Monday, May 12, 2014

Tips Memohon HLP & CBBPTB


Assalam..

Ari ni nk kongsi tips2 semasa memohon & mengisi borang permohonan HLP & CBBPTB..tips2 ni adalah dr pengalaman sendiri dan juga tips yg dikongsi oleh ahli-ahli panel penemuduga dan pegawai2 Bahagian Tajaan sewaktu kami menghadiri kursus persediaan..InshaAllah semoga dpt memberi manfaat kepada rakan2 yg sedang dalam proses memohon yer..

  1. Baca dan fahamkan syarat, tatacara dan panduan mengisi borang dengan teliti. Pastikan anda benar2 layak dan menepati syarat utk memohon. Ada bbrapa syarat wajib yg anda perlu penuhi sebelum memohon jd baca betul2 yer.
  2. Pilih kursus yg paling bersesuaian dengan apa yg sedang anda ajar ataupun yg paling hampir dan berkaitan dgn major/minor anda semasa degree dulu. Ada yg memohon kursus yg lari jauh dr bidang sendiri kerana dia rasa mungkin senang nak dapat tapi effectnya ialah bila anda kena buat proposal & disoal waktu interview nanti. Ada calon yg langsung x dpt menjawab soalan panel sebab kursus yg dipilih bukanlah bidang dia.
  3. Semak markah LNPT anda. Ini ditekankan oleh panel penemuduga kerana ia adalah kriteria paling penting dalam proses pemilihan calon. Pastikan anda mendapat markah 85% ke atas untuk tiga tahun kebelakangan. Bonus kepada calon yg memperolehi 90% ke atas kerana peluang untuk disenarai pendek lebih tinggi.
  4. Pastikan anda bebas dari apa- apa tindakan tatatertib. Sejarah tindakan tatatertib akan menjejaskan peluang mendapat tawaran. Mungkin juga takkan tersenarai langsung.
  5. Pastikan anda telah mengisytiharkan harta. Antara syarat penting dalam permohonan, jika belum cepat2 buat dan cepat2 minta ketua jabatan luluskan.
  6. Semak buku perkhidmatan anda, jika ada sebarang perkara yg belum dikemaskini beritahu kepada kerani anda dan minta dia kemaskinikan sebelum salinan dihantar bersama2 borg permohonan (cth : naik pangkat/ gaji, penganugerahan APC dsbnya)
  7. Isi semua bahagian dlm borg permohonan dgn lengkap. Pastikan anda tulis semua maklumat yg diperlukan. Maklumat paling penting adalah di bahagian pencapaian dalam perkhidmatan kerana ini adalah markah dan kriteria penting yang akan dinilai semasa proses pemilihan, pastikan anda tulis semua sumbangan/ keterlibatan anda semasa dlm perkhidmatan, segala penerbitan/penulisan cth jika anda pernah terlibat membangunkan buku teks/ modul/ standard kurikulum/ panel pemeriksa kertas soalan/ panel pembina soalan dsbnya. Sertakan sijil2 atau jika tiada sijil blh sertakan salinan surat panggilan mesyuarat/ kursus sebagai bukti. Nyatakan juga jika anda menerima apa2 anugerah cth : APC/ anugerah kurikulum atau kokurikulum/ peningkatan pencapaian dalam peperiksaan PMR atau SPM. Sertakan salinan sijil atau apa sahaja dokumen bertulis yg blh dijadikan bukti.
  8. Setelah selesai mengisi borang online, semak semula dgn teliti semua bahagian yg perlu diisi sebelum anda tekan butang hantar. Tarikh akhir permohonan online sehingga 24 Mei 2014. 
  9. Selesai hantar borg online, cetak satu salinan dan tandatangan. Pastikan semua dokumen yang perlu dihantar disahkan dan disusun seperti dalam senarai semak. Semua borg2 dan dokumen perlu ditebuk dan diikat bersama spt dalam senarai semak. Double check utk pastikan semuanya lengkap.
  10. Dapatkan perakuan dari Ketua Jabatan/pengetua. Selepas tu dapatkan perakuan/ pengesahan Pengarah Pelajaran Negeri. Hantar awal ke JPN supaya anda tak terkejar2 kerana Pengarah selalunya sibuk dan tiada di pejabat (memang akan makan masa). Peruntukkan dlm seminggu utk dapatkan tandatangan beliau. Selalunya kerani JPN akan call utk minta anda ambil borg yg dah ditandatangani.
  11. Hantar borang permohonan anda sebelum atau selewat2nya pada 30 Mei 2014. Pastikan borg anda betul2 sampai ke Bahagian Tajaan. Nak selamat guna Poslaju atau kurier, nk lg selamat hantar je by hand kalau dekat. Ada je kes surat tawaran tersangkut di pejabat pos, jadi pastikan usaha anda menulis dan menyediakan semua dokumen tu tak sia2 ok.

Alhamdulillah...selesai dah satu fasa...mmg tedious dan byk kerja kan, tp jika ada kemahuan kita kenala usahakan..jgn putus asa ok..InshaAllah jika ada rezeki rakan2 akan disenaraikan untuk menghadiri temuduga (satu lagi fasa yg agak menggerunkan sbnarnya..hehe)..
Sementara menunggu tawaran temuduga bykkan buat solat hajat dan solat dhuha...ada calon yg berkali2 memohon tapi tak pernah dipanggil temuduga, ada juga calon yg memohon sekali dan terus berjaya dipanggil temuduga dan dapat tawaran...semuanya rezeki, mcmn berusaha sekalipun akhirnya semua akan ditentukan oleh Allah juga kan..jadi jgn putus asa dan berusaha lagi sambil bertawakal kepadaNya...InshaAllah

Akan dikongsikan nanti cara2 penulisan dan contoh2 proposal yg perlu disediakan untuk temuduga, juga tips dan soalan2 yg selalu ditanya semasa sesi temuduga (soalan2 ni dikumpulkan dri pengalaman sendiri dan rakan2 yg berjaya mendapat tawaran)..sama2 kita berkongsi nanti dan mendapat kebaikan daripadanya yer...
All the Best buat semua  rakan2 yg memohon! :)



* utk dptkan lebih tips, boleh la berkunjung ke blog cikgu dahlia..dulu masa memohon pun byk dptkan tips dr dia, ramai rakan2 guru pun refer kepada dia masa memohon..she's very2 helpful...nk cari blog dia taip je cikgu dahlia atau kat sini http://www.cikgudahlia.com/ (cikgu dahlia, i'm sending more crowds ya...hehe) :)

*maaf, email lama tu dah crash...x blh buka dah..so apa2 boleh email guna email baru ni yer:  farahlizaisa@yahoo.com



Thursday, May 8, 2014

Nasi Lomak Bogel? ;)



MH2304
KUL -BKI
23.3.2014 / 7.30 AM


Assalam....

citer santai2 ari ni...ingat lg tak citer gempar chep wan ngn MAS tu..ala citer nasi lomak bogel tu la...hihi
al kesah, ms unplanned trip geng pakcik Isa aritu kitorg dpt naik flight pagi..so pas semua da settled kt seat memasing, adik yg 'drebar' tu bgtau...haa, jap lg kita dpt mkn nasi lemak bogel chep wan..korang judge la bogel ke tak bogel...hahaha...dia siap bgtau kt stewardess tu lg (hampess..mentang2 la kawan dia)..




jeng3....'unpackaging'....saspen2...hehehe



See....not la so bogel sgt kan, ader sambal sotong, telur, ikan bilis ngn kacang..xde timun je la (sbb timun kan x tahan lama, nnt berair & buat nasi cepat basi)...& the quantity of the nasi & sambal is quite generous taw, kenyang sampai ptg...tp ms chep wan tu makan mmg xde ikan bilis ngn kacang tu semua...sambal ngn telur je semata2..maner tak mngamuk hamba Allah tu...issk
Personally...kitorg rs sodap gak la...(ke masa tu kitorg mmg tgh kebulur sgt2 pas berlari sprinter mngejar flight...haha)..sampaikan ada sorg minah ni nk jugak naik flight pagi balik klia sbb nk mkn nasi lemak ni...wahaha...for me, yg penting ada mende alah bwh ni jer ha...da cukup to make me happy during the entire journey...hihihi



anyway...kudos to MAS sbb da improved on the quality, tp rsnya ada space lg utk more improvement kan...
for us not bad la kan for RM68 punya return tiket...the courtesy of the 'drebar's' privilege...
Alhamdulillah...hehehe



Tuesday, May 6, 2014

BooBoo si Pengembala Burung ;)


Assalam...

Hari yang indah...lebih2 lg skrg tiap2 pg bila bangun tido dpt dgr burung berkicau2, jd halwa telinga yg sgt best dan mengasyikkan...sejak bbrapa bulan lepas letak bekas makan burung kt tembok depan tu burung2 suka dtg makan berebut2 kt situ...tp x blh dtg dekat, semua abes lari nnt...tengok je la dr jauh...boleh leka dibuatnya tgok berbelas2 eko burung makan sambil bergurau2 senda dan berkicau2 manja...eceh...hehe



cumanya...bila kdg2 tu rs mcm sunyi dan sepi tetiba kan...da tau la saper punyer keje....mmg bukan kucing2 veteren kt umah ni, diorg da x kesah da ngn burung2 ni semua....agak2 kan saper punyer keje...



haaaaaa...kannn!


buat aper tu BooBoo??? hmmm....


BooBoo tolong mama jaga bekas ni...ader burung ramai dtg makan, nnt abes...mama kene beli lagi


haiiih la anak, baeikk punyer alasan.....huhuuhuhu



tamat sudah hari yg indah.... :'(



Friday, May 2, 2014

Borang Tawaran



Assalam kawan2...



borang tawaran HLP dan CBBPTP online telah dibuka kembali....alhamdulillah




tarikh memohon adalah dari 25 April - 24 Mei 2014..
ada masa lagi...sempat lagi nk isi dan lengkapkan semua borang2..jgn ptus asa ok ;)

pada rakan2 guru yg ada komen dan email sy berkenaan dgn HLP inshaAllah sy akan cuba jawab semuanya berdasarkan pengalaman dan apa yg sy tau...maaf la kalau lambat sbb sibuk dgn pembentangan proposal..
semoga usaha semua dipermudahkan yer..selamat berjaya

InshaAllah :)



