Wednesday, November 13, 2013

Hari 'Asyura




As salam...

selamat menyambut Hari 'Asyura....puasa pada Hari 'Asyura iaitu pada 10 muharram ialah sunat mu'akkad iaitu ibadah sunat yg sgt dituntut..bagi org yg nak berpuasa pada hari 'Asyura sunat mendahuluinya dengan puasa pada hari Tasu'a dahulu kerana sebagai langkah berjaga2 dengan kiraan hari pada bulan muharram, ditakuti hari yang dianggap Hari Tasu'a kemungkinan adalah Hari 'Asyura..juga untuk membezakan kita daripada org yahudi yang berpuasa pada Hari 'Asyura sahaja..juga disunatkan kita berpuasa pada 11 Muharram jika tidak berpuasa pada Hari Tasu'a..dan juga bagi mematuhi tegahan Rasullullah saw yang menegah kita berpuasa satu hari sahaja satu- satunya seperti pada hari Jumaat, namun begitu jika tidak berkemampuan, tidaklah menjadi apa- apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada Hari 'Asyura


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa Hari 'Asyura iaitu :

- Berpuasa pada hari 'Asyura sahaja.
- Berpuasa pada Hari Tasu'a (9 Muharram) dan pada Hari 'Asyura (10 Muharram)
-Berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan pada hari selepasnya (11 Muharram)
-Berpuasa pada ketiga- tiga hari tersebut. 

Selain daripada melakukan puasa pasa Hari 'Asyura, orang Islam juga disunatkan untuk menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)


Niat puasa Hari Tasu'a : 9 Muharram (13 Nov 2013)
"Nawaitu sauma gadhin min yaumi tasu'a sunnatan lillahi ta'ala"

Niat puasa Hari 'Asyura : 10 Muharram (14 Nov 2013)
"Nawaitu sauma 'asyura sunnatan lillahi ta'ala"





* Ya Allah....dalam sibuk2 da hampir terlupa, mujur mak ingatkan kejap tadi....
alhamdulillah...aku mmg selalu terlupa hal2 mcm ni, nasib baik la mak selalu jer ingatkan...sebabnya kalau kat rumah mmg satu rumah kene puasa sbb mak pun x masak...so bila mak x masak semua org x makan, so bila x makan mak kata lebih baik la puasa sunat...dapat pahala dan klau dibuat bersungguh dpt syafaat Rasulullah saw..kan :)

selamat berpuasa yer semua....jazakallahu khair



No comments: