Sunday, January 9, 2011

Tahajjud Cinta.....



Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

inilah lagu pengubat hatiku...lagu yg byk memberiku erti sebuah kehidupan...mmg betul, hidup ini penuh dgn kejadian2 yg x disangka...dimana setiap kejadian yg x disangka itu akan memusnahkan impian yg telah dicipta...itulah qada' dan qadar dr Allah, sebagai insan biasa kita perlu redha dgn kehendaknya...kerana setiap apa yg telah ditentukan oleh Allah pasti ada hikmahnya...kerna Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk diri kita...dan tatkala ujian demi ujian menimpa, sehinggakan kau rasa sungguh x berdaya, sungguh x mampu lagi untuk menahannya....maka berserahlah kepada Allah, bertahajjud kepadanya...minta pertolongannya...minta petunjuknya...insyaallah, Allah x pernah mensia2kan doa seorang hambanya apatah lagi seorang hambanya yg teraniaya...percayalah
Alhamdulillah....kini aku telah temui ketenanganku, dan Allah telah memberiku petunjuk dan jalan yg terbaik utk hidupku..namun kdg2 bila kenangan itu menyapa dan aku jadi lemah, aku akan dengar lagu ini dan sedar betapa bertuahnya aku kerana masih disayangi dan dilindungi Allah...utk itu aku bersyukur kpdmu Ya Allah...tiada yg lebih besar dari cintamu..... :)

No comments: