Friday, November 16, 2012

Life...Learn...Grow...





Photo


“ We've all done something in our lives we’re ashamed of. Some of us have fallen for the wrong man. Some have let go of the right woman. There are those who have humiliated their parents and those who have failed their children. Yes, we've all made mistakes that diminish us and those we love. But there is redemption if we try to learn from those mistakes and grow.”


~ Desperate Housewife ~


Salam Maal Hijrah


Selamat Tahun Baru... 



Apakah hijrah yang paling bermakna dalam hidup kita?
Dan apakah pula pengorbanan yang perlu kita buat untuk penghijrahan itu? 
Redhakah kita dengan pengorbanan itu?
Apakah selepas kita membuat pengorbanan itu dan berhijrah, kita mampu menjadi insan yang lebih baik? atau yang lebih buruk?
 Hanya Allah yang Maha Mengetahui....
Dan kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha untuk menjadikan pengorbanan dan penghijrahan kita diredhai Allah...

Kerana kita selalu lupa, yang hidup ini hanyalah pinjaman...selama mana kita boleh hidup dalam kepura-puraan...hidup berlandaskan nafsu, dan keinginan yang menyeronokkan...sehingga kita lupa, yang sebenarnya Allah itu sentiasa melihat..dan menilai setiap langkah, setiap kelakuan setiap pahala dan setiap dosa....kita selalu tangguh2kan untuk berubah, kerana kita fikir kita masih ada lagi masa...untuk bertaubat dan untuk kembali ke jalan yang sebenar2nya yang patut kita ikut, kita sedar...tapi hati selalu berkata nanti, kerana kita sayang nak meninggalkan yang buruk2 itu, kerana yang buruk2 itu lebih sedap, lebih seronok, lebih mengujakan...kerana tiap kali kita berbuat dosa, setiap kali itu juga kita sering terlepas...kita tak sedar yang kita makin jauh dari Allah, makin jauh dari pandanganNya...

aku sendiri bukanlah insan yang sempurna...aku sendiri ada kisah silam, ada dosa dan dendam yang perlu  aku lupuskan dari kamus hidup..aku mahukan sesuatu yang telah lama aku cari2 untuk melengkapi hidup, aku sering menangis, merungut kerana bagiku Allah tidak adil...namun aku sering sgt alpa..sering lupa tanggungjawab aku sebagai hambaNya, aku lupa untuk menjaga hubunganku denganNya, aku sering leka dengan hal- hal dunia yang x kekal lama ni...jadi macam mana Allah mahu beri apa yang aku minta??...
jadinya, aku tahu aku perlu berhijrah, menjadi insan yang lebih baik., menjaga hubungan aku denganNya dahulu daripada hubungan dengan insan lain..aku ingin menjadi insan yang lebih redha dengan ketentuanNya, dan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur walaupun dalam kekurangan dan ketidaksempurnaan, ....kerana bila kita sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik, Allah akan beri yang terbaik juga untuk kita...insyaallah....


...Salam Maal Hijrah...
~ semoga hari ini dapat menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan esok menjadi yang lebih baik lagi daripada hari ini ~

Sunday, November 11, 2012

~ Queen : A Tribute ~


QUEEN..

dah lebih dua mingggu queen pergi....buat pertama kalinya mama kuatkan hati menulis tentang queen disini...maafkan mama, bukan mama malu ada kucing macam queen, bukan mama xnak org tahu tentang queen sayang..mama tak mahu org simpati pada queen, mama tak mahu menagih simpati org, mama tak mahu berasa riak dan hebat dengan segala pujian2 orang pada mama...sbb itu bukan apa yang mama mahu semasa menyelamatkan queen dan mereka2 yang lain..pada mama queen dah ada rumah, dah ada keluarga dan ada mama akan jaga queen sampai bila2...

bukan lama mama membela kamu queen...hanya 6 bulan, tapi kuatnya ikatan itu serasa seperti 6 tahun...queen anak mama yang kuat dan tabah..
dari merempat di jalan, dari dianiaya manusia hingga queen lumpuh, dari kehilangan semua anak2 queen selepas vet selamatkan mereka semua dengan kaedah caesar, dari kesakitan yang queen tanggung akibat luka dari urine burn...
queen tetap tabah....queen tetap kuat untuk terus hidup...
tapi, hari demi hari kesihatan queen merosot, luka queen makin parah.. walaupun hari2 mama bersihkan dan letak ubat, mama tau betapa seksanya queen menahan kesakitan...bila mama panggil dan queen tengok mama dalam2 dengan mata queen yang sayu tu, mama dapat rasakan penderitaan yang queen tanggung...mama sama2 menangis....sebab walau dalam keadaan begitupun queen tetap manja, dan tak pernah sekalipun queen susahkan mama menjaga queen...
Mungkin Allah dah janji, setakat ini saja usia ikatan kita...
Allah dah ambil queen balik sebab tak nak tengok queen lebih menderita....

lepas beberapa hari terawal queen pergi...mama asik bangun awal pagi mcm biasa utk uruskan queen mcm biasa, tapi mama cuma nampak sangkar yang kosong...sekosong hati mama...mama lupa queen dah pegi utk selamanya...mama lupa sebab mama dah biasa, dah jadi rutin utk uruskan queen dan bagi queen makan setiap pagi sebelum mama pergi kerja...mama rindu kamu queen, rindu serindunya sehingga kadang2 mama macm ternampak2 queen dengan ekor mata...

lepas ni dah xder lagi suara kecil dr sangkar yg mintak mama nasi dan ikan rebus hari- hari..
dah x perlu lagi mama bangun seawal pagi sbb nak bersihkan sangkar queen, nak sapukan ubat kat kaki queen, nak bagi queen makan...
dah tak perlu mama berkejar2 nak balik cepat sebab nak uruskan queen..
dah x perlu mama risau nak tinggalkan queen bila tiap kali mama keluar daerah..
rutin harian mama sudah berubah...buat selamanya

mama redhakan queen pergi sayang....damailah queen di sana bersama anak2 dan kawan2 yg lain...
biarlah, walaupun semua telah lupakan queen, yang pasti queen takkan hilang dari hati mama sayang...queen telah ajar mama satu perkara, walau sepincang manapun hidup, tabahkan hati dan teruskan...kerana Allah tahu apa yang terbaik utk kita...pinjamkan mama kekuatan dan ketabahan queen utk mama teruskan perjuangan mama...untuk selamatkan lebih banyak lagi yang lain seperti queen...insyaallah


QUEEN
27.10.2012
~ Rehatlah dengan tenang di samping Penciptamu ~

Wednesday, November 7, 2012

Hushhh.......


hushhh.....
tabahlah hati....berhenti menangis...kerana kau kuat...sangat kuat...




mungkin masih belum jadi yang disayangi.....untuk menerima anugerah Allah...
 atau terlebih mendapat perhatian dan kasih dariNya..... kerana sering diuji berkali- kali....
jika ianya masih belum cukup untuk membasuh segala dosa- dosaku yang lalu...
maka Kau berikanlah lagi....
agar aku sentiasa bersyukur dan tak berhenti berdoa......



“Sometime it hurts more to smile in front of everyone, then to cry all alone”