Sunday, December 29, 2013

Biasiswa & Elaun HLP



Assalam…nak sambung pasal HLP…sebabnya ramai yang dok tanya2 dan tertanya2 apa yg best sgt dapat HLP ni…ada kawan2 yang mngadu kena perli mcm2 seperti “macam best sgt la sambung belajar tu kan…bukan naik gaji pun, nnt da abes dapat master gaji ko sama je mcm kitorang ni ha.. lepas tu bukan tentu2 lagi ko dapat posting kat sini balik, padan la muka nnt ko posting jauh dr umah”
(haaa…yg bab posting ni nnt aku cerita lain yer, cerita baeikkk punyer…yg dpt HLP je tau keistimewaan ‘posting balik’ yg kitorang dapat ni…hehehe)


HLP adalah singkatan kepada Hadiah Latihan Persekutuan, ianya adalah satu keistimewaan atau hadiah yg diberi oleh kerajaan kepada penjawat awam..dah namanya pun hadiah kan jadi apa2 yg pemegang HLP dapat adalah berupa hadiah dari kerajaan, jangan risau x payah kene bayar balik…ini bukan pinjaman yer…tapi jikalau pecah kontrak atau didapati terlibat dalam perkara2 yang membolehkan biasiswa HLP ni ditarik balik maka adalah bayaran2 yg perlu dibayar balik kpd kerajaan…jgn ingat senang2 je kerajaan nak bg duit yerrr…

Apa yang penerima HLP dapat? Soalan yang paling banyak ditanya…sejujurnya aku sendiri bertanya perkara yang sama masa aku nk memohon dulu, penat meng’google’2 tp jawapan yang aku dapat ialah “ biasiswa dan elaun2”…itu je…elaun apa? Ntah x pernah disebut di mana2 (atau aku yg x jumpa kott) tp bila tnya kawan2 pun mmg mereka kata tak tau sehinggalah kami diberitahu semasa taklimat dari Bahagian Tajaaan..

Jadinya aku akan bgtau kat sini apa yg penerima HLP dapat, dari yuran, elaun hingga ke tuntutan..ini cuma secara ringkasnya saja…maaf, aku sengaja taknak sebut nilainya berapa kat sini…apa yg aku boleh bagitau ialah nilainya sgt lumayan…tp jika terlalu berkehendak sgt2 nak tahu boleh email aku yer…yg sgt2 nk tahu jer ok :P

Pertama sekali apa yg penerima HLP akan dapat ialah :


CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH SELAMA 2 TAHUN

Maknanya, kami akan bercuti tak payah pegi kerja atau apa2 yg berkaitan kerja selama
24 bulan/ 2 tahun dan dibayar gaji penuh sepanjang cuti tersebut..ini termasuk elaun2 dan keistimewaan yg sama seperti mereka yg bekerja, seniority takkan terjejas..maknanya tempoh perkhidmatan takkan terhenti selama kita bercuti, dan jika semasa bercuti kita layak dinaikkan gred kerana time- based maka kita layak utk mendapatnya sama seperti mereka yg bekerja…best kan, tak kerja tapi gaji tetap dapat…dan tetap dpt naik pangkat..hehe


YURAN

  • Yuran pendaftaran universiti
  • Yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian
  • Bayaran peperiksaan
  • Yuran pemeriksaan tesis
  • Yuran ulangan kertas peperiksaan
  • Tajaan untuk pembentangan kertas kerja di seminar/ persidangan antarabangsa


Yuran2 dibayar terus kepada pihak universiti oleh Bahagian Tajaan (BT), bukan guna duit kita dulu bayar baru claim yerr…minta je invois then bg BT nnt diorg akan keluarkan bayaran atau terus masuk dlm akaun bank universiti kita…best kann


ELAUN

  • Elaun sara hidup - ESH (setiap bulan)
  • Elaun buku - EB (setahun sekali)
  • Elaun alat perkakas -EP (setahun sekali)
  • Elaun penempatan -EPTN (sekali di awal pengajian)
  • Elaun akhir pengajian -EAP (sekali selepas tamat pengajian)
  • Elaun bantuan sewa rumah - EBSR (setiap bulan)
  • Elaun bantuan keluarga- EBK (setiap bulan)
  • Elaun tesis -ET (sekali selepas menghantar tesis)
  • Elaun COLA (setiap bulan; kadar mengikut tempat belajar)

haa..ni la dia elaun2 yg diperkatakan tu...banyak kan...elaun ni berbeza mengikut tempat belajar, juga berbeza mengikut status samaada bujang ataupun yg sudah berkahwin...yg dah kawen dapat lebih skit..yg dah ada anak dapat lebih lagi, hehehe ..hampir semua perbelanjaan semasa belajar ditaja oleh kerajaan, termasuk jika belajar ada membawa isteri/suami dan anak2 maka utk mereka juga ada elaun juga yer (untung yg dah bekeluarga kann) ...bg kbayakan penerima HLP, ada yg x perlu keluarkan duit sendiri pun sepanjang masa pengajian, bygkan sampai ada sorg cikgu boleh simpan duit dan beli rumah semasa beliau bercuti belajar...siapa yg nak bagi kan? ;)
owh, ni elaun2 utk penerima HLP dalam negara je yer...yg luar negara ada tambahan elaun2 lain pulak.. ;)


TUNTUTAN

  • Tuntutan pindah rumah
  • Tuntutan perjalanan
  • Tuntutan pindah barang (lori/ kontena)
  • Tuntutan bayaran Passport & Visa (luar negara)
  • Bayaran tiket Kapal Terbang (luar negara atau luar semenanjung)


Tuntutan dan elaun adalah berbeza. Tuntutan dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian iaitu diawal pengajian.

Jadi, inilah apa yg penerima HLP dapat sepanjang tempoh pengajian mereka, kadar ni berbeza untuk yg buat Master dan PHD yer…dan jika sambung di luar negara lagi la byk beza..huhu
Juga berbeza mengikut status, maknanya kalau dah kawen maka nilainya lebih la lumayan lagi, so sebelum apply sila kawen dulu…kannn...hehehe

Elaun2 ni akan dibayar secara advance sekaligus utk 3 bulan sekali…maknanya akan dapat sedebuk… jadi pandai2 la bajet yer, byk tau nk guna duit buat research, buat tesis, byr duit guna lab, guna equipments, beli bahan2 (bg kes aku ler yg buat content) gunakan duit yg kerajaan bg tu utk study bukan wat enjoy yer kwn2..bak kata kawan aku, tu duit pembayar cukai tu tau tak, jgn wat joli lak…hehehe, tima kasih la pembayar2 cukai kerana menaja pengajian kami semua…

so apalagi, best tak...teruja tak? Haa, tu lah tujuan post ini dibuat…bukan berniat utk riak tp utk bg semua org teruja, juga utk menunaikan permintaan rakan2 yg selalu bertanya apa istimewanya HLP ni...sbb selama ni ada juga yg tak tau apa HLP ni, so sekarang dah tau, dah jelas kan maka taun depan ramai2 la mohon HLP taww…jgn risau dgn kata2 susah nak dapat la, apa la..mohon je dulu, usaha lepas tu doa…sbb kalau tanpa usaha sampai bila la kita mcm tu jer…manala tau kan rezeki…dan iyer, sebenarnya niat sebenar kta adalah utk sambung belajar, bukannya sebab duit yg diberi kerajaan ni tapi tak salah kan kalau kita rebut peluang dan keistimewaan yg dah diberikan ni…bak kata org tua2, untung sabut timbul, untung batu tenggelam…tiada salahnya mencuba dan berusaha.. selebihnya serahkan kpd nasib dan perancangan Allah swt……
  
Ok, nnt kita sambung psl tips temuduga pulak yer…
wassalam...



