Muhamad Hairuman terkena renjatan elektrik ketika mengambil upah membersihkan ladang kelapa sawit bersama seorang rakannya pada 26 November 2010 lebih kurang pukul 9.00 pagi. Muhamad Hairuman yang mengait pelepah kelapa sawit terkena kabel elektrik bervoltan tinggi hingga menyebabkannya tercampak dan tidak sedarkan diri. Akibat kejadian itu, adik ini yang juga bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) apabila hampir 35 peratus badannya terbakar dan melecur sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
Bagaimanapun kelmarin dia dipindahkan ke HTAR, di sini, bagi urusan memotong tangan.Apa yang meyayat hati, sejak hari pertama adik ini terkena renjatan elektrik, tiada satu pihak pun tampil memberi sumbangan. Doktor tiada pilihan lain kecuali memotong kedua-dua tangannya kerana selnya sudah mati, manakala kedua-dua kakinya kemungkinan akan dipotong kerana sudah mula mereput dan kehitaman.
Atas kesedaran ini, sebuah pertubuhan kebajikan 'GREEN RIBBON' for Charity Programme telah melancarkan kempen mengumpul dana untuk membantu adik ini. Kami berharap agar semua rakan- rakan dapat memberikan sedikit bantuan dan menyebarkan kempen ini untuk meringankan bebannya.
Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus kepada akaun kakak mangsa seperti butiran di bawah:
MARYUNI BINTI MISKON
Maybank: 162030632448
CIMB: 12570000203529
MARYUNI BINTI MISKON
Maybank: 162030632448
CIMB: 12570000203529
atau melalui GREEN RIBBON for Charity Programme di sini :
di bawah ini adalah segala dokumen dan perbelanjaan yang diperlukan untuk rawatan adik ini :






3 comments:
very gud effort farah..tq :D
tangan dan kaki dipotong pada usia semuda itu? Subhanallah.
Semoga Allah membalas kesabarannya dengan syurga. Ayuh menderma
sama2 kita membantu adik ini, derma n sokongan anda sgt besar ertinya pd beliau...trima kasih :)
Post a Comment