Tuesday, November 19, 2013

Tawaran HLP 2014 - Second Intake



Assalam..

bersiaran sekejap di celah2 kuliah yg cramp..just utk mnyampaikan breaking news ni..
agaknyer bersinar2 mata kawan2 yg agak kurang bernasib baik ditawarkan hlp taun depan kan...berita baiknya yg telah disahkan oleh pihak tajaan pendidikan bahawa akan ada lagi guru2 yg bakal ditawarkan hlp tahun 2014..kira mcm second intake la kan..
bilangan yg akan ditawarkan tak pula diberitahu tapi bilangannya x ramai la...mungkin ada calon yg ditemuduga yg kecewa sbb gagal padahal mereka rasa mereka dah buat sehabis baik masa temuduga, jangan sedih2 yer..mungkin kalau ada rezeki kawan2, inshaa allah anda akan terima surat tawaran daripada bhgian tajaan dlm masa terdekat ni...

tahniah pada yg berjaya..dan bg yg tak juga bernasib baik, kawan2 semua blh cuba lg tahun depan sbbnya tahun depan bhgian tajaan akan memperluaskan peluang calon2 utk ditemuduga..maknanya tahun depan peluang utk dipanggil temuduga lebih tinggi dan peluang utk berjaya mungkin lebih cerah lagi yer..

oklah..nnt sambung lg psl kursus time free2 yer
assalam...

9 comments:

Anonymous said...

Ye ke awak? Ada second intake?
Saya tak dapat, tak lulus temuduga. Harap dapat la terpilih untuk second intake nanti

Farahliza Isa said...

Itu yg dberitahu pihak tajaan ms taklimat smlm...inshaa allah doa byk2 yer, kalau ada rezeki cikgu tak kemana :)

Mijoe said...

kelanakursus katne Farah? :p

Farahliza Isa said...

Kt JB en mijoe..kt BTP

Cikgu Ikmal said...

Salam cikgu, boleh tak saya dapatkan no contact cikgu.
Ada perkara yang saya nak tanyakan tentang hadiah biasiswa, itupun jika cikgu tak keberatan. Terima kasih

Farahliza Isa said...

cikgu ikmal boleh email saya yer

archangle_liz@yahoo.com

segannya saya bkn tau byk pun pasal hlp ni, saya try jwb ikut pd pengalaman sendiri dan apa yg dberitahu oleh panel penemuduga yer

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah saya baru dapat panggilan pagi tadi menyatakan yang saya ditawarkan HLP. Sekalung terima kasih buat cikgu kerana lepas saya baca blog cikgu saya cepat- cepat pergi ke bahagian tajaan dan bertanya hal ini serta buat rayuan. Dan tertulis rezeki saya saya dapat peluang sambung pelajaran. Terima kasih banyak cikgu.

Farahliza Isa said...

Alhamdulillah...seronok sgt dengar, selamat bergelar student dan semoga kita sama2 berjaya ya..inshaa allah

Unknown said...

Sedihnya. X de call pun. Tp kawan kat sekolah dh dpt call. Sedihnya.