Kursus Persediaan HLP



assalam..

lama sungguh tak update, al kisah dok mengadap segala borang2 permohonan universiti dan segala borang2 permohonan cuti belajar..alhamdulillah selesai sudah semuanya, tinggal tunggu result tawaran je...insha Allah kalau ada rezeki akan mula bercuti belajar awal bulan 2 ni..

so, nak sambung kisah yg tertunda...
kisah tentang kursus intervensi atau kursus persediaan HLP selama 2 minggu yg wajib kami semua hadiri…kursus ini wajib kepada semua penerima HLP dan juga bagi guru2 yang memohon cuti belajar tanpa biasiswa..kursus dijalankan mengikut zon, awal cuti akhir tahun ari tu untuk kami yg belah zon selatan ni diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bahru...
oklah..walaupun duduk asrama dan mkn kat dewan mcm budak skolah sepanjang 2 minggu tu, tapi semua mencukupi...asrama cukup selesa alhamdulillah, ada aircond, tv, private toilet...makanan di dewan makan pun boleh tahan sedap juga..da rasa mcm duduk di asrama yg diupgrade lak...hehe..



pengisian masa kursus padat dengan kuliah- kuliah berkenaan dengan ilmu pnyelidikan...tenaga pengajar adalah doctorate2 dari IAB dan IPG yg mempunyai kepakaran & pengalaman…kami diajar bagaimana cara untuk mencari maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan sebagainya...methodology, jenis pnyelidikan juga cara penulisan pnyelidikan yang betul..kebanyakan kuliah dijalankan secara teori dan kemudian diaplikasikan dalam tugasan berkumpulan dan pembentangan...benar, ilmu mengenai pnyelidikan mmg takkan dapat disampaikan kesemuanya dalam masa 2 mggu dan kami takkan mahir dalam masa 2 mggu saja..tapi at least setelah bertahun2 meninggalkan universiti, mata dan minda kami terbuka la sikit...dan at least kami dapat bersedia dengan apa yg kami akan hadapi semasa di universiti nanti...
insha Allah prjuangan akan diteruskan....

selain dari kuliah, ada juga slot2 dari Bahagian Tajaan, Bahagian Perkhidmatan dan juga dari Bahagian Akaun yg menerangkan dgn lebih mendalam lagi tentang elaun2, biasiswa, tuntutan2, borang2 dan segala2 mengenai cuti belajar, penilaian prestasi dan keperluan2 juga perkara2 yg perlu kami alert semasa tempoh bercuti…sangat2 berguna info yg diberikan…



tapi apa yg paling beharga dan paling mahal yg kami dapat semasa kursus ini adalah rakan2 seperjuangan… rakan2 yg sgt memahami, sgt byk membantu dan sgt menyokong antara satu sama lain..yg kesemuanya punya background yg hebat2 belaka, namun sgt2 matang dan humble..entah mcm mana dlm masa yg sekejap itu kami menjadi sgt akrab dan dapat membina satu support system yg sgt2 diperlukan dalam transisi kerjaya kami ini.. …alhamdulillah, semoga ukhwah yg dijalin berkekalan dan berpanjangan hendaknya…dan kita sama2 support each other hingga kita semua beroleh kejayaan kelak...dan semoga usaha kita semua diberkati Allah yer...Insha Allah

Aminn.....wassalam


Thursday, December 12, 2013

9 Disember.....hari yang biasa2 saja




9 disember hanyalah satu tarikh yang biasa, cuma hari yang biasa dimana kita menghirup udara yang sama...luar biasanya hanya untuk kedua ibubapaku pada 33 tahun yang lalu, kerana itu harinya saat aku lahir ke dunia...selebihnya bila tahun bertukar tahun, ianya hanya hari yang biasa2 saja...aku tak perlukan banyak kerana aku ni mudah saja....cukuplah ia diingati oleh org2 yang tersayang, ianya dah cukup membahagiakan...dan menjadikan hari itu hari yang terbaik sepanjang tahun...tak perlu majlis yg grand, x perlu hadiah mahal2, dan tak perlu kek besar2...
(tapi tahun ni, berkongsi sebiji kek dengan adik lelaki yg sambut hari lahir pada bulan yg sama..bukan utk sambutan sebab bukan pada hari lahir pun, lebihnya kepada nak belanja keluarga makan saja sempena meraikan pengantin baru...hihihi)