Thursday, May 1, 2014

Kelebihan Bulan Haram



Assalam... :)


Ari ni da masuk bulan Rejab kan...haa ramai plak yg berlumba2 nk puasa sunat dlm bulan ni kan...Alhamdulillah...sbnarnya bkn pd bulan Rejab je kita kena berlumba2 berpuasa dan beribadah, bulan2 lain pun sama je...cuma bulan Rejab ni adalah salah satu dr bulan haram yg kita mmg disunatkan untuk berpuasa dan beribadah untuk merebut balasan pahala berlipat ganda dr Allah swt...nak tau lebih pasal amalan dan kebaikan bulan- bulan haram ni boleh baca kat bawah yer..copy paste dr blog imammudaasyraf.com


Secara umumnya tiada waktu-waktu tertentu yang perlu diekslusifkan untuk bertaqwa. Tiada juga tempat-tempat tertentu yang dikhususkan untuk mentaati Allah. Samada pagi atau petang ketaatan kepada Allah tetap wajib setiap saat kehidupan. Begitu juga tidak mengira tempat, samada di masjid, pusat membeli belah, rumah, tempat kerja mahupun padang permainan sekalipun wajib kita mentaati Allah. Kerana Allah Maha Melihat. Di mana sahaja kita berada pasti diperhatikannya. Walaupun dalam Islam perlunya ketaatan tanpa mengira tempat dan waktu, namun dalam masa yang sama juga Islam meletakkan juga tempat dan waktu tertentu kelebihan dalam melaksanakan ketaatan.
Beribadat pada bulan Ramadhan, hari Arafah, hari Jumaat, solat pada sepertiga malam sebagai contoh menunjukkan ada kelebihan khusus Allah letakkan kepada hamba-hambaNya yang bijak memilih waktu terbaik. Begitu juga solat dan ibadah di Tanah Haram, adab di masjid dan perkuburan, doa di Raudhah dan banyak lagi tempat yang membuktikan Islam juga tempat tertentu dengan kelebihan berbanding tempat yang lain. Ini kerana Allah mahu melihat siapakah di kalangan hambaNya yang paling berjaya. Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT :
“Maha suci Allah yang di tanganNya segala pemerintahan dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu perkara. Dialah yang menjadikan kematian dan juga kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu semua yang lebih baik amalannya. Dialah yang maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah al-Mulk: 1-2).
Untuk memastikan setiap muslim berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat keranaNya, Allah SWT telah meletakkan beberapa ibadat khusus kepada para hambaNya yang beriman untuk mereka membuktikan rasa keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepadaNya. Dengan itu ibadat-ibadat tertentu telah ditunjukkan kepada para manusia melalui utusanNya iaitu Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan ibadat-ibadat ini dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT contohnya ibadat solat yang dikerjakan lima waktu sehari pada waktu-waktu tertentu. Begitulah juga ibadat-ibadat lain seperti zakat,puasa, haji dan sebagainya.
Dalam Islam terdapat dua belas bulan yang dimulai dengan bulan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah. Di antara dua belas bulan ini terdapat empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah ini yang disebut sebagai bulan-bulan haram. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT itu adalah dua belas bulan sepertimana yang terdapat dalam Kitab Allah semenjak diciptakan langit dan bumi dan di antaranya empat bulan hurum”. (Surah al-Taubah :36).
Firman Allah SWT yang lepas disebutkan bahawa Allah SWT menciptakan dalam kehidupan manusia empat bulan yang dinamakan ‘bulan-bulan hurum’. Perkataan ‘hurum’ merupakan kalimat Arab yang menunjukkan jama’ atau plural daripada perkataan ‘singular’nya iaitu ‘haram’ yang membawa maksud larangan. Apabila menyebut tentang bulan-bulan haram ianya menunjukkan tentang kemuliaan yang terdapat pada bulan-bulan tersebut. Hal ini termasuklah fadhilat-fadhilat mahupun tegahan-tegahan yang terdapat padanya. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan adalah empat bulan Islam iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya zaman(tahun) telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu terdapat dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempatnya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban”. ( Hadith Muttafaqun ‘Alaih).
Para ulama’ membahaskan tentang sebab penamaan empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram. Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya. Firman Allah SWT:
“Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6).
Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.
