Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya 2011






entry kali ini bukan untuk menjeleskan sesiapa yer.....cuma untuk berkongsi kesyukuran kerana diberi rezeki dibulan yang mulia ini.....alhamdulillah, kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus hari raya kepada semua penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji taun ni...bonus ini akan dibayar pada pertengahan bulan ni, dapatlah digunakan untuk shopping baju raya anak2 (macam ler aku ader anak....anak yg x pakai baju ader la....hehehe) atau digunakan untuk membuat persediaan raya nanti..rasanya ini adalah bonus terbesar semenjak tahun 2007 kerana lepas tu kerajaan tidak pernah lagi memberi bonus kecuali wang ehsan RM500 untuk hari raya (angpau raya dorang panggil....hehehe)....

jadi gunakanlah duit tu ngn berhemah...berjimat cermatlah membeli barang keperluan.....ni belum dapat lagi dah berangan2 nk pi perabihkan...yang pompuan biaserlah nk shopping baju ngn tudung, nak beli kuih rayerla....mcm2 lagi la.....kalau yg lelaki shopping baju(dorang mmg x heran bab beli kuih raya, makan jer pandai)...beli henpon baru la, ntah2 duit tu gi makeup kete....hehehe

anyway tima kasih gak pada gomen sebab sudi bagi bonus taun ni....kata some peoples sebab dh nak pilihanraya sbb tu dapat lebih taun ni...ader yg lagi jahat mulut tu bole cakap bonus ni rasuah dari kerajaan...nauzubillah, x baik tau...klau kita anggap sebagai rasuah dh x halal utk diterima, nanti nak beli makan minum, baju anak bini, takkan nak anggap guna wang rasuah pulak...kan?.... sebenarnyer kita kene bersyukur, at least mereka prihatin gak ngn nasib rakyat....bygkan kalau xder bonus taun ni mesti hari raya x berapa meriah kan.....kan

shopping shopping gak....zakat fitrah jgn lupa bayor....wajib tau untuk yg beragama islam....kt bawah ni jadual zakat fitrah yg perlu dibayar mengikut negeri




mama dapat bonus eak.....yeaaayyyy !!bole ar mama beli hadiah rayer tilam baru utk ijioy yer
tilam lamer tu dh x muat la.....cakit badan ijoy tido dalam tu taw

hmmmmm....tengok tu, duit belum masuk lagi dah ader yang men'gepau'......sabor je laaaa
iyo lah jijoy.....kalau ader extra nanti mama belikan la yerrrr.....
(zakat bebudak bulus pulak.....huhuhu)


Saturday, March 5, 2011

Please stop dis cruelty.....

hi semua...rasa terpanggil nak share something yg tgh hangat di facebook sekarang terutamanya di wall aktivis2 dan pecinta haiwan...sila lihat video ini (hanya utk the brave heart...yg cemeng cam aku elok xyah tengok la)...so saper2 yg xnak tengok, video ni yg dirakamkan cctv di serdang adalah mengenai kekejaman sorang manusia terhadap anak2 kucing, dikatakan si bodoh ni menyeksa, menendang, memijak, memukul ngn payung dan seterusnya membunuh anak kucing...apa yg x diketahuinya semua perbuatannya dapat dirakamkan oleh cctv yang ada di kawasan tersebut..maybe dia pon x expect ader cctv kt situ...dan akibat keje bodoh dn x berperikemanusiaan yg dia buat tu, video dia menyeksa dan membunuh anak2 kucing tu disiarkan dgn meluas di internet menyebabkan kemarahan semua pecinta2 haiwan...dn dia diburu mcm serial killer..hehehe, pdn muka, mmg xder otak!! heeee....geram aku



to be honest...aku sendiri pon x tengok lagi video nih...serius...aku x tahan nak membayangkan penderitaan yg dialami oleh si comel tu, takut terbyg2 n x boleh tido lak nnt...klau korang berani korang tengok la n judge by urself....betapa kejamnya seorang 'binatang' yang bernama manusia.... :(((


pompuan tomboy (pompuan tuuu....sedihhh!!) yg digelar 
'The Serdang Cat Killer' ni akan hadir di press conference besok  
(Ahad, 6 March 2011) di Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hin Wah's service center utk wat explanation mengenai kekejaman yg dia wat kt ank2 kucing tu...alamatnya di 1121-1B, Jln Sekolah, Kg Baru Seri Kembangan...police report akan dibuat selepas press conference tu dan aduan rasmi kepada jabatan perkhidmatan haiwan pada hari isnin....serve her right!! :)


saper2 yg duduk berdekatan sila la datang memberikan sokongan dan menyatakan pendirian tegas kita terhadap penganiayaan haiwan...kita x boleh bertolak ansur terhadap manusia yang bersikap kejam begini...undang2 negara kita pun masih longgar mengenai perkara2 ni, bkn mcm di luar negara...mereka dh ada undang2 yang ketat dan hukuman yang keras terhadap sesiapa yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan...kalaulah di malaysia pun dpt dibuat mcm tu.....tapi aku bangga sbb sekarang dh ramai yg sedar tentang hak2 terhadap haiwan ni, byk group2, persatuan2, aktivis dan pecinta2 haiwan yg emerged utk mempertahankan hak thadap haiwan sekarang dan aku bangga menjadi salah seorang dr mereka, wlaupun sumbangan masih kecil dan x seberapa aku harap satu hari nanti semua org di malaysia ni akan membuka mata hati mereka utk menyayangi haiwan dan melayan haiwan ngn adil...haiwan adalah makhluk bernyawa, meskipun mereka x dapat berkata2 tapi mereka punye perasaan dan perlu disayangi...pd kawan2 pecinta haiwan sekalian, teruskan usaha anda memperjuangkan hak utk haiwan2 comel ini ok :)


mcmaner la seorang manusia sanggup menyeksa dan membunuh budak2 meow secumil ni kan,...... 
ape la ader dalam otak dia agakknyer???
........dunia dh nk kiamat agaknyer..... hmmm

update kat sini:


dis psycho really2 sickkk!!!

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432H




Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan.
Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam. Amalan terbaik yang boleh kita lakukan sempena menyambut hari yang berbahagia ini adalah memperbanyakkan doa dan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua akan tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat oleh baginda Rasulullah..insyaallah




Selawat Nabi



Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

Monday, January 31, 2011

Hujan oh Hujan


hujan masih blum berenti...dari malam membawa ke subuh, subuh membawa ke petang, petang membawa ke malam...rasanya akan membawa ke subuh balik...hujan rahmat kata orang..alhamdulillah...lepas musim kemarau dan panas melampau, tiba pulak musim hujan...aku suka hujan...dan bau rumput selepas hujan, rasa mcm timbul satu perasaan syahdu yg x dapat digambarkan...tp klau lama sgt hujan..smpai berhari2 byk pulak keje2 yg tertangguh kan...lagi2 plak skang ni musim cuti CNY...nk bergerak kemana pun pyh, plan semua kensel... sudahnyer dok memerap kt umah je la.. bgus gak tu jimat duit, jimat tenaga n jimat petrol...hihihi....then, bila musim ujan time ni gak la musim demam, musim selsema, musim mc...hehehe....biasala tu, pada yg tgh demam or dh ader simptom2 nk jatuh sakit, cepat2 makan ubat okeh n cepat2 sembuh sebelum berjangkit kt org lain plak...hehehe :P
ckp pasal hujan yg xmo berenti2 ni, jabatan meteorologi malaysia pun dh kluarkan kenyataan akhbar mengenai tentang amaran hujan lebat supaya penduduk dapat berjaga2...especially for those yg dok kt tempat2 rendah dan slalu banjir..manala tau sebab hujan yg turun x berhenti2 ni, so dapatla alert dan boleh wat preparation mana yg patut..hopefully xder la tempat yg banjir kan...kesian, nanti diorg kena berpindah randah...tu blum masuk lagi kerugian harta benda....so pada sape2 yg check tentang cuaca bole click kt bwh ni





tapi kan, ade gak yg suka hujan x berenti...lagi best katanya...sebab dr subuh membawak ke malam dok beguling2 kt katil xmo bangun, bangun pun utk makan jer, pastu sambong blik wat air liur basi...hehe, xder aper pon yg diorg nk kesahkan...xder ape yg diorg nk risaukan....aper nk risau, mama kan ader.....hehehe

best plak tgok diorg tido peluk2 camni...hehehe

haa...yg ni kepala nye....pas kna kacau ngn adik2 masa tido kt sofa, msuk bilik sambung tido lagi kt atas katil lak...huhu

Tuesday, January 25, 2011

My 'Root Canal' Day


ahah...nk story mory nih....ari ni aku ader appointment utk wat rawatan akar gigi kt klinik gigi PD...rawatan akar atau bhasa omputihnyer root canal treatment adalah antara prosedur yg sgt ditakuti dan digeruni oleh ramai org kerana dipercayai ianya amat menyakitkan....cam urban legend sgt kan...aku dh lama mengelak nak buat root canal ni cause my exp with dentist never been a good one...slalunya myakitkan dan aku akan sakit berhari2 lepas jmpa dentist...tapi dsebabkan dh x tahan nk menanggung kesakitan di malam ari lgi, aku nekad dpatkan rawatan...ape nak jadi jadi la janji gigi aku x sakit lagi...huhuhu

so, bila jer lepas endodontist (pakar yg wat root canal ni) buat x-ray gigi aku...mcm2 soklan yg aku tanya...sbnarnyer nk ilangkan gugup...hehehe, dr chan nama dia....dr pompuan cina muda yg pada pndangan aku yg penakut ni nmpak mcm dr trainee...alamak, dr trainee ke... abih la aku jap lagi ni...mula la rasa sakit perut, mcm nk kluar jer dr bilik surgery tu....bila doc suntik anesthetic kt gusi ngn jarum besarnyer tu jam tu la aku dh rasa mcm nk melompat turun dr krusi tu n cabot lari...tapi mcm x caye, actually tu je sebenarnyer sakit yg aku rasa spanjang prosedur tu....mmg terasa bila doc start drill gigi aku, n clearkan canal ngn jarum tapi bkn rasa sakit...amazingly, aku mmg sgt tenang...n once terasa cam nk tetido....pastu wat skali lagi x-ray n doc tutup lubang yg dia gerudi tu...n that's it....lagi 2 mggu dtg utk next appoinment....so much for the fear...hahaha, klaka sgt bila mngingatkn yg aku sggup tahan sakit, telan painkiller sbb xnk buat procedure root canal ni...thank you doc...u totally change my point of view....hehehe


 ok, per tu root canal ni....ni adalah rawatan alternatif utk menyelamatkan gigi tanpa perlu mencabut gigi tu...slalunya akan dilakukan pada yg mempunyai masalah gigi yang rosak teruk sampai ke bahagian lapisan pulpa atau bagi kes aku, gigi yang telah mati....root canal treatment ni dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi...kalau x buat gigi tu mungkin akan bertambah rosak dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan akan menyebabkan jangkitan atau nanah....eeee xnak...so tgok kt gamba kt atas camner treatment ni dibuat :


first...endodontist akan wat x-ray utk tgok sejauh mana kerosakan yg dh berlaku pada gigi dan kawasan sekitarnya...
next..dia akan suntik bius so kita xkan rasa sakit, skarang cucuk je terus rs kebas....bkn cam dulu2 kna tggu jap bagi mulut kita kebas(klau x kebas, doc dulu2 cucuk lagi...huhuhu)
pastu, doc akan mendrill/ menggerudi satu lubang/canal kt gigi kita,ala sebesar jarum jer (bgi kes aku la)...dn kluarkan pulp yg mngandungi salur darah dan akar gigi kita yg rosak tu...
then....doc akan shape ruang kosong tu dan diisi ngn sejenis bahan mcm getah (gutta percha) utk tutup saluran canal tu pastu buat crown yg menyerupai gigi pada bahagian atas gigi yang dilubangkan tadi...
pastu dah siap...mgkin dtg utk beberapa appoinment utk wat follow up....keseluruhan treatment mgkin memerlukan 2-3  appoinments...pastu gigi kita dh x sakit lagi....senang kan :)


so, nasihat aku...toksah dgr sgt citer2 yg menakutkan mngenai treatment root canal ni, pegi jer cuba dulu, klau takut...tanya doc betul2 mcmn sbnrnyer treatment ni.... relax n patuhi smua arahan doktor slepas rawatan...oke..dan yg penting sayangi la gigi anda, dapatkan rawatan sebelum terlambat....nk pakai lama woooo, xkan muda2 lagi dh nk pakai gigi palsu kan...hikhikhik


ni la gigi aku skang...cantik tak?....prasannnn sgt kan, hihihi :)

p/s : sbb rs gembira ngn treatment root canalku yg berjaya ari ni....jom kita pegi saloon cuci rambut....huhuhu (errkk...per plak kaitannyer kan...suka ti aku la, aku klau happy aku gi cuci rambut...hahahaha)

Friday, January 21, 2011

HLP dan Cuti Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

alhamdulillah, iklan yang ditunggu2 dh pun kluar kt website kpm....jom la kwn2 cekgu, kita mohon samer2...maner tau ade rezeki dapat kita smbung blajar, aku tau...ada yg dh selesa ngn hidup skrang, nak2 yg dh ader family or anak2 kecik...mmg klau bab smbg blajar payahla skit kan...maner nk urus kluarga, urus anak...tapi ade jugak yg dh berkeluarga tapi still bersungguh menyambung pelajaran sampai dapat phd...respek btul ngn dorang ni...siapa kata x cukup masa kan...masa tu kan kepunyaan kita, hanya kita sendiri yg tahu mengurus masa kita sebaiknya...bak kata org dulu2, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih...:)

pada aku zaman belajar ialah zaman paling indah, seronok sangat..apatah lagi benda yg nk dpelajari tu benda2 baru....aku rasa aku ni bukan cemerlang sgt pun tp aku akui aku jenis yg bersungguh...berkat kesungguhan tu alhamdulillah cgpa aku tak pernah kurang dari 3 pointer tiap2 semester....aahh, rindunya rasa masuk kelas, terkejar2 buat assignment, buat presentation....harap2 permohonan aku ni berjaya la hendaknyer.....tujuan utama aku nak sambung belajar adalah untuk self esteem...keduanya mungkin selepas smbung belajar, aku dapat meningkatkan kerjaya (kalau ade rezeki)..... rasanya ramai pun tau, klau cekgu mcm aku smbung blajar sampai phd pon kami xkan dapat ape2, tiada kenaikan pangkat, tiada kenaikan gaji...yg dapat cuma kepuasan diri sendiri dan ilmu yg sgt2 berharga...kan...:) so ape lagi pada saper2 yg berminat nak apply klik jer kt bawah ni ok...smoga Allah meredhai dan menguatkan semangat kita dalam mencari ilmu ok :)




p/s : oh ya, pada yg dh kawen tu, mintak izin dulu dari suami  tau....pastu kalu suami x izin jgn pegi bergaduh lak...pujuk baik2 dulu, bincang pro and con...klau xder rezeki xper....redha, mungkin ader hikmahnyer tu...:)

Wednesday, January 19, 2011

Heppi Thaipusam Day!


besok cuti....Hari Thaipusam...tau x ape aku nk buat tiap2 taun msa ari thaipusam?...aku rasa mcm nk g Batu Caves, bawak camera sebijik...pas tu tengok  n amek gamba pemandangan dn aktiviti2 pnganut2 hindu yg menyambut perayaan thaipusam...then aku nk mndaki anak2 tangga tu smpai atas..pd aku ia satu perayaan yg menarik dan penuh simbolik...haa, x boleh? saper cakap....x salah kan.... mgkin satu hari hajat aku ni akan tercapai...tu pon kalau ader yg sudi nk temankan le...klau pegi sorg2 mmg x sampai la kot...hehehe...so ader sape2 nk temankan? taun depan la kot yer.... :)
Batu Caves dibanjiri jutaan pengunjung semasa Hari Thaipusam...sighting mcm kt bwh ni la yg menarik dilihat semasa perayaan ari thaipusam...amazing but eerie...hehehe...knaper dorg menyakiti diri sendiri smpai mcm ni?...inila caranya mereka menunaikan nazar dan menebus dosa pd dewa mereka, Dewa Murugan.....kira mcm penyucian jiwa la





uiyooo....mmg sgt2 berani dan penuh ngn semangat.....


Kavadi Attam
berat tau kavadi tu...hebat tul...huhu


iskkkk ngerinyer......korg rasa dia sakit tak??...huhu


p/s : can we be devoted to our religion as same as they are?......bole....just jaga yg lima perkara tu...buat ape yg disuruh dan tinggal ape yg dilarang, senang jer...Islam tu indah dan mudah...kan ;)