Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432H




Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan.
Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam. Amalan terbaik yang boleh kita lakukan sempena menyambut hari yang berbahagia ini adalah memperbanyakkan doa dan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua akan tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat oleh baginda Rasulullah..insyaallah




Selawat Nabi



Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

No comments: