Sunday, December 29, 2013

Kursus Persediaan HLP



assalam..

lama sungguh tak update, al kisah dok mengadap segala borang2 permohonan universiti dan segala borang2 permohonan cuti belajar..alhamdulillah selesai sudah semuanya, tinggal tunggu result tawaran je...insha Allah kalau ada rezeki akan mula bercuti belajar awal bulan 2 ni..

so, nak sambung kisah yg tertunda...
kisah tentang kursus intervensi atau kursus persediaan HLP selama 2 minggu yg wajib kami semua hadiri…kursus ini wajib kepada semua penerima HLP dan juga bagi guru2 yang memohon cuti belajar tanpa biasiswa..kursus dijalankan mengikut zon, awal cuti akhir tahun ari tu untuk kami yg belah zon selatan ni diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bahru...
oklah..walaupun duduk asrama dan mkn kat dewan mcm budak skolah sepanjang 2 minggu tu, tapi semua mencukupi...asrama cukup selesa alhamdulillah, ada aircond, tv, private toilet...makanan di dewan makan pun boleh tahan sedap juga..da rasa mcm duduk di asrama yg diupgrade lak...hehe..



pengisian masa kursus padat dengan kuliah- kuliah berkenaan dengan ilmu pnyelidikan...tenaga pengajar adalah doctorate2 dari IAB dan IPG yg mempunyai kepakaran & pengalaman…kami diajar bagaimana cara untuk mencari maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan sebagainya...methodology, jenis pnyelidikan juga cara penulisan pnyelidikan yang betul..kebanyakan kuliah dijalankan secara teori dan kemudian diaplikasikan dalam tugasan berkumpulan dan pembentangan...benar, ilmu mengenai pnyelidikan mmg takkan dapat disampaikan kesemuanya dalam masa 2 mggu dan kami takkan mahir dalam masa 2 mggu saja..tapi at least setelah bertahun2 meninggalkan universiti, mata dan minda kami terbuka la sikit...dan at least kami dapat bersedia dengan apa yg kami akan hadapi semasa di universiti nanti...
insha Allah prjuangan akan diteruskan....

selain dari kuliah, ada juga slot2 dari Bahagian Tajaan, Bahagian Perkhidmatan dan juga dari Bahagian Akaun yg menerangkan dgn lebih mendalam lagi tentang elaun2, biasiswa, tuntutan2, borang2 dan segala2 mengenai cuti belajar, penilaian prestasi dan keperluan2 juga perkara2 yg perlu kami alert semasa tempoh bercuti…sangat2 berguna info yg diberikan…



tapi apa yg paling beharga dan paling mahal yg kami dapat semasa kursus ini adalah rakan2 seperjuangan… rakan2 yg sgt memahami, sgt byk membantu dan sgt menyokong antara satu sama lain..yg kesemuanya punya background yg hebat2 belaka, namun sgt2 matang dan humble..entah mcm mana dlm masa yg sekejap itu kami menjadi sgt akrab dan dapat membina satu support system yg sgt2 diperlukan dalam transisi kerjaya kami ini.. …alhamdulillah, semoga ukhwah yg dijalin berkekalan dan berpanjangan hendaknya…dan kita sama2 support each other hingga kita semua beroleh kejayaan kelak...dan semoga usaha kita semua diberkati Allah yer...Insha Allah

Aminn.....wassalam


No comments: