Ia dilahirkan dengan 3 kaki - 2 kaki belakang yang sihat dan satu kaki hadapan yang cacat yang langsung tidak dapat digunakan dan harus dipotong. Ia tidak boleh berjalan sewaktu dilahirkan. Ibunya sendiri tidak menjaganya kerana ia tidak mahukannya. Ia disisih dan diabaikan. Pemilik pertamanya pun beranggapan yang ia tidak akan dapat bertahan hidup. Oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk mematikan- put to sleep.
Pada masa itulah peiliknya sekarang, Jude Stringfellow telah hadir membawa sinaran yang baru dan ingin membelanya. Dia berazam akan mengajar dan melatih anak anjing itu untuk berjalan. apa yang difikirkan ialah kita hanya perlukan sedikit harapan - all we need is a little hope...
Oleh sebab itu, dia telah menamakannya 'Faith'.
Pada mulanya dia meletakkan Faith diatas papan luncur air dan membiarkannya merasakan pergerakan air di bawak kakinya. Kemudian dia menggunakan mentega kacang yang diletak di atas sudu sebagai umpan dan ganjaran kerana berdiri tegak dan melompat. Anjing- anjing peliharaannya yang lain juga memberikan dorongan dan pertolongan kepada Faith agar ia dapat berjalan. Menakjubkan, dalam masa hanya 6 bulan sahaja Faith telah belajar mengimbangkan badannya diatas 2 kaki dan melompat untuk bergerak ke hadapan. Selepas menjalani latihan lanjut di atas salji, Faith sekarang dapat berjalan seperti manusia...

Faith sangat suka berjalan- jalan sekarang. Walau kemana sahaja ia pergi ia akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Faith sekarang sangat terkenal dan pernah beberapa kali muncul di media- media massa dan di rancangan televisyen. Faith juga mempunyai sebuah buku bertajuk "With a little faith" yang diterbitkan mengenai kisah hidupnya.

Pemiliknya Jude Stringfellow telah berhenti kerja sebagai guru dan bercadang membawa Faith mengelilingi dunia untuk memberi ceramah tentang "that even without a perfect body, one can have a perfect soul".
Dalam hidup akan terjadi banyak perkara yang tidak diingini. Mungkin ada seseorang yang berasa apa yang diharapkan tidak terjadi seperti yang dirancang dapat mengubah persepsi mereka dan memandangnya dari perspektif yang lain. Mungkin mesej ini dapat menukar cara berfikir yang baru dan segar kepada semua orang. Mungkin semua orang dapat lebih menghargai dan bersyukur dengan kehidupan masing- masing.
"Life is the continual demonstration of the power of thinking positive and having faith"
"BELIEVE IN YOURSELF, NEVER LOSE FAITH"
gambar dan artikel diterjemah dari : sanctuaryofhope.blogspot
2 comments:
pernah cerita dia...n faith ni penah masuk oprah show n featured dlm animal planet...
faith terkenal di serata dunia
Post a Comment