Bulan-bulan haram ini merupakan antara bulan-bulan mulia dalam Islam malah diagungkan oleh bangsa Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam karyanya Fath al-Bari menyatakan bahawa masyarakat Arab jahiliyyah pada ketika dahulu sering kali menukar bulan-bulan haram ini tanpa mengikut tertib asalnya. Mereka akan mendahulukan atau melewatkan bulan-bulan haram ini dengan bulan-bulan biasa seperti melewatkan bulan Rejab ke bulan Sya’ban. Perkara ini dilakukan supaya mereka boleh berperang sewaktu bulan-bulan haram. Apabila datangnya Islam, Nabi SAW telah meletakkan kembali susunan dan tertib asal bulan-bulan Islam seperti yang kita ketahui pada masa kini.
Kelebihan-Kelebihan Pada Bulan-Bulan Haram:
Sepertimana yang kita ketahui, bulan-bulan haram terdapat kelebihan padanya. Antara kelebihan yang utama adalah disunatkan berpuasa pada bulan-bulan tersebut. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud rhm, seorang sahabat datang bertemu Nabi SAW untuk memohon daripada Nabi SAW supaya memberi kebenaran kepada beliau untuk lebih banyak berpuasa.
Dalam hadith tersebut Nabi SAW telah bersabda: “Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”
Daripada hadith ini dapatlah diketahui bahawa berpuasa pada beberapa hari dalam bulan-bulan haram hukumnya adalah sunat namun tidak boleh keterlaluan sehingga berpuasa keseluruhan hari dalam bulan-bulan tersebut.
Antara kelebihan-kelebihan khusus bulan-bulan haram adalah:
1. Rejab
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh mengikut kalendar Hijrah. Antara catatan sejarah penting yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Dalam peristiwa tersebut telah difardhukan solat lima waktu ke atas seluruh umat Islam.
Dinukilkan daripada Nabi SAW seperti berikut: “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (Direkodkan oleh Imam Ahmad dan dinilai dhaif oleh al-Sayuti, al-Baihaqi, Ahmad Syakir dan al-Albani). Walaupun hadith ini merupakan hadith yang dhaif namun sebahagian ulama’ membenarkan untuk mengambil pengajaran daripada hadith dhaif selagi mana hadith tersebut bukanlah dikategorikan dalam darjat ‘dhaif syadid’ iaitu terlampau lemah antaranya disebabkan celaan ke atas ‘perawi’ (periwayat) hadith tersebut.
Berkenaan amalan dan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab secara khusus, tidak terdapat sebarang dalil daripada al-Quran mahupun al-Sunnah. Manakala khabar-khabar berkenaan beberapa hadith yang menceritakan tentang kelebihan puasa pada bulan Rejab bukanlah hadith-hadith yang boleh dijadikan hujjah kerana para sarjana hadith telah mengklasifikasikan hadith-hadith tersebut sebagai hadith ‘maudhu’ (palsu) mahupun ‘dha’fun syadid’ iaitu terlampau lemah. Namun puasa pada bulan Rejab boleh dilaksanakan jika kita berniat untuk berpuasa pada hari-hari dalam bulan haram.
2. Zulkaedah
Bulan Zulkaedah adalah bulan haram dan pada masa yang sama merupakan antara bulan-bulan pelaksanaan ‘manasik’ (tatacara ibadah) haji. Firman Allah SWT:
“(Musim) Haji adalah bulan-bulan yang dimaklumi…” (Surah Al-Baqarah:197).
Bulan-bulan haji ini adalah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh awal Zulhijjah. Dalam Tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa dalam mazhab al-Syafi’ie, jika sesuatu ibadah haji diniatkan di luar bulan-bulan haji maka tidak sah haji tersebut. Pendapat ini juga merupakan pendapat kebanyakan para sahabat antaranya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin Abdillah. Al-Hafiz Ibnu Kathir juga telah menukilkan daripada Ibnu Abbas dengan kata beliau: “Daripada sunnah itu adalah tidak berihram dalam haji kecuali pada bulan-bulannya.”
Hal ini bertepatan dengan sunnah nabi SAW apabila nabi SAW memulakan ihram bagi haji Baginda SAW pada bulan Zulkaedah. Nabi SAW juga telah menunaikan umrah baginda sebanyak empat kali pada bulan Zulkaedah
3. Zulhijjah.
Kelebihan utama dalam bulan ini ialah umat Islam akan menunaikan ibadat haji di Mekkah al-Mukarramah bermula daripada hari tarwiyyah pada 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Pada bulan ini juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji. Pada bulan ini juga umat Islam menyambut perayaan Aidul Adha dan melakukan ibadat korban.
4. Muharram.
Dalam bulan Muharram umat Islam disunatkan berpuasa pada hari-harinya. Sabda Nabi SAW:
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram” (Hadith riwayat Imam Muslim). Selain itu disunatkan juga untuk kita berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram sepertimana yang telah direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih mereka.
Konklusinya, bulan-bulan haram merupakan bulan yang terdapat padanya kemuliaan-kemuliaan tertentu.Namun setiap ibadah yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut mestilah selari dengan Sunnah Nabi SAW supaya setiap ibadat kita itu diterima oleh Allah SWT dan tidak termasuk dalam amalan yang sia-sia.

sangat jelas kan penerangan dari ustaz...maksudnya bukan hanya pd bulan Rejab ni je yg kita kena lebihkan ibadah2 sunat, bulan2 lain pun begitu juga..InshaAllah..
kat bawah ni ada dikongsikan satu jadual puasa yg dianjurkan bagi tahun ni...Alhamdulillah, terima kasih pd hamba Allah yg telah membuatnya...dan InshaAllah sama2 kita mendapat kebaikan darinya ye...





Thursday, April 24, 2014

Ubat Magic



Assalam...


lega rasanya....udah berminggu berpagi- pagian menyiapkan proposal, akhirnya selesai jugak, Alhamdulillah....toksah ditanya baper kali draf, baper kali kena wat correction semua..huhu...yg pasti minggu terakhir sebelum antor mmg sgt kurang tido, tv mmg la sgt2 jarang la tgok, mn2 pegi skang ni asik nmpak jurnal je, hahaha...so skang ni tggu pi siapkan slideshow smua dan tgggu je la presentation..harapnyer diterima la.. so blh proceed ngn next phase..aminnn

so, bila dah berpagi- pagian tido atas papers, atas jurnal, atas tesis org semua...dapat la bonus lain selain dr proposal tu...haa dpt la sakit badan ngn selsema ngn pakej batuk sekali..
bila da dpt pakej batuk ngn selsema tu mmg la bminggu2 bru nk baik..abih semua ubat mengantuk x mengantuk semua x jalan...
sudahnyer...balik la ke kaedah tradisional punyer...yg mana kaedah tradisional sbnarnya lg elok dr makan ubat2 moden tu, yg ni klau pd aku mmg berkesan la..kena 2-3 kali da elok da, mmg mcm magic..inshaAllah..penyakit kan dtgnya dr Allah..so kenala ikhtiar kan selagi boleh..
so klau nk try boleh je..senang je pun bahan2nya....madu, lemon ngn halia je..
hiris lemon ngn halia pastu masukkan dlm satu balang atau bekas, tuang madu dalamnya...pastu simpan dlm peti ais...bila selsema atau batu amik satu atau dua sudu madu sekali ngn lemon dan halia tu campo dalam air suam atau teh..pastu baca selawat minum...insyaAllah berkesan...kena diulang2 la yer...sekali je takkan la boleh baik..ye tak...hehe




ni la rupanya bila da masuk balang tu..boleh simpan lama dlm peti ais..
Selamat mencuba yer :)




Thursday, April 3, 2014

:. GOOD .::. BYE .:





:. Deactivated .:

Goodbye....this time for good and for a good cause


Alhamdulillah.... :)



Tuesday, April 1, 2014

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan CBBPTB Sesi 2015



Assalam...


Nak sampaikan satu berita baik utk semua rakan2 PPPS yg berhajat utk menyambung pelajaran Master atau PhD, tawaran biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTP) sesi 2015 telahpun dibuka secara online. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2014 ni..kawan2 boleh click kt bwh ni sbb iklan ni belum lagi kluar kat laman web KPM ....






utk yg still confuse antara 2 program yg ditawarkan, ni nk bg penerangan sikit :


HLP :  Penerima ditawarkan cuti bergaji penuh selama 2 tahun dan mendapat tajaan penuh semua yuran pengajian, termasuk elaun2 yg ditawarkan mengikut program dan bidang..senarai elaun blh rujuk kat SINI... 


CBBTB  : Penerima ditawarkan cuti bergaji penuh selama 2 tahun tetapi yuran pengajian tidak ditaja dan tidak mendapat apa2 elaun dari Bahagian Tajaan...maksudnya self sponsored la semua..ok



ramai yg tanya psl iklan HLP di laman web KPM tu..ok, yg tu ialah HLPS iaitu Hadiah Latihan Persekutuan separuh masa...dimana penerimanya tidak ditawarkan cuti belajar tetapi mendapat tajaan pendidikan dimana yuran pengajiannya ditanggung dan dia akan dapat elaun buku dan elaun tesis SAHAJA...so rakan2 guru masih perlu bekerja pd hari biasa dan arrangekan utk kuliah pd hujung minggu sahaja..klau tak confident boleh je mohon yg tu tapi pd pendapat kami cubalah yg kt atas ni, dapat cuti belajar 2 tahun dan dapat semua elaun2 yg ditawarkan...InshaAllah kalau betul ada kesungguhan dan ada rezeki Allah akan permudahkan..

selamat mengisi borang yer rakan2 semua...baca betul2 arahan dan pilih betul2 bidang yg anda nk amik..sbb lepas ditawarkan bidang tu tak boleh ditukar kepada bidang yg lain...kalau perlukan bantuan komen je kt comment box inshaAllah sy cuba jawab mana yg dapat dijawab...InshaAllah entry mngenai tips2 dan contoh proposal utk mnghadiri temuduga akan menyusul nanti...


Selamat Berjaya! :)



update :

* Borang tawaran online HLP dan CBBPTB ditutup buat sementara oleh KPM, akan dibuka balik kemudian...tggu yer :)

update :

*Borang tawaran online telah dibuka kembaali...boleh tengok disini yer..
Borang Tawaran




Friday, March 21, 2014

The Singing Heart... :)









teruskanlah bernyanyi,
menari mengikut rentak redhaNya....



❤  〜(^∇^〜)(〜^∇^)〜  




Amin Ya Rabbal A'lamin...



Wednesday, March 19, 2014

T.A.K.D.I.R



Takdir



Dihempas gelombang, dilemparkan angin
terkisah bersedih, bahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencanaNya..

semua  berjalan dalam kehendakNya
nafas, hidup, cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakMu, Ya Rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu, Ya Rabbi

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
bila mungkin tawa cuba bersabarlah
kerna air mata tak abadi
kan hilang dan berganti..

Bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkah hati merindukan Dia
kerna hanya denganNya hati tenang
damai jiwa dan raga



Monday, March 10, 2014

Anak Monyet...




