Thursday, June 27, 2013

Air tangan orang yg tidak solat...



air tangan org tidak solat lebih hina dari air kencing anjing hitam


Sesungguhnya orang Islam yang meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya,pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”Dengan izin Allah S.W.T,akhirnya isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak,lelaki ni pun runsinglah. Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Jika umat Nabi Muhammad S.A.W bernazar benda yang haram, maka tak payah lakukan.Tapi kena bayaran dam(denda) atau sedekah. Tapi pada zaman Nabi Musa A.S, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu, si lelaki yang mendapat anak itu dengan susah hati pergi bertemu dengan Nabi Musa.
Dia menceritakan  apa yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi dikehendaki minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa A.S perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut. Justeru itu,lelaki tersebut pun merasa senang hati dan terus menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Kisah ini menunjukkkan bahawa betapa hinanya orang yang tidak solat, sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu  baru air bumbung rumah, belum air tangan orang yang tidak solat lagi. Justeru itu jangan sesekali kita meniggalkan solat dengan sewenang-wenangnya kerana azab yang akan diterima nanti amtalah siksa dan pedih. Solat perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti adalah solat. Baik amalan solat maka amalan lain pun akan menjadi baik dan akan dipermudahkan. Jika solat kita ada malsah maka amalan lain pun akan turut bermasalah. Kerana solat itu merupakan tiang agama kita, jika runtuh solat maka runtuhlah agama, ibarat membina rumah rumah tanpa tiang.
Menyentuh bab air tangan ini, umat islam jangan sesekali meninggalkan solat. Jika meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Seandainya seseorang itu makan makanan yang mengggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap dan liat hendak membuat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israk dan Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah S.A.W nazak,baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali (untuk umat islam) bermaksud, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.”

* teringat kata2 mak, jgn tinggal solat...kita ni selalu masak bg org makan, jgn sampai org gelap hati makan hasil air tangan kita...nauzubillahhh.....bila aku cari2 apa maksud kata2 mak tu aku terjumpa dgn artikel ni kat blog mindailmu.com....mmg betul rupanya kata2 mak tu, insyallah lepas ni takkan lalai lg dlm menjalankan kewajipan yg diperintahkan Allah..semoga perkongsian ni bermanfaat pd sesiapa yg membacanya..aminnn

Tuesday, June 25, 2013

PKTA ke- 29


Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa- PKTA ke- 29
PWTC Kuala Lumpur
22 Jun 2013



minggu lepas menghadiri persidangan kebangsaan tahunan yg aku x pernah miss...da mcm very anticipated event of the year dah, bukan sebab apa2....datang utk kumpul maklumat dan tahu isu semasa, persidangan mcm ni byk pengisisan yg bagus...bukan setakat bersidang tapi jugak bertukar2 fikiran dan berkongsi peluang2 perniagaan dan bahan2 ilmiah...dan pd masa yg sama harap dpt jumpa kawan2 seangkatan yg sama2 menghadiri kursus di MKM dulu...pemimpin2 koperasi berpangkat bukan calang2 tapi sgt berhati kerdil dan merendah diri...dan jugak sgt2 supportive pd kami pemimpin2 muda ni






 ikh..jumpa papa awak la masa nk masuk dewan, hehehe....x sangka papa awak pun aktif ngn koperasi walaupun bizi ngn business dia..sorry uncle xdpt duduk sama2 masa persidangan, saya mcm terasa kerdil pulak duduk kt kusi merah khas depan stage tu..nxt time maybe? insyaallah.... :)

aku suka berkumpul ramai2 mcm ni dan bincang benda2 yang berfaedah dan bermanfaat, dah agak lama rasanya dok membuang masa tapi mcm xder output....silly me...hehehe

alhamdulillah....jika dipanjangkan umur dan diberi lagi peluang kita jumpa lagi tahun depan yer! insyaallah...:)



Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban








alhamdulillah...dapat menghidupkan malam nisfu syaaban tahun ni di rumah, di atas tikar sejadah..bukan berembun membuang masa hingga ke tengah pagi seperti tahun2 sudah...masyaallah, jauhnya aku telah terlalai Ya Allah...


Tuesday, June 18, 2013





Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 

(Surah Al Baqarah : Ayat 216) 



~ setiap segala sesuatu yg terjadi, ada hikmah yang tersembunyi dari Allah swt...jika baik bagiku maka Kau dekatkanlah, jika buruk bagiku maka Kau jauhkanlah dan berikan pedoman dan ketenangan hati, moga aku tak terpesong daripada mengerjakan perkara2 yg sepatutnya aku jauhi... ~
~ nauzubillahi min zalik ~



Friday, June 7, 2013

Permudahkanlah.....



hidup ni memang pelik...
waktu kita rasa semuanya sudah cukup sempurna...tiada cacat celanya..
waktu itulah Allah akan turunkan ujian...
memang betullah,
kerana waktu itulah kita sering terleka...juga sering terlupa

kata seorang sahabat..
apa saja yg kita buat dlm hidup
kena bersungguh- sungguh..
tapi ada juga sesetengah perkara
yg kita kena buat berpada- pada..
kerana bila terlebih- lebih...buruk padahnya...
kadang- kadang dalam hidup kena belajar menolak,
kadang- kadang kena juga pandai berkata tidak..

dalam hidup ni kita memang banyak berkompromi..
apa yang susah...kita cuba senangkan
apa yang tidak boleh..sedaya upaya kita bolehkan..
banyak kali juga kita cuba tipu hati dan akal
sedangkan realitinya jauh....benar dari angan
entahlah pada siapa nak diberita..
sebab mereka takkan percaya...
sesetengahnya mungkin takkan boleh terima 

mungkin benar juga kata seorang sahabat itu,
kadang- kadang kita kena fikir tentang orang lain,
tapi kadang- kadang kena juga pentingkan diri sendiri..
sebab hidup ini terlalu singkat...
dan untuk kekal hidup kadang- kadang kita kena buat pengorbanan yg bukan murah harganya 
pengorbanan yang memaksa kita kehilangan sesuatu yang kita sukai...
juga sesuatu yg kita sayangi...
kerna x semua yg kita suka dan kita sayang tu baik untuk kita...
maka ada baiknya kita lepaskan supaya satu hari ianya takkan menyakiti kita

aku telah bersedia...
untuk menghadapi kehilangan...
juga untuk terima bara kebencian itu..
apa jua yang telah Engkau tentukan,
buangkan rasa takut, rasa gerun, rasa sakit..
keputusan kali ini untuk diri sendiri..
jika ini yang Kau rasa benar...jika keputusan ini yang Kau rasa terbaik
permudahkanlah Ya Allah...


~ waiting for a closure ~



Wednesday, June 5, 2013

The Boneless Tongue





sometimes it's good for us to be loud, or thinking that we're an angel caring and doing good deeds to others...but it would be much nicer if we could think..and really think hard before we pompously lashes out our words to somebody...
that's not love & care duhhh, that's what we call humiliation...a public one

coz u never know..
that they might hurt....not a little, but hurt a lot..........

that's why there's a malay proverb saying..
"terlajak perahu............terlajak kata................."



xyah nk play victim sangat la.....
mulut tu da baper kali dah mnyebabkan catastrophe...still xmo jaga gak......haihhhhh

( i did choose my words wisely & 'gracefully' kann :) )

..Allah Maha Mengetahui..


- i rest my case -