya. Sertakan sijil2 atau jika tiada sijil blh sertakan salinan surat panggilan mesyuarat/ kursus sebagai bukti. Nyatakan juga jika anda menerima apa2 anugerah cth : APC/ anugerah kurikulum atau kokurikulum/ peningkatan pencapaian dalam peperiksaan PMR atau SPM. Sertakan salinan sijil atau apa sahaja dokumen bertulis yg blh dijadikan bukti.
  8. Setelah selesai mengisi borang online, semak semula dgn teliti semua bahagian yg perlu diisi sebelum anda tekan butang hantar. Tarikh akhir permohonan online sehingga 24 Mei 2014. 
  9. Selesai hantar borg online, cetak satu salinan dan tandatangan. Pastikan semua dokumen yang perlu dihantar disahkan dan disusun seperti dalam senarai semak. Semua borg2 dan dokumen perlu ditebuk dan diikat bersama spt dalam senarai semak. Double check utk pastikan semuanya lengkap.
  10. Dapatkan perakuan dari Ketua Jabatan/pengetua. Selepas tu dapatkan perakuan/ pengesahan Pengarah Pelajaran Negeri. Hantar awal ke JPN supaya anda tak terkejar2 kerana Pengarah selalunya sibuk dan tiada di pejabat (memang akan makan masa). Peruntukkan dlm seminggu utk dapatkan tandatangan beliau. Selalunya kerani JPN akan call utk minta anda ambil borg yg dah ditandatangani.
  11. Hantar borang permohonan anda sebelum atau selewat2nya pada 30 Mei 2014. Pastikan borg anda betul2 sampai ke Bahagian Tajaan. Nak selamat guna Poslaju atau kurier, nk lg selamat hantar je by hand kalau dekat. Ada je kes surat tawaran tersangkut di pejabat pos, jadi pastikan usaha anda menulis dan menyediakan semua dokumen tu tak sia2 ok.

Alhamdulillah...selesai dah satu fasa...mmg tedious dan byk kerja kan, tp jika ada kemahuan kita kenala usahakan..jgn putus asa ok..InshaAllah jika ada rezeki rakan2 akan disenaraikan untuk menghadiri temuduga (satu lagi fasa yg agak menggerunkan sbnarnya..hehe)..
Sementara menunggu tawaran temuduga bykkan buat solat hajat dan solat dhuha...ada calon yg berkali2 memohon tapi tak pernah dipanggil temuduga, ada juga calon yg memohon sekali dan terus berjaya dipanggil temuduga dan dapat tawaran...semuanya rezeki, mcmn berusaha sekalipun akhirnya semua akan ditentukan oleh Allah juga kan..jadi jgn putus asa dan berusaha lagi sambil bertawakal kepadaNya...InshaAllah

Akan dikongsikan nanti cara2 penulisan dan contoh2 proposal yg perlu disediakan untuk temuduga, juga tips dan soalan2 yg selalu ditanya semasa sesi temuduga (soalan2 ni dikumpulkan dri pengalaman sendiri dan rakan2 yg berjaya mendapat tawaran)..sama2 kita berkongsi nanti dan mendapat kebaikan daripadanya yer...
All the Best buat semua  rakan2 yg memohon! :)



* utk dptkan lebih tips, boleh la berkunjung ke blog cikgu dahlia..dulu masa memohon pun byk dptkan tips dr dia, ramai rakan2 guru pun refer kepada dia masa memohon..she's very2 helpful...nk cari blog dia taip je cikgu dahlia atau kat sini http://www.cikgudahlia.com/ (cikgu dahlia, i'm sending more crowds ya...hehe) :)

*maaf, email lama tu dah crash...x blh buka dah..so apa2 boleh email guna email baru ni yer:  farahlizaisa@yahoo.com



Friday, May 2, 2014

Borang Tawaran



Assalam kawan2...



borang tawaran HLP dan CBBPTP online telah dibuka kembali....alhamdulillah




tarikh memohon adalah dari 25 April - 24 Mei 2014..
ada masa lagi...sempat lagi nk isi dan lengkapkan semua borang2..jgn ptus asa ok ;)

pada rakan2 guru yg ada komen dan email sy berkenaan dgn HLP inshaAllah sy akan cuba jawab semuanya berdasarkan pengalaman dan apa yg sy tau...maaf la kalau lambat sbb sibuk dgn pembentangan proposal..
semoga usaha semua dipermudahkan yer..selamat berjaya

InshaAllah :)



Tuesday, April 1, 2014

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan CBBPTB Sesi 2015



Assalam...


Nak sampaikan satu berita baik utk semua rakan2 PPPS yg berhajat utk menyambung pelajaran Master atau PhD, tawaran biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTP) sesi 2015 telahpun dibuka secara online. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2014 ni..kawan2 boleh click kt bwh ni sbb iklan ni belum lagi kluar kat laman web KPM ....






utk yg still confuse antara 2 program yg ditawarkan, ni nk bg penerangan sikit :


HLP :  Penerima ditawarkan cuti bergaji penuh selama 2 tahun dan mendapat tajaan penuh semua yuran pengajian, termasuk elaun2 yg ditawarkan mengikut program dan bidang..senarai elaun blh rujuk kat SINI... 


CBBTB  : Penerima ditawarkan cuti bergaji penuh selama 2 tahun tetapi yuran pengajian tidak ditaja dan tidak mendapat apa2 elaun dari Bahagian Tajaan...maksudnya self sponsored la semua..ok



ramai yg tanya psl iklan HLP di laman web KPM tu..ok, yg tu ialah HLPS iaitu Hadiah Latihan Persekutuan separuh masa...dimana penerimanya tidak ditawarkan cuti belajar tetapi mendapat tajaan pendidikan dimana yuran pengajiannya ditanggung dan dia akan dapat elaun buku dan elaun tesis SAHAJA...so rakan2 guru masih perlu bekerja pd hari biasa dan arrangekan utk kuliah pd hujung minggu sahaja..klau tak confident boleh je mohon yg tu tapi pd pendapat kami cubalah yg kt atas ni, dapat cuti belajar 2 tahun dan dapat semua elaun2 yg ditawarkan...InshaAllah kalau betul ada kesungguhan dan ada rezeki Allah akan permudahkan..

selamat mengisi borang yer rakan2 semua...baca betul2 arahan dan pilih betul2 bidang yg anda nk amik..sbb lepas ditawarkan bidang tu tak boleh ditukar kepada bidang yg lain...kalau perlukan bantuan komen je kt comment box inshaAllah sy cuba jawab mana yg dapat dijawab...InshaAllah entry mngenai tips2 dan contoh proposal utk mnghadiri temuduga akan menyusul nanti...


Selamat Berjaya! :)



update :

* Borang tawaran online HLP dan CBBPTB ditutup buat sementara oleh KPM, akan dibuka balik kemudian...tggu yer :)

update :

*Borang tawaran online telah dibuka kembaali...boleh tengok disini yer..
Borang Tawaran




Sunday, December 29, 2013

Biasiswa & Elaun HLP



Assalam…nak sambung pasal HLP…sebabnya ramai yang dok tanya2 dan tertanya2 apa yg best sgt dapat HLP ni…ada kawan2 yang mngadu kena perli mcm2 seperti “macam best sgt la sambung belajar tu kan…bukan naik gaji pun, nnt da abes dapat master gaji ko sama je mcm kitorang ni ha.. lepas tu bukan tentu2 lagi ko dapat posting kat sini balik, padan la muka nnt ko posting jauh dr umah”
(haaa…yg bab posting ni nnt aku cerita lain yer, cerita baeikkk punyer…yg dpt HLP je tau keistimewaan ‘posting balik’ yg kitorang dapat ni…hehehe)


HLP adalah singkatan kepada Hadiah Latihan Persekutuan, ianya adalah satu keistimewaan atau hadiah yg diberi oleh kerajaan kepada penjawat awam..dah namanya pun hadiah kan jadi apa2 yg pemegang HLP dapat adalah berupa hadiah dari kerajaan, jangan risau x payah kene bayar balik…ini bukan pinjaman yer…tapi jikalau pecah kontrak atau didapati terlibat dalam perkara2 yang membolehkan biasiswa HLP ni ditarik balik maka adalah bayaran2 yg perlu dibayar balik kpd kerajaan…jgn ingat senang2 je kerajaan nak bg duit yerrr…

Apa yang penerima HLP dapat? Soalan yang paling banyak ditanya…sejujurnya aku sendiri bertanya perkara yang sama masa aku nk memohon dulu, penat meng’google’2 tp jawapan yang aku dapat ialah “ biasiswa dan elaun2”…itu je…elaun apa? Ntah x pernah disebut di mana2 (atau aku yg x jumpa kott) tp bila tnya kawan2 pun mmg mereka kata tak tau sehinggalah kami diberitahu semasa taklimat dari Bahagian Tajaaan..

Jadinya aku akan bgtau kat sini apa yg penerima HLP dapat, dari yuran, elaun hingga ke tuntutan..ini cuma secara ringkasnya saja…maaf, aku sengaja taknak sebut nilainya berapa kat sini…apa yg aku boleh bagitau ialah nilainya sgt lumayan…tp jika terlalu berkehendak sgt2 nak tahu boleh email aku yer…yg sgt2 nk tahu jer ok :P

Pertama sekali apa yg penerima HLP akan dapat ialah :


CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH SELAMA 2 TAHUN

Maknanya, kami akan bercuti tak payah pegi kerja atau apa2 yg berkaitan kerja selama
24 bulan/ 2 tahun dan dibayar gaji penuh sepanjang cuti tersebut..ini termasuk elaun2 dan keistimewaan yg sama seperti mereka yg bekerja, seniority takkan terjejas..maknanya tempoh perkhidmatan takkan terhenti selama kita bercuti, dan jika semasa bercuti kita layak dinaikkan gred kerana time- based maka kita layak utk mendapatnya sama seperti mereka yg bekerja…best kan, tak kerja tapi gaji tetap dapat…dan tetap dpt naik pangkat..hehe


YURAN

  • Yuran pendaftaran universiti
  • Yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian
  • Bayaran peperiksaan
  • Yuran pemeriksaan tesis
  • Yuran ulangan kertas peperiksaan
  • Tajaan untuk pembentangan kertas kerja di seminar/ persidangan antarabangsa


Yuran2 dibayar terus kepada pihak universiti oleh Bahagian Tajaan (BT), bukan guna duit kita dulu bayar baru claim yerr…minta je invois then bg BT nnt diorg akan keluarkan bayaran atau terus masuk dlm akaun bank universiti kita…best kann


ELAUN

  • Elaun sara hidup - ESH (setiap bulan)
  • Elaun buku - EB (setahun sekali)
  • Elaun alat perkakas -EP (setahun sekali)
  • Elaun penempatan -EPTN (sekali di awal pengajian)
  • Elaun akhir pengajian -EAP (sekali selepas tamat pengajian)
  • Elaun bantuan sewa rumah - EBSR (setiap bulan)
  • Elaun bantuan keluarga- EBK (setiap bulan)
  • Elaun tesis -ET (sekali selepas menghantar tesis)
  • Elaun COLA (setiap bulan; kadar mengikut tempat belajar)

haa..ni la dia elaun2 yg diperkatakan tu...banyak kan...elaun ni berbeza mengikut tempat belajar, juga berbeza mengikut status samaada bujang ataupun yg sudah berkahwin...yg dah kawen dapat lebih skit..yg dah ada anak dapat lebih lagi, hehehe ..hampir semua perbelanjaan semasa belajar ditaja oleh kerajaan, termasuk jika belajar ada membawa isteri/suami dan anak2 maka utk mereka juga ada elaun juga yer (untung yg dah bekeluarga kann) ...bg kbayakan penerima HLP, ada yg x perlu keluarkan duit sendiri pun sepanjang masa pengajian, bygkan sampai ada sorg cikgu boleh simpan duit dan beli rumah semasa beliau bercuti belajar...siapa yg nak bagi kan? ;)
owh, ni elaun2 utk penerima HLP dalam negara je yer...yg luar negara ada tambahan elaun2 lain pulak.. ;)


TUNTUTAN

  • Tuntutan pindah rumah
  • Tuntutan perjalanan
  • Tuntutan pindah barang (lori/ kontena)
  • Tuntutan bayaran Passport & Visa (luar negara)
  • Bayaran tiket Kapal Terbang (luar negara atau luar semenanjung)


Tuntutan dan elaun adalah berbeza. Tuntutan dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian iaitu diawal pengajian.

Jadi, inilah apa yg penerima HLP dapat sepanjang tempoh pengajian mereka, kadar ni berbeza untuk yg buat Master dan PHD yer…dan jika sambung di luar negara lagi la byk beza..huhu
Juga berbeza mengikut status, maknanya kalau dah kawen maka nilainya lebih la lumayan lagi, so sebelum apply sila kawen dulu…kannn...hehehe

Elaun2 ni akan dibayar secara advance sekaligus utk 3 bulan sekali…maknanya akan dapat sedebuk… jadi pandai2 la bajet yer, byk tau nk guna duit buat research, buat tesis, byr duit guna lab, guna equipments, beli bahan2 (bg kes aku ler yg buat content) gunakan duit yg kerajaan bg tu utk study bukan wat enjoy yer kwn2..bak kata kawan aku, tu duit pembayar cukai tu tau tak, jgn wat joli lak…hehehe, tima kasih la pembayar2 cukai kerana menaja pengajian kami semua…

so apalagi, best tak...teruja tak? Haa, tu lah tujuan post ini dibuat…bukan berniat utk riak tp utk bg semua org teruja, juga utk menunaikan permintaan rakan2 yg selalu bertanya apa istimewanya HLP ni...sbb selama ni ada juga yg tak tau apa HLP ni, so sekarang dah tau, dah jelas kan maka taun depan ramai2 la mohon HLP taww…jgn risau dgn kata2 susah nak dapat la, apa la..mohon je dulu, usaha lepas tu doa…sbb kalau tanpa usaha sampai bila la kita mcm tu jer…manala tau kan rezeki…dan iyer, sebenarnya niat sebenar kta adalah utk sambung belajar, bukannya sebab duit yg diberi kerajaan ni tapi tak salah kan kalau kita rebut peluang dan keistimewaan yg dah diberikan ni…bak kata org tua2, untung sabut timbul, untung batu tenggelam…tiada salahnya mencuba dan berusaha.. selebihnya serahkan kpd nasib dan perancangan Allah swt……
  
Ok, nnt kita sambung psl tips temuduga pulak yer…
wassalam...



Kursus Persediaan HLP



assalam..

lama sungguh tak update, al kisah dok mengadap segala borang2 permohonan universiti dan segala borang2 permohonan cuti belajar..alhamdulillah selesai sudah semuanya, tinggal tunggu result tawaran je...insha Allah kalau ada rezeki akan mula bercuti belajar awal bulan 2 ni..

so, nak sambung kisah yg tertunda...
kisah tentang kursus intervensi atau kursus persediaan HLP selama 2 minggu yg wajib kami semua hadiri…kursus ini wajib kepada semua penerima HLP dan juga bagi guru2 yang memohon cuti belajar tanpa biasiswa..kursus dijalankan mengikut zon, awal cuti akhir tahun ari tu untuk kami yg belah zon selatan ni diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bahru...
oklah..walaupun duduk asrama dan mkn kat dewan mcm budak skolah sepanjang 2 minggu tu, tapi semua mencukupi...asrama cukup selesa alhamdulillah, ada aircond, tv, private toilet...makanan di dewan makan pun boleh tahan sedap juga..da rasa mcm duduk di asrama yg diupgrade lak...hehe..



pengisian masa kursus padat dengan kuliah- kuliah berkenaan dengan ilmu pnyelidikan...tenaga pengajar adalah doctorate2 dari IAB dan IPG yg mempunyai kepakaran & pengalaman…kami diajar bagaimana cara untuk mencari maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan sebagainya...methodology, jenis pnyelidikan juga cara penulisan pnyelidikan yang betul..kebanyakan kuliah dijalankan secara teori dan kemudian diaplikasikan dalam tugasan berkumpulan dan pembentangan...benar, ilmu mengenai pnyelidikan mmg takkan dapat disampaikan kesemuanya dalam masa 2 mggu dan kami takkan mahir dalam masa 2 mggu saja..tapi at least setelah bertahun2 meninggalkan universiti, mata dan minda kami terbuka la sikit...dan at least kami dapat bersedia dengan apa yg kami akan hadapi semasa di universiti nanti...
insha Allah prjuangan akan diteruskan....

selain dari kuliah, ada juga slot2 dari Bahagian Tajaan, Bahagian Perkhidmatan dan juga dari Bahagian Akaun yg menerangkan dgn lebih mendalam lagi tentang elaun2, biasiswa, tuntutan2, borang2 dan segala2 mengenai cuti belajar, penilaian prestasi dan keperluan2 juga perkara2 yg perlu kami alert semasa tempoh bercuti…sangat2 berguna info yg diberikan…



tapi apa yg paling beharga dan paling mahal yg kami dapat semasa kursus ini adalah rakan2 seperjuangan… rakan2 yg sgt memahami, sgt byk membantu dan sgt menyokong antara satu sama lain..yg kesemuanya punya background yg hebat2 belaka, namun sgt2 matang dan humble..entah mcm mana dlm masa yg sekejap itu kami menjadi sgt akrab dan dapat membina satu support system yg sgt2 diperlukan dalam transisi kerjaya kami ini.. …alhamdulillah, semoga ukhwah yg dijalin berkekalan dan berpanjangan hendaknya…dan kita sama2 support each other hingga kita semua beroleh kejayaan kelak...dan semoga usaha kita semua diberkati Allah yer...Insha Allah

Aminn.....wassalam


Tuesday, November 19, 2013

Tawaran HLP 2014 - Second Intake



Assalam..

bersiaran sekejap di celah2 kuliah yg cramp..just utk mnyampaikan breaking news ni..
agaknyer bersinar2 mata kawan2 yg agak kurang bernasib baik ditawarkan hlp taun depan kan...berita baiknya yg telah disahkan oleh pihak tajaan pendidikan bahawa akan ada lagi guru2 yg bakal ditawarkan hlp tahun 2014..kira mcm second intake la kan..
bilangan yg akan ditawarkan tak pula diberitahu tapi bilangannya x ramai la...mungkin ada calon yg ditemuduga yg kecewa sbb gagal padahal mereka rasa mereka dah buat sehabis baik masa temuduga, jangan sedih2 yer..mungkin kalau ada rezeki kawan2, inshaa allah anda akan terima surat tawaran daripada bhgian tajaan dlm masa terdekat ni...

tahniah pada yg berjaya..dan bg yg tak juga bernasib baik, kawan2 semua blh cuba lg tahun depan sbbnya tahun depan bhgian tajaan akan memperluaskan peluang calon2 utk ditemuduga..maknanya tahun depan peluang utk dipanggil temuduga lebih tinggi dan peluang utk berjaya mungkin lebih cerah lagi yer..

oklah..nnt sambung lg psl kursus time free2 yer
assalam...

