Monday, October 21, 2013

Al- Fatihah...









16 Oktober 2013 : 11 Zulhijjah 1434
(Hari Tasyrik ke-1)

Pada tengahari hari yang mulia itu, sebaik saja selepas zohor sahabat itu telah pergi, pergi dengan tiba2 untuk selama2nya...pergi dalam usia yang masih terlalu muda, pergi dengan membawa kerinduan kami yg tak sempat melawat beliau ketika uzur, membawa ralat hati kami kerana tak sempat menunaikan permintaan2 kecil terakhirnya, dan juga kerana x sempat menatap wajahnya buat kali terakhir....begitu sekejap saja beliau uzur dan begitu cepat dan mudah pula Allah menjemput beliau pulang kesisiNya....

Sesungguhnya dia sahabat yang sangat baik...sangat mengambil berat...sangat penyabar...pendengar yang paling baik dan antara yg sangat rapat waktu kami menghadiri mesyuarat2 membina modul dan dsk..
masih terbayang2 momen2 indah, terngiang2 segala gurauan, perbualan, luahan hati dan impian masa depan yg dikongsi bersama2...semuanya akan kekal dalam ingatan

Allah lebih menyayangimu sahabat, damailah dikau disana...kami redha dengan pemergianmu...tetapi kami semua akan tetap mengingati dan merinduimu selalu...semoga rohmu dicucuri rahmat dan kamu ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman..



اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار


Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.



Al- Fatihah


No comments: