Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H





Kini tibalah lebaran yang dinanti- nantikan....da berakhirlah sebulan Ramadhan yang penuh dengan berkah...
mudah- mudahan kita diberikan usia dan kesempatan untuk menemui Ramadhan yang akan datang...insyaallah

Kepada semua rakan- rakan yang mengenali diri di alam maya ini,saya menyusun sepuluh jari jika ada salah dan silap,terkasar bahasa, tersilap bicara...yang menyinggung mana- mana pihak selama berblogging....ampun dan maaf dipinta...sesungguhnya segala kesempurnaan itu adalah milik Allah dan segala kekhilafan adalah milik saya...

Semoga bergembira menyambut Syawal bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai...jaga keselamatan dan berhati- hati di musim raya ni.....:)


Thursday, August 25, 2011

Setahun telah berlalu......




......setahun telah berlalu....setahun selepas ujian berat dari Allah itu....seringkali ditanya, jika aku punya kuasa..adakah aku akan cuba merubah segalanya? ....tidak, aku tidak akan mahu merubah apapun, kerana apa yg telah terjadi telah menguatkan dan mematangkan aku utk menempuhi kehidupan ini.....alhamdulillah...
Ya Allah....terima kasih untuk ujian2 dariMu...terlalu kecil jika dbandingkan dengan segala kekhilafanku...aku bersyukur untuk kasih sayang dan nikmat rezeki tak putus2 dariMu... redhakanlah aku dengan segala takdirmu...dan lindungilah daku dari kesedihan dan kekecewaan....semoga Aidilfitri kali ini memberi sinar baru dan kebahagiaan yang bepanjangan...dan semoga diri sentiasa berqanaah kepadaNYA...
terima kasihku juga pada keluarga dan sahabat2 yang telah banyak memberi kekuatan agar aku bangkit dan hidup semula , Allah saja yang dapat membalasnya.....


untuk dia.....aku telah redha dan maafkan segalanya....terima kasih kerana memberikan aku pengalaman yg sungguh berharga ini.....titipan doaku masih ada untuknya, semoga hidupnya sejahtera dan dia temui apa yg dicarinya selama ini.....dan semoga hidayah serta kasih syg Allah sentiasa ada untuknya....   


* terima kasih pada sahabat yg menghantar lagu ini di inbox fbku....yup, dis year i'll be out from my cave...really2 :)
doakan aku terus tabah yer, insyaallah........

Friday, August 19, 2011

Ihya Ramadhan # 3

السلام عليكم





Kesilapan Kerap Muslim Semasa Ramadhan
Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang diterima Islam)


Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam 

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain

 Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih 

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa 

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat 

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur 

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat 

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

wallahualam....


Friday, August 12, 2011

Ihya Ramadhan # 2


assalamualaikum.....

hari ni dh genap 12 hari kita berpuasa...dah banyak ke amalan yang dikumpul? syukur alhamdulillah, semoga segala amalan kita diterima Allah hendaknyer...insyaallah
hari nak berkongsi beberapa video dari youtube....sgt2 menarik maklumat dan pengajaran yang cuba disampaikan....cuba lah tengok :))  








best kan....kan? :)
selamat melalui ramadhan dengan cemerlang yer!


Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya 2011






entry kali ini bukan untuk menjeleskan sesiapa yer.....cuma untuk berkongsi kesyukuran kerana diberi rezeki dibulan yang mulia ini.....alhamdulillah, kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus hari raya kepada semua penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji taun ni...bonus ini akan dibayar pada pertengahan bulan ni, dapatlah digunakan untuk shopping baju raya anak2 (macam ler aku ader anak....anak yg x pakai baju ader la....hehehe) atau digunakan untuk membuat persediaan raya nanti..rasanya ini adalah bonus terbesar semenjak tahun 2007 kerana lepas tu kerajaan tidak pernah lagi memberi bonus kecuali wang ehsan RM500 untuk hari raya (angpau raya dorang panggil....hehehe)....

jadi gunakanlah duit tu ngn berhemah...berjimat cermatlah membeli barang keperluan.....ni belum dapat lagi dah berangan2 nk pi perabihkan...yang pompuan biaserlah nk shopping baju ngn tudung, nak beli kuih rayerla....mcm2 lagi la.....kalau yg lelaki shopping baju(dorang mmg x heran bab beli kuih raya, makan jer pandai)...beli henpon baru la, ntah2 duit tu gi makeup kete....hehehe

anyway tima kasih gak pada gomen sebab sudi bagi bonus taun ni....kata some peoples sebab dh nak pilihanraya sbb tu dapat lebih taun ni...ader yg lagi jahat mulut tu bole cakap bonus ni rasuah dari kerajaan...nauzubillah, x baik tau...klau kita anggap sebagai rasuah dh x halal utk diterima, nanti nak beli makan minum, baju anak bini, takkan nak anggap guna wang rasuah pulak...kan?.... sebenarnyer kita kene bersyukur, at least mereka prihatin gak ngn nasib rakyat....bygkan kalau xder bonus taun ni mesti hari raya x berapa meriah kan.....kan

shopping shopping gak....zakat fitrah jgn lupa bayor....wajib tau untuk yg beragama islam....kt bawah ni jadual zakat fitrah yg perlu dibayar mengikut negeri




mama dapat bonus eak.....yeaaayyyy !!bole ar mama beli hadiah rayer tilam baru utk ijioy yer
tilam lamer tu dh x muat la.....cakit badan ijoy tido dalam tu taw

hmmmmm....tengok tu, duit belum masuk lagi dah ader yang men'gepau'......sabor je laaaa
iyo lah jijoy.....kalau ader extra nanti mama belikan la yerrrr.....
(zakat bebudak bulus pulak.....huhuhu)


A Memoir......at a glance



.......selama ini aku hidup dalam duniaku...dunia kecil yang sangat sederhana, sangat naif dan sangat mudah. Segala- galanya  cukup, walaupun yang cukup itu masih belum cukup sempurna....dan ketidaksempurnaan itu menantikan sesuatu untuk melengkapinya...............

............................

.......aku tahu aku telah bermain dengan api, yang satu hari nanti mungkin akan membakar diriku sendiri. Aku tahu dengan keputusan ini aku telah memperjudikan hidupku. Tapi cintaku padanya mengatasi segala batasan kewarasanku..... 


..........................................

..........sehinggalah aku tersedar natijah cinta yang aku dambakan bukan sahaja telah merubah diriku tetapi juga status dan seluruh corak kehidupanku. Aku bukan lagi aku yang dahulu... aku tak mungkin sama seperti dahulu. Duniaku bukan lagi kecil, sederhana, naif dan mudah seperti dahulu lagi....segalanya telah berubah. Mungkin cintaku padanya tidak cukup agung untuk membawa dia keluar dari kekeliruannya, atau aku sendiri belum cukup sempurna untuk melengkapi hidupnya........

.........................................................................................................................................................

finally, it's done....too slow and delayed than the time given....it took me a whole year to finish it, but i still feel hesitate, not because of the publicity it will gain.....but because what it'll change.....


"yes farah, some hearts will break, some life will shattered...but the awareness that will rise from it will help so many women like you out there to stand for their right and help them replenish their heart and move on to the better life....think about it...."
~ A Friend ~


.............shuld i listen to my heart or listen to my mind............really undecided......

Friday, August 5, 2011

Ihya Ramadhan # 1

assalamualaikum...............

niat pada bulan ramadhan ni setiap hari jumaat nak buat satu entry/ tazkirah sempena bulan yang mulia ni...paling utama adalah untuk menghidupkan semangat ramadhan untuk diri sendiri....dan kalau boleh dapat juga dikongsi dan memberi manfaat kepada pembaca blog ni.....insyaallah...alhamdulillah ari ni nak berkongsi mengenai apa yang patut kita lakukan semasa bulan ramadhan....checklist ni patut dah kluar sebelum ramadhan tapi still boleh dijadikan pedoman...semoga kita sama2 mendapat kebaikan darinya dan amal ibadah kita diterima Allah....insyaallah


CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al     Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah,     Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin. iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


Thursday, August 4, 2011

Yeayyyy....balik kampung!!


minggu lepas blik kampung sambut ramadhan (bukan abg madan yer)...mcm biasa angkut semua budak2 jebons, nnt kalau tinggal ader yg melalak kang...suker la hati dorang balik kmpung sbbb bole ronda2, ala umah kmpung pun kt taman perumahan so dorang ronda2 area sini jer, selang satu rumah ader rumah kosong so kt situ ler dorang melepak sambil makan rumput (feveret jijoy nih...hehe)...selain daripada aktiviti meronda ader satu lagi aktiviti yg sgt disukai ramai....melepak  di loteng...umah mmg umah bwh tapi kt second room ayah buat loteng tempat letak brg...nak naik ke atas kene naik tangga...bg yg otai2 mmg dh expert la naik tangga yang serun tu..tp  ader gak yg pandai naik tapi x pandai turun...melalak2 mintak org turunkan dia (ni si didie, badan jer besor tapi penakut)

budak2 baru belajar.....
citam naik separuh jer pastu give up terusssss....huhu

mama, tatot lar nak naik........

tu sifunyer kat atas tu.......:)

uiyooo.... tingginyerrrrrr.......penat lar...huh...huh
cepat lar whicky, lagi cikit jer.....tu lar pewot becau sgt....kan dh semput

yeayyyyy bejayer!!!!! tererkan kiter mama...hehehe
eleh, baru dpt naik cekali dh bangga, aku naik 10 kali sehari lilek jerrr.......

adik teteh lak nak cuber yek....eh, eh naper kiter menggelongsor ni???......

WAAAAA!!........MAMA!!! HELP.........HELP!!!!!!! 
wuwuwuwuwuwuw....atotnyerrrrr.....


selepas beberapa minit........

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



MAMA!!!! nak tuwonnnnnnnnnn..................!!!!



huh, sabor je la....... :P


Monday, August 1, 2011

Bukan Kisah Dongeng..........



"Seorang teman hidup yang sempurna tidak semestinya jadi seseorang yang sempurna.....
memadailah jika hatinya cukup ikhlas mengasihi dan menyayangimu...
dan menerimamu sebagaimana dirimu seadanya...
dia seseorang yang akan bersamamu di saat suka dan menangis bersamamu di kala duka....
dia juga akan memaafkan segala kesalahanmu walau sebesar mana pun dan sekerap manapun kamu mengulanginya....
dan kebahagiaan padanya adalah dengan melihat dirimu gembira 
walaupun kegembiraan itu bukan miliknya.....
teman hidup yang sebegitu sangat sukar ditemui namun bukanlah mustahil untuk dimiliki....
jika kamu cukup bertuah menemukannya dalam hidup yang singkat ini, hargailah dia....
kerana percayalah....jika kamu mensia- siakan cintanya dan kehilangannya kerana keangkuhan dan keegoanmu sendiri, 
mungkin kamu tidak akan bertemu lagi dengan seseorang yang akan menyintai dan mengasihimu sebanyak mana dia menyintai dan mengasihimu dalam kehidupan ini...
Teman hidup yang menyempurnakan dirimu adalah 
anugerah Allah paling bermakna dalam hidup ini, 
hargailah mereka....."


~  Farahliza Isa  ~



Ribut di Port Dickson


Hujan lebat dan ribut telah melanda PD sabtu lepas, 30 Julai 2011....tapi aku xder kt PD sbb balik kmpung sambut Ramadhan (nasib baik la bawak anak2 bulus balik kmpg sekali)...kwn2 yg citer dan dapat tau dr internet...kata org ribut ngn hujan tu sekejap jer lebih kurang 2 jam tapi kesannya mcm dilanda taufan...mujur jer xder tsunami....cer tgok gambar, dahsyat jugak kan.....nasib baik xder kematian...nauzubillah

kawasan yang jarang banjir tetiber bole banjir ari tu...
ribut di port dickson
depan kem PUSASDA
ribut di port dickson
tapak perbarisan
ribut di port dickson
ribut di port dickson
ribut di port dickson
ribut di port dickson
apa perasaan korang bila balik tgok perbarisan kete dh jadik camni....kesiannyerr
van yg kene hempap pokok
kubah masjid Bagan Pinang melayang

yang paling teruk terjejas ialah area Bagan Pinang, Batu 4 (tempat orang berkelah ader pasar malam sabtu tu) dan area kawasan kem Pusasda...kata kawan2 lepas jer Najib rasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis, hujan turun ngn selebat- lebatnya...angin kuat sampaikan pokok tumbang, signboard tercabut, kereta remuk..tenggelam, khemah melayang2, jalan jem  giler...sampaikan kubah masjid Kg Bagan Pinang pun boleh tercabut....ramai gak yg cedera sampaikan hospital umumkan bencana alam...x dapat bayangkan betapa kuatnyer ribut masa tu.....selama aku dok PD dh dekat 6 taun x penah lagi rasanya jadi mcm ni, aku rasa la mmg x penah jadila malapetaka mcm ni kt PD ....mungkin Allah nk tunjuk kot.....renti- rentikan ler buat maksiat kt PD ni woii, dh nk masuk bulan posa dah ni....ambikla ikhtibar atas apa yg terjadi....jgn malapetaka yg lebih besar Allah turunkan pulak nanti...

sehingga setakat ni sekitar bandar PD mengalami gangguan bekalan air, diberitahu sehingga 3 Ogos ni....dah la baru masuk bulan puasa, xder air lak....huhuhu
dugaan bulan Ramadhan agaknyer......

Firman Allah SWT :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (al-Hadid: 22-23)

fikir- fikir dan renung2 kanlah........subhanallah



* najib dtg bwk bala ker???......mereka2 itu yg cakap, aku tulis jewww....ahahahaha

Marhaban ya Ramadhan




Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, 
tidur kita menjadi ibadah, 
amal kita diterima 
dan do’a kita di ijabah. 



Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

 "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



* sekejap betul masa sekarang ni kan...pejam- celik, pejam- celik...............semoga azam untuk menguatkan iman dan hati dan memperbanyakkan amalan pada tahun ini tercapai hendaknyer.....aminnnn