Wednesday, November 13, 2013

Majlis Taklimat HLP 2014




as salam...
alhamdulillah...selesai sudah majlis pnyampaian surat tawaran HLP dan CBBP TB 2014 beserta taklimat dari bahagian tajaan KPM, juga dari Bahagian Pendidikan Guru...
taklimat ni penting yer...so kalau dapat hadir pegi la, sbb byk benda yg kita tak tau atau blur2 pasal cuti, elaun, faedah, naik pangkat, posting dan kita juga boleh tanya lebih lanjut pasal kursus yg ditawarkan pada kita..especially pd sesiapa yg ada problem nk memohon universiti...
mggu depan selama 2 minggu jumpa lagi ngn batch belah selatan utk kursus intervensi kt JB lak..bolehla sambung kutip ilmu2 yg berharga dari pensyarah2 yg akan bagi kuliah kt sana nanti..in shaa allah...so klau terlepas majlis taklimat ni, boleh jer tanya masa berkursus nanti...kat sana mereka akan terangkan dgn lebih lanjut lagi...

tertanya2 berapa org yg ditawarkan cuti  belajar dan HLP taun depan? 395 orang daripada sekolah, matrikulasi, ipg dan iab utk kursus Sarjana dan PHD...pecahannya tak tau berapa byk...yg diberitahu seramai 3800 lebih yg buat permohonan online tahun ni...dan seramai tu aje yg ditawarkan...jadinya yang hadir dlm dewan hari ni mmg harus sgt2 bersyukur kerana  berjaya termasuk dalam 10% yg terpilih tu...

so now da official la dan dlm bbrapa ari lagi jabatan dan sekolah akan terima surat tawaran yang sama...hopefully org2 kt jabatan dan ppd tak la tergezut dan xde la apa2 masalah yg timbul, dan diorg pun boleh plan utk cari guru ganti utk gantikan aku kt skolah utk taun depan...mcm yg penah aku bgtau, kt sekolah hnya aku sorang je yg ajar subjek mpv ni...mmg sgt susah nk meninggalkn atau bertukar sekolah klau takde guru lain yg mengganti sbb subjek ni bkn mcm subjek lain boleh amik saper2 je mengajar...guru yg nak mengajar subjek ni perlu pegi kursus penataran mpv dan diiktiraf utk jadi pentaksir...jadinya kalau aku keluar mmg kena ada guru ganti yg sama subjek kalau tak mmg tergantung tanpa tali la budak2 form 4  taun ni bila dorang naik form 5 taun depan...huuu

ok, nnt aku update ttg kursus intervensi tu pulak...bukan apa, saja nk buat jurnal ttg perjalanan permohonan dan perkara2 yg berkaitan dgn HLP ni supaya dapat dijadikan panduan, juga sbgai rujukan utk kawan2 yg akan cuba memohon HLP juga di masa hadapan...


Sunday, November 3, 2013

Keputusan Temuduga HLP 2014




assalam....

keputusan temuduga biasiswa yg ditunggu2 dahpun keluar ari kamis lepas....pada kwn2 yg sama2 pegi temuduga utk Hadiah Latihan Persekutuan dan juga Cuti belajar bergaji penuh 2014 boleh check kat website kat bawah yer...






Alhamdulillah....aku antara insan2 yg terpilih dan berjaya dalam temuduga tu dan ditawarkan biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh selama dua tahun bwh program HLP taun depan...walaupun mcm da x braper yakin sgt akan dapat sbb ni baru pertama kali aku memohon, kemudian dimomok2kan pula dgn statement yg HLP ni mmg susah sgt nk dapat klau xder kabel la, aper la... buat semangat aku sikit down ms tggu result tapi kalau dah tertulis rezeki kita, mcm mana sekalipun akan tetap jadi hak kita juga kan...Terima kasih Allah...sgt2 bersyukur atas nikmat dan anugerah yg diberikan, Terima kasih mak, ayah atas doa x putus2 dan kawan2 yg banyak membantu masa aku nk siapkan proposal... insyaallah aku takkan sia-siakan peluang yg diberi ni...
pada kwn2 yg tak berjaya cuba lagi yer, insyaallah kalau rezeki...untung sabut timbul, untung batu tenggelam...yg penting usaha, doa, tawakal...mintak pada Allah ari2, insyaallah Dia akan dengar....

so, next step kene pegi kursus prsediaan HLP kt JB..taun ni diorg buat 2 mggu je, mesti pack gila2 kuliah... skang ni tgh nk mohon tempat kt universiti...kene cepat2 sbb nk kejar kemasukan bulan Februari, klau lambat alamat kene tunggu sampai September lak....dah la ader 2 taun je nk completekan study...huhuhu..........x sabar nk bergelar student balik....hehehe...a whole new life waiting....permudahkan lah Ya Allah.....aminnn



Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras " (Surah Ibrahim : ayat 7)



Monday, September 9, 2013

Allah itu Maha Pengatur :)


*entry panjang tanpa gambar


Assalamualaikum....hari ni 9 September 2013, hari menghadiri temuduga HLP untuk sesi 2014...hari yang bukan ditunggu2 sebenarnya kalau boleh biarlah lambat lagi sampainya..tapi dah tertulis kan jadi kenalah redah jugak kan...Alhamdulillah, dah selamat menempuh ujian dan fasa 2 dalam proses permohonon HLP ni, tinggallah fasa terakhir iaitu menunggu keputusannya pula, dan menunggu bukan sekadar menunggu dan berharap tapi berdoa agar diberikan rezeki utk berjaya dlm permohonon ni kelak..insyaallah

Sebenarnya nak cerita tentang apa yang terjadi hari ini, dan beberapa hari yang sebelumnya...satu cerita tentang kebesaran Allah swt...dan apa yang terjadi membuatkan aku terfikir betapa besarnya kekuasaan Allah swt dan betapa indahnya aturan yang telah Dia aturkan untuk kehidupan kita...sesungguhnya Allah itu Maha Pengatur dan Perencana yang terbaik..terfikir apa yang dah terjadi beberapa bulan ni mungkin telahpun direncana supaya aku redha dan mungkin ada yang lebih baik telah pun dirancang olehNya untukku..aminn

Ceritanya begini...untuk permohonan HLP ni kami dikehendaki untuk mengemukan satu proposal berkenaan tajuk kajian yang kita nk buat masa sambung master nanti, aku tahu trmasuk aku ramai yang memohon HLP dan cuti untuk sambung belajar bertungkus lumus untuk menyiapkannya...dan ianya bukan senang yer, buat kami yang dah bertahun- tahun tinggalkan semua2 tu masa kat uni, menyiapkan satu proposal seolah- olah bagai menyiapkan satu tesis..apa taknya kami kena belajar balik macammn nak buat literature review, belajar nak buat metodologi utk proposal..bahkan nak memilih tajuk utk proposal pun jadi satu masalah yang sgt besar...aku sendiri beberapa kali menukar tajuk sebab nak betul2 memenuhi kehendak kursus yang aku pilih...alhamdulillah, aku rasa aku cukup bertuah sebab ada ramai kawan2 hebat yang support dan yang membantu aku menyiapkan proposal ni....tanpa mereka aku rasa aku takkan dapat siapkan proposal aku, terima kasih...

ikram, kak kayda, diyana, cikgu dahlia (cikgu ni aku kenal online, dia ada website yg bantu calon2 temuduga HLP...subhanallah byk sungguh jasa dia pd kawan2 guru yg dia sendiri tak kenal...insyaallah nnt aku akan share kemudian ), izzat, eppi...Allah saja yg dapat membalas jasa korang semua...

sebetulnya proposal untuk temuduga tu dah siap seminggu sebelum aku pergi temuduga, ramai yg bantu buat proposal tu, kak kayda paling banyak...kakak aku tu siap carikan bahan, tolong pahamkan aku cara nk buat proposal..ye la lecturer lebih faham la nk buat semua2 ni compare ngn aku yg mngajar kat skolah jer kan...tq akak sbb sudi nak layan den yg merangkak- rangkak nih... jadinya pas dah siap aku pun sesajer la email la proposal tu dan minta la pandangan seorg rakan ni yg sedang siapkan phd dia nun di seberang lautan sana...sbb dia penah bgtau nnt da siap dia leh tolong review n tolong perbetulkan klau ada yg kurang, nak tau jugak pandangan org yg sedang buat doctorate...manalah tau ada lompong sana sini yg boleh aku baiki....sekali tu dia whatsapp aku ngn satu soalan..." awak nak mintak pandangan saya sbgai seorang kawan atau pandangan professional saya?"....sudahhh...mesti ada yg x kena ni, aku pun jawab balik....minta pandangan awak sebagai seorang professional yg tak kenal saya...nahh...sekali dia balas berkajang- kajang yg boleh buat aku nk nangess...huhuhu...katanya kajian aku tu mcm terlalu loose, takde focus dan metodologi yg aku nak jalankan macam x berapa convincing...dan tajuk tu agak tak sesuai dgn kursus yang aku mohon....tetiba kluar ayat gini " if u really want this, i reckon that u change ur subject coz from my professional point of view..u'll gonna  fail with this one"....aduhaiiiii, pas dpt msg ni aku terus terduduk, bukan rasa nk nanges dah tp hampir meraung....rasa sgt goyang masa tu, tapi aku kuatkan hati..apa nak jadi jadi lah..benda dah siap takkan aku nak mula from A balik..dia pun kata ok kalau aku nak proceed terpulang then dia tolong la betulkan sikit2 proposal aku tu....

sehinggalah pada hari jumaat minggu lepas aku rasa aku dah bersiap sedia la dengan proposal aku nih...pagi tu aku dapat msg dari mak, pegi la solat dhuha, mak pun tgh solat doakan ayg lulus temuduga nanti...ok, aku pun pegi lah...selalunya aku pegi lambat sikit dalam pukul 10 tp pg tu awal pukul 9 aku turun ke surau...takde org masa tu sbb awal lagi...selesai solat aku sujud mohon supaya terangkan hati, permudahkan urusan, mohon supaya lulus la dalam temuduga tu nanti...bangkit2 je dari sujud tu aku rasa something, senang cakap rasa mcm tak sedap hati dn unsecure....yg sangat2....aku teringat balik kata2 ikram tentang proposal aku...then bila aku baca balik proposal aku, aku rasa mcm x suka..x tahu la kenapa aku rasa mcm ada yg x kena...mcm seolah2 tajuk tu x kena dengan kursus yg aku nak ambik...aku rasa betul2 x tenang hati dan sedih sebab temuduga 2 hari je lagi...then ptg tu jugak aku msg dia n bgtau apa yg aku rasa, dan dia kata kalau aku mmg rasa x sedap hati, better aku buat proposal yg baru...ok, aku nekad nak buat baru, then dia kata propose satu tajuk dan dia akan bantu aku sebanyak yg dia boleh...aku pun cakap " actually sya tiba2 rasa mcm nak buat satu tajuk ni, tajuk ni pernah dibincang dlm kelas saya masa kat maktab..lecturer saya yang suruh buat sebab katanya masih x ramai buat kajian pasal ni" memang pun...tetiba teringat seorang pensyarah yg aku agak rapat masa kt maktab, yg aku anggap mcm mak..sbb kami panggil dia kt kelas pun dgn panggilan mama....aku dan beberapa rakan rapat ngn dia sbb kami selalu jumpa walaupun da abes pengajian, aku selalu minta tolong dia jadi reference kalau aku nk mohon apa2, even masa aku nk mohon ke sambung master dulu (yg aku extend sbb kengkangan masa) pun dia jd reference dan tuliskan review untuk aku..dia pun pernah hantar 2 pelatih guru ke sekolah aku untuk training..korang coursemate aku mesti tau saper kan..hehehe...cumanya beberapa tahun ni la jarang jumpa sbb kengkangan masa dan dia pun dah sibuk sbb dah naik pangkat...dia mmg selalu encourage kami sambung master bila kami usik2 dia amik kami kerja jd pensyarah kt sana...katanya kalau ada peluang nnt sambunglah master n cubalah buat pasal subject ni, sbb katanya subject ni bagus dan at the same time menyumbang kpd sekolah dan kementerian...tak tau kenapa, aku tiba- teringat sedangkan dah 8 taun lepas kot kami bincang pasal hal ni..

so dia pun kata ok...bagus subject tu...then dia kata saya cuba tolong...mmg byk la yg dia tolong, carikan LR, siap tutor aku mcmn nk buat...aku bina balik proposal tu dari awal sampai habis, lepas siap satu2 chapter, aku email kat dia then dia review...betulkan apa yg x betul...pastu email balik kat aku, aku taip betulkan balik...macam tu la, 2 hari tu aku rasa dia mmg x buat benda lain kot, 100% bantu aku siapkan proposal tu jer...haii, x tau aku mcmn aku nak balas jasa baik dia...terus terang, 2 malam aku tak tidur...alhamdulillah, tepat2 hari ahad pukul 9 mlm proposal tu siap...study kata dia, make sure awak tau apa yg awak nk buat, make sure awak tahu apa yg awak nk present besok... baiklahhh

then paginya aku pun siap2...lepas solat subuh pukul 6.30 aku pun bergerak ke cyberjaya..pg yg sgt tenang x byk kereta kecuali kt nilai jam skt...aku smpai sana 10 minit sebelum pukul 8pg, terasa jugak awal sgt ke takut org x masuk ofis lagi...tp ada yg dah awal datang sbb yg dari jauh2 tu pg2 lepas subuh dah ada kt sana rupanya sbb takut terlambat....aku pun pegi la mendaftar, ada 7 bilik temuduga ari tu...satu bilik ada 2 penemuduga, kami diberitahu semuanya doctorate dari KPM...then kerani kt meja pendaftaran tu bagitau...cikgu no 2 yer, sbb cikgu awal so cikgu masuk bilik ni dulu la sbb giliran temuduga berdasarkan siapa cepat dia dulu kena temuduga....aiyooo, orang yg keDUA?? terus rasa menyesal pulak datang awal....kengkononnya aku ingat nama aku start huruf S so lambat la kot aku punya turn, so sempatla nak study apa2 yg patut, typical minded kan ingat giliran ikut senarai nama...haha...so aku pun redha je la...xpe la biarlah cepat2 abes, lg lama dlm waiting room lagi kecut perut dgr citer org yg penah kena temuduga...tepat 8.30pg naik ke bilik temuduga n tunggu...sbb aku no 2 giliran aku dlm pukul 9 pg la camtu sbb seorang calon ditemuduga dlm 30 minit lebih kurang...penemuduga utk bilik tu 2 org perempuan, haihhh...dlm ati ni mesti datin2 pangkat doktor2 PHD.....haiyooo org kata klau pompuan yg temuduga mesti detail sgt yg dia tanya... time tu dah rasa mcm2, nervous, seram sejuk, menggigil, sakit perut...aku pun baca doa penenang hati, pelembut hati apa2 yg patut bg hati tenang...tiba2 dengar bunyik loceng tanda giliran aku masuk dalam...

baca bismillah...aku pun ketuk pintu dan bagi salam, dr jauh nmpak 2 penemuduga...sorang pakai tudung dan agak berumur sorang lagi agak muda, aku pun jalan ke meja untuk bagi aku punya proposal, sijil2 dan semua modul2 dan DSK PAV yg aku jadi panel pembina dgn BPK....bila letak semua benda2 tu atas meja aku pun pandang muka penemuduga.....Ya Allah, aku mcam kenal jer yg pakai tudung yg agak berumur tu..aku terus tergamam, terus hilang ayat nk greet dorang n bgtahu benda2 yg aku nak bagi..aku tengok muka dia tak berkelip macam rasa tak percaya....sampai penemuduga yg lagi sorang tu tegur, ok cikgu dah sedia untuk ditemuduga sbb lama aku berdiri x bergerak2....sbb apa aku tergamam, sbb penemuduga tu org yang aku kenal, yang aku rapat...yang selalu aku jadikan reference setiap kali aku buat resume untuk kementerian....dia yg aku banyak minta tolong, yg kenal tahap kekuatan dan keupayaan aku..yang aku takkan sangka ada di depan mata aku masa tu... sbbnya, beberapa hari lepas dialah yg jadi sumber inspirasi untuk aku pilih tajuk proposal aku yg baru ni....ya,  dia orangnya, pensyarah yg aku sebut2 tadi ......besarnya kekuasaan Allah kan, masa tu jugak semua2 yg jadi macam make sense...kenapa lepas 8 tahun berkhidmat aku tiba2 nak mohon HLP tahun ni, kenapa Allah bg peluang utk ditemuduga wlaupun baru pertama kali memohon, kenapa tiba2 aku rasa x sedap hati nk tukar tajuk proposal, kenapa aku tiba2 teringat nak buat tajuk yg aku buat ni, kenapa tiba2 aku dapat bilik temuduga yg ni sedangkan ada 7 bilik lain....tringat doa mak ngn ayah, teringat doa aku pada Allah minta permudahkan urusan temuduga ni....Masyallah, semua macam dah diatur dgn cantik oleh Allah...

meskipun dah ditentukan Allah untuk aku ditemuduga oleh orang yang aku paling hormati pagi ni, aku tak la berharap sgt yg aku akan dpt biasiswa ni..lgpun walaupun kami masing2 mcm trperanjat bila nmpak satu sama lain, kami buat mcm biasa...mcm x kenal..ye lah nnt org kata bias pulak kan, lgpun aku mmg x tau dia yg akan temuduga aku pg tu, dan dia pun x tau aku dtg temuduga...aku xde pun hrp yg dia akan tolong aku utk lepas sesi temuduga...kata kwn aku, kabel besar sgt dah tu kena temuduga dgn org yg kau kenal dan kau baik...biarlah, aku x penah guna kabel2 pun utk dpt aku aku ader pd hari ni, utk setiap temuduga aku selalu redha, kalau dah tertulis rezeki aku, benda tu akan jd hak aku jugak kan..kalau tak mungkin lah ada benda yg aku kena sempurnakan dulu sebelum Allah nk bagi, atau ada benda lain yg Allah dah rancang agaknya...sesi temuduga tu berjalan mcm biasa, very intense mcm yg aku dah bayangkan...cuma bila ditemuduga oleh org yg aku kenal dan selesa...rasa gugup tu eventually hilang...sepanjang 1/2 jam tu aku rasa tenang, rasa selesa, dan seronok pula bercerita ttg kajian yg aku nk buat...walaupun mmg kene tembak bertubi2 dan tergagap2 nk menjawab...hahaha...yelah rasa mcm bercerita pd org yg kita rapat...xde la rasa stress sgt...mungkin rasa tenang tu yg Allah bagi bila aku mohon supaya dipermudahkan urusan temuduga ni....alhamdulillahhh

so, itulah ceritanya...keputusan x dpt lagi, tp aku dpt feedback yg baik ttg tajuk kajian...meskipun perlu diperbaiki lagi dan byk yg perlu ditukar, tp tajuk aku antara yg paling interesting dan ada memberi sumbangan kepada sekolah dan kementerian...apa yg perlu dibuat skrg ialah doa, tawakal dan redha....insyaallah kalau ada rezeki dapat la aku smbg belajar...kalau x dpt pun xpe, cuba lagi tahun depan...dpt hadiri temuduga utk permohonan kali pertama pun not bad kan...dgrnya ada lebih 7 ribu permohonan tahun ni dan yg dipanggil dalam 300 lebih jer...alhamdulillah jadi yang terpilih untuk timba pengalaman berharga yg boleh digunakan dan dikongsi dgn org lain....insyaallah

* nanti next entry insyaallah aku akan kongsikan tips2 dan contoh2 proposal yg aku ada utk kawan2 dan bakal2 calon temuduga HLP taun depan yer, aku dapat benda2 ni semua pun dr kawan2 yg sudi kongsi pengalaman dan apa yg diorg ada...ilmu yg baik tu elok lah disebar2 kan, daripada kita simpan sorang2 dan berjaya sorang2 kan bgus klau kita berjaya sama2...dpt sambung blajar sama2 kan?... insyaallah