pada aku, memperingati hari kelahiran adalah sangat baik, tetapi sangat baik jika ianya turut dapat memperingatkan kita tentang betapa dekatnya hari kematian...kan :) 

beberapa tahun ini aku telah berkembara secara sendirian pada hari kelahiranku, destinasinya hanya aku saja yang tahu, sekurang2nya sehingga selepas kembara itu berakhir... mulanya hanya utk mengubat lara, a soul searching journey...supaya aku lupa tentang tarikh itu...kemudiannya, jadi semacam acara tahunan pula, utk pergi berehat dan menenangkan minda....dan kemudian ianya jadi satu obsesi, yang tidak boleh ditinggalkan saban tahun...hahaha, pelik tapi benar..

namun, kembaraku tahun ini adalah yang paling membuka mata, hati dan minda...kembara yang bukan dirancang pun sebenarnya, satu kebetulan...mungkin sebagai satu hadiah yang agaknya dahpun dirancang oleh Allah swt...kemana? biarlah aku sahaja yang tahu kemana ya :)

Buat sahabat2 & mereka2 yang kutemui sepanjang perjalanan kembaraku itu, titipan doaku takkan putus buat kalian semua..tabahkan hati, inshaa Allah ada kebahagiaan dan ganjaran dari Allah nanti…

Bantu mereka Ya Allah, meredhakan hati yang pasrah..agar mereka kuat dan dapat terus mensyukuri nikmatMu..
Bantu mereka Ya Allah, dengan kekuatan hati dan iman, agar mereka dapat bangkit dari hampa dan kecewa..
Bantu mereka Ya Allah, dari ujian yang engkau turunkan, sesungguhnya mereka adalah manusia2 kerdil yang tidak mampu berdiri tanpa kasih sayangMu.. 

 Bantu mereka Ya Allah….Bantu mereka…


“Redup mata bagai berbicara
cerita hati yang terluka
Dan kupinta semua cahaya
Menyuluh laluan damainya…”



* alhamdulillah...terima kasih pada kawan2 yang yang sudi meluangkan sedikit dari masa korang utk menulis ucapan dan  mendoakan yang baik2, harap aku telah brjaya dapat membalas kesemua ucapan2 tersebut sbgai tanda penghargaan, baik dimana2 saja saluran komunikasi yg ada, aku sgt2 menghargainya....kalau ada yg tertinggal terlepas pandang maaf sgt2 dan terima kasih banyak2 yer... :)



Saturday, December 7, 2013

Date with more Antoos Part 2



assalam...

ari ni nk sambung citer date with antoo yg tertunda tu, sampaikan ada yg tanya mana sambungan...hahaha, ada gak yg ikut citer tu....sorry la, sibuk sgt bbrapa mggu ni mnghadiri kursus smpaikan terlupa...so here it goes..

 sambungannya lepas je kitorang balik dr night of fright kt sunway lagoon bulan 10 yg lepas...yg x braper nk fright sgt tu la...kitorg pun mcm agak kuciwa la jugak sbb x menjangkau expectation kitorang (kecuali si jason yg pegang chainsaw tu, tu mmg really fright okeh)...a few days later pastu, adik aku wassap...yong, ko nak ikut tak aku gi singapore weekends ni...kita gi uss diorg ada wat halloween night, lagi best dr sunway...eeekkk, bior betul kuciwa tahap gaban dia smpai nk gi singapore...aku pun check schedule tgok mmg weekend tu free so apalagi la (lgpun, dah org nk blanjer kannn...hehe)...bertolak jumaat malam ngn sorang family friend, sampai ttgah pagi tu kitorg check in hotel...then besoknya pick up adik pompuan kitorang yg keje kt jb tu terus masuk singapore...








