Assalam..
Ari ni nk kongsi tips2 semasa memohon & mengisi borang permohonan HLP & CBBPTB..tips2 ni adalah dr pengalaman sendiri dan juga tips yg dikongsi oleh ahli-ahli panel penemuduga dan pegawai2 Bahagian Tajaan sewaktu kami menghadiri kursus persediaan..InshaAllah semoga dpt memberi manfaat kepada rakan2 yg sedang dalam proses memohon yer..
- Baca dan fahamkan syarat, tatacara dan panduan mengisi borang dengan teliti. Pastikan anda benar2 layak dan menepati syarat utk memohon. Ada bbrapa syarat wajib yg anda perlu penuhi sebelum memohon jd baca betul2 yer.
- Pilih kursus yg paling bersesuaian dengan apa yg sedang anda ajar ataupun yg paling hampir dan berkaitan dgn major/minor anda semasa degree dulu. Ada yg memohon kursus yg lari jauh dr bidang sendiri kerana dia rasa mungkin senang nak dapat tapi effectnya ialah bila anda kena buat proposal & disoal waktu interview nanti. Ada calon yg langsung x dpt menjawab soalan panel sebab kursus yg dipilih bukanlah bidang dia.
- Semak markah LNPT anda. Ini ditekankan oleh panel penemuduga kerana ia adalah kriteria paling penting dalam proses pemilihan calon. Pastikan anda mendapat markah 85% ke atas untuk tiga tahun kebelakangan. Bonus kepada calon yg memperolehi 90% ke atas kerana peluang untuk disenarai pendek lebih tinggi.
- Pastikan anda bebas dari apa- apa tindakan tatatertib. Sejarah tindakan tatatertib akan menjejaskan peluang mendapat tawaran. Mungkin juga takkan tersenarai langsung.
- Pastikan anda telah mengisytiharkan harta. Antara syarat penting dalam permohonan, jika belum cepat2 buat dan cepat2 minta ketua jabatan luluskan.
- Semak buku perkhidmatan anda, jika ada sebarang perkara yg belum dikemaskini beritahu kepada kerani anda dan minta dia kemaskinikan sebelum salinan dihantar bersama2 borg permohonan (cth : naik pangkat/ gaji, penganugerahan APC dsbnya)
- Isi semua bahagian dlm borg permohonan dgn lengkap. Pastikan anda tulis semua maklumat yg diperlukan. Maklumat paling penting adalah di bahagian pencapaian dalam perkhidmatan kerana ini adalah markah dan kriteria penting yang akan dinilai semasa proses pemilihan, pastikan anda tulis semua sumbangan/ keterlibatan anda semasa dlm perkhidmatan, segala penerbitan/penulisan cth jika anda pernah terlibat membangunkan buku teks/ modul/ standard kurikulum/ panel pemeriksa kertas soalan/ panel pembina soalan dsbnya. Sertakan sijil2 atau jika tiada sijil blh sertakan salinan surat panggilan mesyuarat/ kursus sebagai bukti. Nyatakan juga jika anda menerima apa2 anugerah cth : APC/ anugerah kurikulum atau kokurikulum/ peningkatan pencapaian dalam peperiksaan PMR atau SPM. Sertakan salinan sijil atau apa sahaja dokumen bertulis yg blh dijadikan bukti.
- Setelah selesai mengisi borang online, semak semula dgn teliti semua bahagian yg perlu diisi sebelum anda tekan butang hantar. Tarikh akhir permohonan online sehingga 24 Mei 2014.
- Selesai hantar borg online, cetak satu salinan dan tandatangan. Pastikan semua dokumen yang perlu dihantar disahkan dan disusun seperti dalam senarai semak. Semua borg2 dan dokumen perlu ditebuk dan diikat bersama spt dalam senarai semak. Double check utk pastikan semuanya lengkap.
- Dapatkan perakuan dari Ketua Jabatan/pengetua. Selepas tu dapatkan perakuan/ pengesahan Pengarah Pelajaran Negeri. Hantar awal ke JPN supaya anda tak terkejar2 kerana Pengarah selalunya sibuk dan tiada di pejabat (memang akan makan masa). Peruntukkan dlm seminggu utk dapatkan tandatangan beliau. Selalunya kerani JPN akan call utk minta anda ambil borg yg dah ditandatangani.
- Hantar borang permohonan anda sebelum atau selewat2nya pada 30 Mei 2014. Pastikan borg anda betul2 sampai ke Bahagian Tajaan. Nak selamat guna Poslaju atau kurier, nk lg selamat hantar je by hand kalau dekat. Ada je kes surat tawaran tersangkut di pejabat pos, jadi pastikan usaha anda menulis dan menyediakan semua dokumen tu tak sia2 ok.
Alhamdulillah...selesai dah satu fasa...mmg tedious dan byk kerja kan, tp jika ada kemahuan kita kenala usahakan..jgn putus asa ok..InshaAllah jika ada rezeki rakan2 akan disenaraikan untuk menghadiri temuduga (satu lagi fasa yg agak menggerunkan sbnarnya..hehe)..
Sementara menunggu tawaran temuduga bykkan buat solat hajat dan solat dhuha...ada calon yg berkali2 memohon tapi tak pernah dipanggil temuduga, ada juga calon yg memohon sekali dan terus berjaya dipanggil temuduga dan dapat tawaran...semuanya rezeki, mcmn berusaha sekalipun akhirnya semua akan ditentukan oleh Allah juga kan..jadi jgn putus asa dan berusaha lagi sambil bertawakal kepadaNya...InshaAllah
Akan dikongsikan nanti cara2 penulisan dan contoh2 proposal yg perlu disediakan untuk temuduga, juga tips dan soalan2 yg selalu ditanya semasa sesi temuduga (soalan2 ni dikumpulkan dri pengalaman sendiri dan rakan2 yg berjaya mendapat tawaran)..sama2 kita berkongsi nanti dan mendapat kebaikan daripadanya yer...
All the Best buat semua rakan2 yg memohon! :)
* utk dptkan lebih tips, boleh la berkunjung ke blog cikgu dahlia..dulu masa memohon pun byk dptkan tips dr dia, ramai rakan2 guru pun refer kepada dia masa memohon..she's very2 helpful...nk cari blog dia taip je cikgu dahlia atau kat sini http://www.cikgudahlia.com/ (cikgu dahlia, i'm sending more crowds ya...hehe) :)
*maaf, email lama tu dah crash...x blh buka dah..so apa2 boleh email guna email baru ni yer: farahlizaisa@yahoo.com
1 comment:
Assalamualaikum... Saya teringin sgt nak apply HLP ni... Tapi masuk tahun ni baru genap 3thun ngajar. Sangat kosong nak sediakan bahan apa semua. Mohon tunjuk ajar yaaa... �� ingat nak apply pendidikan khas ntuk deaf...
Post a Comment