Assalam.....


kt umah ni skang ader sekor monyet... :'(




bkn monyet betul tp sekor anak tucen berperangai mcm monyet...huhu
masa mula2 dtg dulu mak aihh punyer la pemalu, penakot...jgn harap la dpt pegang2, pelok2 dia...asik nk nyorok jer...
asal org nk amik jer kene hissing jer memanjang..

tp la ni haa...x larattttt
ilang da semua rasa penakot, pemalu dia..
lagi2 smenjak dia da geng ngn abg didie kesayangan ramai tu..naik tocang
abis semua lemari, sofa, meja dia nk panjat
pastu kacau abg didie, gigit abg bobo..nenek pun kene kacau gak...yg x masuk dik akal si abg jijoy yg garang tu pun dia penah test...hoi la, sekali dia smackdown ko mmg keluor taik ijau tawww...mama yg nanges2 nk bwk ko gi vet nnt...huuuu
pastu da abes smua dikacaunyer berdesup lari kt luar mengendap burung..
satu ari da x tahan tengok agaknya, ditangkapnya sekor..bwk masuk, gigit kuat2 xmo lepas
cian burung x berdosa tu...huuu



ni masa baru datang...cam innocent jer, cam baik jerrr...kannnnn
yolahhhh...tgok bawah ni lak..










gerammmmnyerrrrrr!! haihhhhhhh...

ishhhh...tapi kan kdg2 bila dia tgh nak manja2, bila balik umah dia sambut mcm rindu sgt2....pastu dtg tido atas badan, tido celah ketiak..hulur muka mintak siyom, terus mama dia jadi cair balik..
korang x cayer...haa tgok la...
hati saper yg x cair tgok aksi2 camni....
haiii laaa anak oi.....gasak la janji ko bahagia...mama sabo je laaaa byk2 yerrr...







Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370...



hari ni dan semalam...

satu dunia gempar dengan kehilangan pesawat MH 370, bagaimana kapal terbang sebesar tu boleh ilang dr radar mcm tu saja tanpa sebarang kesan..
macam2 kemungkinan, mcm2 spekulasi yg diperkatakan..
yg paling kasihan ialah ahli2 keluarga mereka yg berada dlm pesawat tu...kalau lah ahli keluarga kita terlibat alangkah.....


Mungkin juga benar kata2 seseorang :

"Allah 'pegang' sekejap MH370 sebab nak kita semua berdoa kepadaNya.."





Bukankah semua ujian itu dtg dariNya...
Jadi, teruskanlah berdoa...biarkan hati2 kita penuh dengan pujuk rayu kepada Allah, biarkan bumi Malaysia ni basah dgn airmata dan banjir dengan doa...





please come back MH370....



Wednesday, March 5, 2014

Baucher Buku BB1M


Assalam...

Seriously jakun btul bila dapat mende alah ni..sampai kna buat satu entry...hihihi
ye la, zaman2 jd student dulu mana penah dapat bantuan2 ni..
sbb tu bila kwn ckp selain dr elaun nnt dapat lg duit buat beli buku...masa tu tercengang2 gak
rupa2nya nk dapat baucher ni ha...

Alhamdulillah...tima kasih la yer
x tau lg nk buat beli apa sbb so far mcm da byk sgt buku utk rujukan
tp inshaAllah akan dgunakan utk beli buku2 ilmiah yg bermanfaat...
maybe tambah koleksi mini libary kt umah tu ke...hehe






Monday, February 24, 2014

R.I.N.D.U



Assalam...

penah rindu pd seseorang? tak kira la ibu bapa ke, adik beradik ke, suami/ isteri ke, kekasih ke atau pun rindu pd sahabat....tak kira la pada siapa2 pun...penah tak?
tipula kalau tak penah....
Rindu tu kan....sebenarnya anugerah dari Allah...pecaya tak? :)





Apa nk buat klau kita rindukan seseorang? call? sms? whats app? hmmmm...
kalau tak surut juga rindunya mcm mana? ajak jumpa? boleh la kalau dekat....
(pilihan yg terbaik ke tu?...hehe)
kalau org yg dirindui tu tersgt la jauh beribu2 batu?...huuu

haa...sebenarnya ada adab dan cara bila kita rindukan seseorang...kdg2 kita je yg tak tahu mcm mn nak jaga hati kita dan hati mereka yg kita rindui...maksudnya terjaga dari khianat dan tipu daya syaitan yg cuba mnyesatkan..bahaya tau, sbb dr perasan indah yg Allah kurniakan ni sbnarnya boleh menjuruskan kita ke arah perkara2 maksiat kalau kita tak pandai kawal perasaan tu...
so macammana???

Kata ustaz Don, kalau kita merindukan seseorang..
baca Al- Fatihah sambil tangan didada...dan berzikir dengan ikhlas kepada Allah semoga dia dapat merasai rindu kita padaNYa...

Dan juga, boleh la bacakan satu doa utk mereka yg dirindui...serahkan semua kerinduan kita tu kpd Allah dan minta Allah sampaikan rindu kita tu pd mereka yg dirindui.....semoga hati jadi lebih tenang dan kerinduan tu terubat...InshaAllah... :)



ni doa Nabi Yusuf as ketika baginda merindukan Zulaikha :)




haihh, seriously rindu kt awak...huhu
nnt saya baca doa ni yer... :)



Friday, February 21, 2014

Allah Sayang Kita.. :)




Assalam.....tazkirah sikit di pg jumaat ni yer ;)





ini kata2 dari seorang teman yg dikasihi....sgt2 mnyedarkan...

Kita bersolat 5 hari sekali seolah2 kita mandi dan menyucikan badan kita 5 kali sehari..kerana kita hambaNya tak pernah terlepas dari membuat dosa, samaada kita sedar ataupun tidak..Dosa2 kita itu pula umpama api yg menyala..tiap kali kita ambil wuduk dan solat, api tu mengecil...kemudian kita buat dosa lg api tu kembali besar...begitulah keadaannya setiap hari...maka bygkanlah klau kita tinggalkan solat satu waktu, dua waktu, sehari, dua hari...bygkan pula kita yg dah x solat sebulan, setahun atau x penah pun solat sejak dr kecil...betapa besar api yg menyala tu agakya. kelak itu yg akan membakar kita di neraka nanti...nauzubillahh

tapi....Allah tu kan Maha Pengasih...Maha Penyayang...
Dia sentiasa menerima taubat dari hamba2Nya walau sebanyak mana sekalipun kita membuat dosa, walau selama manapun kita ni pernah melupakan Dia..
Bertaubatlah..berdoalah...tak perlu malu pada Allah...Allah suka hambaNya yg menangis meminta keampunannya, Allah sayang hambaNya yg sentiasa merayu dan meminta2 padaNya..

Allah sangat sayang pd kita...
buktinya..walaupun kita ni sentiasa lupa, sentiasa alpa...tapi Allah x pernah lupa pd kita kan..
Dia kabulkan juga semua permintaan2 kita, Dia beri kita kesihatan yg baik, Dia beri kita kerjaya yg hebat, Dia beri kita kesenangan, Dia permudahkan semua urusan..
Adalah kadang2 tu... Dia beri kita ujian...Dia tak tunaikan apa yg kita minta..
sebab Dia nk tengok, samaada kita akan ingat pd Dia atau pun tidak..
 Sebaliknya kita marah, kita salahkan Dia..
MashaAllah..cubalah kita renung..betapa banyak yg Dia dah beri kpd kita selama ni..
Cukup ke kita bersyukur? Cukup ke kita mengingatiNya...


Rasullullah saw telah bersabda :

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis riwayat Al Bukhari)


Allah sayang pada kita..
Jom la kita sayang juga pada Dia...
Jangan tinggal solat yer ;)

Assalam.


*tima kasih awak...sy share yer :)


Monday, February 17, 2014

A Lil Twist...



Assalam...

Percaya tak...kdg2 ada benda yg berlaku dlm hidup kita ni dtg with a little twist...kdg2 apa yg kta nmpak mudah, tidak la sebegitu mudah yg disangka...apa yg nmpak indah, tidak la seindah yg dibygkan...dan apa yg nmpak baik, tidak la sebaik yg kita harapkan...seperti air yg tenang, langsung tidak dpt diduga apa yg ada didasarnya...



begitu juga insan2 yg hadir dlm hidup kita..silih berganti, ada yg kekal..ada yg tidak...namun setiap dr mereka sebenarnya bukan hadir dengan sia2, semuanya bertujuan, semuanya bersebab...samaada mereka bakal merubah hidup mereka atau mereka yg bakal merubah hidup kita..mereka hadir utk memberi warna pd kehidupan kita, utk mnyedarkan kita tentang betapa indahnya hidup, atau membangkitkn sesuatu dlm diri kita yg selama ini kita x pernah sedar..adakalanya hadir mereka hanya sebagai asbab untuk Allah berikan petunjuk, berikan hidayah...samaada kita nampak ataupun tidak terpulang kpd kita sendiri..
Andainya mereka2 yg pernah hadir ini pergi pd suatu hari nanti...redhakanlah...mungkin setakat itu saja Allah nk pinjamkan mereka dlm hidup kita...hidup ini kan hanyalah pinjaman, isi dalamnya juga adalah pinjaman dr Allah...lagipun setiap apa yg bertemu keranaNya satu hari nnt akan berpisah juga akhirnya kan..

Itu lah hidup...sebab sebaik manapun kita rs kita telah merancang, sebenarnya ada yg Maha Perancang...yg telah menyusun atur semuanya mengikut kehendakNya, mengikut apa yg terbaik yg telah Dia rancangkan utk kita semua..dan kita kena selalu bersangka baik kpd Allah sentiasa, kerana tiada yg buruk yg Allah telah rancangkan utk kita, sentiasa yg baik2...yg indah2 bila tiba masanya... :)

Redha dan berserah..atas takdir dan perancanganNya...




"Hasbunallah wa ni'mal- wakil, nik'mal- mawla, wani'man nashir" 
"Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik- baik pelindung kami dan sebaik- baik penolong kami"



Friday, February 14, 2014

Emelia Veterinary Clinic




Alhamdulillah..

Tahniah kepada Dr Nor Emeliawati dengan pembukaan klinik haiwan miliknya sendiri di Sendayan, Negeri Sembilan....sesiapa yg berhajat utk mndapatkan perkhidmatan veterinary utk haiwan kesayangan boleh la berkunjung ke klinik yg beralamat seperti berikut :



Emelia Veterinary Clinic
1736, Jalan Nusari Bayu 7/1
Nusari Biz
71950 Bndr Sri Sendayan
Seremban N9

Waktu Operasi:

Ahad-Jumaat: 
10 am - 1 pm 2 pm - 6 pm
Sabtu & Public: 
Tutup

No Phone : 

017-6708476








personal experience :

vet berpengalaman yg sangat peramah dan penyayang...sangat baik hati dan tak lokek dengan ilmu..tanya la pasal apa saja berkenaan dgn pets kita, inshaAllah dia pasti akan membantu ikut kemampuan...inshaAllah charge yg dikenakan pun sgt berpatutan..
dan klinik ni pun sgt spacious dan selesa,
bilik rawatan utk kucing dan anjing pun diasingkan, jd x perlu risau pd mereka yg concern psl hal tu..
 kalau nk antar boarding pets kita mmg sgt sesuai sbb cagenya besar dan selesa..
sgt2 recommend vet ini pada kwn2 yg perlukan rawatan utk haiwan peliharaan..

jumpa kat sana yer... ;)



Monday, February 10, 2014

Selamat Tinggal.... :(


Assalam..




8 tahun 1 bulan 10 hari...
ari ni ari terakhir....sedihnyer...sblm2 ni x sgt terasa sedihnya, tp lepas sambutan perpisahan kt phimpunan td bru rasa sebak...tengok wajah kawan2, wajah anak2 murid...da x dpt da tgok semua2 tu dlm 2 taun ni, in fact mungkin da x dpt da tgok semua2 tu lg...huhu

teruskan perjuangan yer kawan2..walaupun tugas kita makin hari makin berat, makin tahun makin bertambah...tp itu la pengorbanan kita yg bergelar guru...sbb tu ada pepatah guru umpama lilin yg membakar diri...smoga setiap pngorbanan yg kita berikan mendapat balasan yg baik dr Allah di sana nnt..InshaAllah




utk anak2 murid ksayangan cikgu...teruskan menimba ilmu, istiqamah dlm melakukannya...bkn sekerat jalan tekun lepas tu setengah jalan lagi leka..ingat semua nasihat yg cikgu da bagi, ingat doa ibu bapa, ingat masa depan..paling penting, ingat Allah sentiasa..jgn lupa solat dan berdoa, minta Allah terangkan hati utk terima semua ilmu yg dipelajari...cikgu akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua...




Terima kasih semua...atas ilmu & pengajaran, atas kenangan suka & duka, tangis & tawa... 
terima kasih atas atas segala- galanya...
semoga Allah kekalkan ikatan ukhwah antara kita semua..
panjang umur, kita jumpa lagi...
InshaAllah


Selamat Tinggal  :'(


Monday, January 27, 2014

Projek Roti Cinta :)



Assalam..

Beberapa minggu lepas berkesempatan untuk turut serta dalam Projek Roti Cinta anjuran Projek Iqra' dan Kindness (tolong skit2 je sbnarnya...hehe)...mereka berkolaborasi dengan Golden Republic milik bumiputera yg mngeluarkan bahan mentah premix utk usahawan2 bumiputera...Roti2 tersebut disediakan oleh anak2 dr Baitul Ehsan yg mnyertai Program Junior Apprentice utk diedarkan secara percuma kpd org ramai semasa sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya...Alhamdulillah, program berjalan dgn sgt baik dan lancar serta mendapat sambutan yg menggalakkan dr org ramai...semoga yg mendapatnya akan terbuka hati utk membuat kebaikan di masa akan datang...Inshaallah










Kalau kwn2 sedang tercari2 peluang yg baik...peluang utk memberi balik rezeki yg Allah berikan kpd kita kpd yg kurang bernasib baik, juga peluang utk menambahkan amalan dan saham akhirat kita,  bolehlah turut serta melalui pelbagai projek yg dianjurkan sebuah persatuan NGO ini yg bernama Projek Iqra' yg membantu kebajikan kanak2 dan remaja di rumah anak yatim dan dalam keluarga yg tidak berkemampuan...byk aktiviti- aktiviti dan projek2 meenarik utk membantu adik2 di rumah2 anak yatim dan memberi nilai tambah kepada mereka supaya dapt berdikari

kalau nak tau apa projek2 terbaru mereka bolehlah melayari facebook dan website mereka di sini yer :



https://www.facebook.com/ProjekIqra?fref=ts
http://www.projekiqra.com/

Antara projek yg sedang berjalan sekarang adalah projek Program Pendidikan Rakyat dan Kempen Mini Lab yg sgt menarik...sesiapa yg berhajat untuk menyumbang dan rasanya berkesempatan utk menjadi sukarelawan juga dialu- alukan...


kat bwh ni link ke facebook milik Golden Republic Sdn Bhd, jika ada yg berminat nak jadi usahawan bakeri, boleh lah dapatkan maklumat dr mereka...ada baking & entrepreneurship class juga disana....check it out ok ;)


https://www.facebook.com/GoldenRepublicMalaysia?fref=ts



Nantikan projek2 terbaru dr mereka yer...InshaAllah, sampai2kanlah kebaikan....sama2 kita menyumbang sambil beramal yer...

Alhamdulillah.....Assalam