selalunya uss kan buka belah siang, kul 6 da tutup dah.. tapi dah namanya halloween nite kan so diorang buka uss ni for few days specially utk halloween nite ni jer...aku dah penah pegi uss waktu siang, korang yg da penah pegi pun mesti rs best sgt kann...tp honestly, entering uss at night is totally a whole different experience...mmg sgt2 sgt2 sgt2 awesome!! dgn lightings dia, sound & special effects dia, props dia, scareactors/ actresses yg sgt 2 talented, then the whole area g waktu siangnya sgt2 sweet & dreamy dah berubah rupa ikut tema halloween, even show monster rock pun ikut tema halloween...tp kan, all the sweet cartoon characters yg muncul sekali2 kt tepi2 jalan tu all gone..instead digantikan dgn vampires, draculas, wizard, witches, scary looking creatures dan antoosss...yesss, and they are everywhere...i mean EVERYWHERE...kecuali di chill out zone (Science Fiction Zone), tmpat org yg nk dapat sakit jantung dok ber'chill out' atau berehat (kitorang kat sana main bubbles...hahaha)...

masuk2 je, xleh pegi mana2 sbb ada opening 'scaremony' then diintroduce ngn 3 'mascot' taun ni...3 Sisters of Evil : Maiden of the Opera, Daughter of the Undead & Crone of the Forest (kalau nasib baik, dapat jumpa diorg dalam scarezone masing2 nanti)....opening 'scaremony' mmg sgt best sbb smpai skang aku dok terpikir camner diorg boleh ilang dr dalam cage yg tgh hanging in the air pastu tiba2 muncul depan stage yg jauhnya 100 meters dr tempat cage tu...hmmmmmmm magic ke sihir ke..ntahlaaa
taun ni uss buat 3 haunted house yg bg aku mmg sgt2 best, sgt2 realistic dan sgt2 awesome la: Possession : House No 13, Adrift & Song of Death ...3 umah antoo ni ada cerita masing2, da masuk bru dpt figure out the whole stories...really2 send chill to our spine tp xla smpai sgt2 menakutkan ( kalau takut sgt ada yg kene angkut ngn ambulance lak nnt..kann), then ada 3 scarezone : Attack of the Vampires (kat area New York), Convention of Curses (kat area Ancient Egypt) & Forbidden Forest (kat area Madagascar)...yg paling seram kat Forbidden Forest la sbb penuh ngn malay ghosts, pocong, pontianak (siap peluk nisan pastu nanges2 atas pokok yerr), langsuir, hantu raya...and such (kita org melayu ni mmg lg takut ngn antoo local compare ngn vampires & draculas kan....hehehe)...selain drpada tu, attraction lain yg mmg sedia ada kt uss turut dibuka mcm transformers, the mummy, semua2 tu la kecuali battlestar galactica (keciwa gak ar x dapat naik roller coaster tu waktu malam...)

so, aku actually xnak wat review...klau nk diceritakan semua mmg entry ni akan jd sgt2 panjang...so kalau korang curious nak tau apa yg uss offer utk halloween night pd taun ni, sila baca kt website bawah ni, siap ader review, walkthrough, survival guides, scare zone report, haunted house report...bla bla bla....mmg best...
( aku x bertanggungjawab yerr...klau korang jd addicted...hahaha)

http://dejiki.com/tag/hhn/


enjoy the picca ya...sorry kt dalam haunted house mmg xleh amik gambo...huhuu









*overall, mmg sgt2 best..5 star event...n sgt2 berbaloi
  satu spoil jer, kitorg pegi on a peak nite, so bratur sgt panjang...tp managed to survived few haunted houses   lepas baca survival guides...hahaha
  mmg wajib repeat next year....saper nak ikot??? hehehe