Tuesday, October 1, 2013

Baking Class - Moist Choc Cake & Cheese Brownies



assalam...ari ni nak update satu event ngn nak bagi satu resepi sedap...
suka tak?....hehehe


beberapa mggu lepas dapat invitation dari kelab isteri2 pegawai tentera a.k.a BAKAT dari ILMI Port Dickson utk buat baking class bg aktiviti kelab diorang...mereka yg dlm perkhidmatan tentera mmg familiar la ngn kelab ni...da berapa kali sbnarnya dpt invitation tp asik kene tolak sbb sibuk ngn meeting PAV...n diorg pulak asik drag kelas baking tu smpai masa yang aku free...huu...kesian lak tp nk buat camner...so akhirnya dapat la jugak buat satu sesi baking class kat sana, diorg request nk blajar kek kukus coklat moist...tp aku bg lg satu variation dr kek kukus tu leh buat cheese brownies lak...so alhamdulillah class tu berjalan lancar n semua produk menjadik (kalau tak jadik malu lak cekgu yg mngajar nnt....hehe)..best lak rasanya ada kelab untuk isteri2 pegawai tentera mcm ni..siap ada satu rumah kelab yg dibina khas utk buat aktiviti kelab...mcm2 la, belajar menjahit la, memasak, menyulam..belajar mengaji dan solat..ada je aktiviti hujung minggu yg bermanafaat utk diorg ni.. kakak2 ni pun semua baik2 dan ramah walaupun ada antaranya isteri pegawai2 tinggi dlm tentera..aku yg nervous lak, ye la bkn sama mcm nak mngajar budak2 skolah...tp diorang ok jer, ramah dan banyak bertanya..next time kalau ada request insyaallah akan cuba la meluangkan masa utk buat baking class lagi...insyaallah panjang umo kita jmp lagi yer :)








nak resepi tak?? hehehe....
resepi ni mudah jer, x payah penimbang..pemutar kek bagai kecuali kalau nk buat yg cheese brownies tu...
pastu dia masak kejap jer...n kita boleh improvise dia bg dia lg sedap ikut kesukaan kita
dgr feedback ada kakak2 tu yg dah buat da bg hubby memasing makan n ader yg da jual kat ofis pun...alhamdulillah bermanfaat juga ilmu yg diberi  pada orang lain... :)
aku paste kt bwh ni yer....selamat mencuba! :)



KEK COKLAT MOIST (KUKUS & BAKAR)



Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus/ kastor
1 cawan susu pekat
3 biji telur (saiz B)

Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 susu kecil serbuk penaik/ baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate

Bahan C :
1 cawan air panas

Cara membuatnya :

Campurkan semua bahan A dalam mangkuk adunan. Pukul adunan hingga sebati. Campurkan semua bahan B dan ayak. Campurkan sedikit- sedikit ke dalam adunan A yag telah dipukul tadi. Masukkan air panas ke dalam adunan. Kacau rata hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas plastik sehingga ½ penuh dan kukus sehingga masak. Jika menggunakan loyang, gris loyang dengan dengan sedikit marjerin dan alas dengan kertas minyak. Tuang topping coklat di atasnya dan tabur dengan coklat rice atau badam.


Coklat Topping :
3 sudu besar marjerin
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
¼ cawan gula kastor
½ cawan susu UHT

Cara membuatnya :

 Cairkan marjerin bersama koko di dalam periuk menggunakan api perlahan. Setelah marjerin cair dan sebati dengan koko, masukkan susu pekat dan gula kastor. Kacau hingga licin. Masukkan susu UHT dan kacau hingga sebati.

Cheese Layer :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus/ kastor
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan air/ susu

Cara membuatnya :

Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati. Masukkan telur dan air dan pukul lagi. Seterusnya masukkan tepung gandum. Teruskan pukul hingga semuanya sebati. Kukus ½ adunan kek coklat dahulu selama 15 minit. Kemudian tuang adunan cheese layer dan kukus lagi selama 15 minit. Seterusnya tuang lebihan adunan coklat tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak. 



Enjoy!! :)



2 comments:

Mijoe said...

resepi takmo! nak sample terus boleh tak? keh keh...

Farahliza Isa said...

adesss...tunggu 'hari rajin' yerrr

hehehe :P