Friday, October 11, 2013

Hari Arafah



assalam...salam pagi jumaat yang penuh berkah..
lebih kurang 2 hari lagi umat islam yang menunaikan haji akan beramai2 bergerak dan berkumpul di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf...wukuf adalah rukun utama haji, sehinggakan ada hadis menyebut jika ada sesiapa yang tidak sempat berwukuf pada malam Arafah maka hajinya cuma dinilai sebagai umrah...semoga jemaah haji semuanya sihat dan baik2 saja dan mereka semua dapat menunaikan wukuf dengan sempurna...insyaallah

untuk kita pula yang tidak bertuah dan belum berkesempatan untuk menunaikan haji tahun ini masih dapat merebut peluang semasa Hari Arafah ni...kita disunatkan berpuasa, berzikir dan berdoa..rebut peluang yang dihadiahkan Allah setahun sekali tersebut untuk memohon keampunan untuk dosa- dosa yang lepas dan yang akan datang..pada hari tersebut juga Allah buka pintu seluas-luasnya dan beri peluang kepada hambaNya yang berpuasa sunat untuk memohon apa yang kita mahu kerana doa yang dimohon penuh ikhlas dan pengharapan pada hari Arafah oleh orang- orang yang berpuasa sunat amat mustajab dan diterima Allah...insyaallah

Jom la kita rebut peluang ni...Hari Arafah tahun ni jatuh pada  14 OKTOBER 2013 bersamaan hari ISNIN minggu depan ni...insyaallah amalan yang dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh2 akan mendapat ganjaran daripada Allah swt...


NIAT PUASA : 

“Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”



Sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam :

“Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang.”

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan olehku dan nabi-nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sebarang syirik (sekutu) bagi-Nya, bagi-Nya segala penguasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah yang berkuasa bagi setiap sesuatu.”

"Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hambaNya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah SWT menghampiri hamba- hambanya dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya ; Apa yang dikehendaki oleh mereka?"



No comments: