entry ini khas didedikasikan kepada mereka2 yg pernah disayangi, amat2 dikasihi dan akan tetap disayangi, dikasihi dan diingati sampai ke akhir hayat....kamu semua sentiasa akan berada di dalam hati kami..terima kasih kerana pernah membahagiakan, dan mengisi ruang2 kehidupan kami semua dengan telatah dan kasih sayang kamu semua...sehingga kita bertemu kembali suatu hari nanti dengan izin Allah...insyaallah
whicky...mama x mampu halang kamu jika kamu x mau duduk di rumah..kamu sentiasa hilang dan sentiasa ketakutan bila tiap kali org asing datang, entah apa trauma yg kamu hadapi masa kecil hingga susah bagi kamu utk percaya pd manusia..kamu hanya percaya pada mama, hanya mama...bila nenek dan atok datang sebab mama terpaksa tinggalkan rumah kerana bertugas di luar, berhari2 kamu tak balik...dan kamu cuma datang bila mama cari dan bawak kamu balik..begitu juga yg terjadi pada kali terakhir mama tinggalkan rumah, kamu x balik berhari2....dan bila mama balik mama x berjaya menemui kamu dimana2, walaupun mama mencari kamu hampir setiap hari..dan dari sehari itu menjadi dua hari...tiga hari...seminggu...dua minggu...sebulan....dua bulan......
dan mama masih akan terus mencari..tanpa jemu2..dan sentiasa berdoa jika kamu masih hidup, semoga kamu sentiasa selamat dimana pun kamu berada...dan jika kamu telah tiada semoga kamu aman dan bahagia di sampingNya...mama akan sentiasa merindui kamu whicky...sentiasa...

woffie...kecil, comel dan manja, in fact terlalu manja...mama put kamu for adoption supaya kamu dapat byk kasih syg dan perhatian..lebih byk dari apa yg mampu mama beri...dan alhamdulillah, kamu dapat keluarga yg begitu menyayangi kamu..namun umurmu x panjang, berita sedih pemergian kamu kerana dilanggar kereta mama terima dengan menahan sebak dan kesal...andailah mama tahu mama xkan beri kamu pada org lain, mungkin kamu akan membesar dengan baik dan sihat disini..tp sudah ketentuan Allah tiada siapa dpt menghalangnya...semoga kamu sentiasa bahagia dan gembira di sana yer sayang...

queen...sehingga skrg mama x pernah berhenti berasa kesal dan terkilan kerana tidak mampu berbuat apapun utk kamu...meskipun kamu cukup segala-galanya, tapi hanya kamu dan Allah saja yg tahu derita yg kamu tanggung..kamu telah ajar mama erti ketabahan dan kasih sayang...kini, mama pasti kamu sudahpun mampu berlari2 dengan riang dan kamu telahpun berjumpa balik dgn anak2 kamu yg comel2 tu..peluk cium mereka utk mama yer sayang..rindu kamu sgt2 queen....
syawal....apalah lagi yg mahu mama tulis tentang kamu..pejuang kecil yg x pernah kenal erti tewas, kamu telah melawan penyakit dan segala ujian keatas kamu dengan kuat dan tabah...keinginan kamu untuk terus hidup sgt kuat namun Allah lebih menyayangi dan mengasihimu...dan Dia x mahu lagi melihat kamu terus menderita menahan kesakitan...semangat kamu yg hidup dalam hati mama, hati bapak dan hati ramai lagi takkan pernah mati sampai bila- bila pun..tenanglah disana wawal, kamu telah merasa bahagia dan disayangi sebelum kamu pergi..dan mama harap kamu juga sentiasa merasa bahagia dan disayangi disana..
chiko...anak manja kesayangan mak...kamu dah jadi ahli keluarga kami bertahun2 sebelum kami pindah ke Teluk lagi...mungkin 7-8 tahun kamu kan...muda sedikit daripada kakak shiro..budak gebu yg sgt baik, sgt manja...tp ada satu tabiat buruk yg x dpt diubah2...suka sgt duduk di dalam longkang..yg mngakibatkan kamu meghidapi penyakit kulit yg kronik..acapkali dibawa ke vet dan dirawat, bila baik duduk balik dlm longkang..begitulah sehingga mak tak tahan lagi..kerana kasihankan kamu mak bwa kamu kesini supaya kamu boleh duduk dgn aman di cattery dan supaya kamu boleh sembuh..comel mcm dulu...2 minggu mama rawat kamu, beri kamu mkn ubat..beri makan yg terbaik dan bulu kamu mula kembang semula dan penyakit kamu beransur baik...2 minggu yg agaknya bagi kamu sgt mnyeksakan...dan sebab itu pada satu malam kamu lari dari rumah melalui celah dawai yg mama pasang di grill...bagai nk gila mama cari kamu hingga ke depan padang sana...seminggu usaha mencari kamu dan genap 7 hari kamu hilang, akhirnya mama jumpa kamu...x jauh hanya 50 meter dari rumah...di tempat yg entah berapa ratus kali dah mama lalu dan cari kamu di situ...tp yg mama jumpa cuma jasad, yg dah........x dpt digambarkan dgn kata2 betapa luluh hati mama menemui kamu dlm keadaan begitu.....mungkin kamu juga berusaha utk mencari jalan balik ke rumah, sikit lagi sayang...sikit lagi sebelum kamu tertewas...mama kuburkan kamu disitu dgn pasir pantai sbb jasad kamu dah x boleh dialihkan...maafkan mama x berusaha mencari kamu dgn bersungguh2...maafkan mama...




3 comments:
T_T
mereka semua dah happy kat sana, dan tentu sekali mereka tak pernah lupa jasa tuan2 dan orang yang pernah mengambil berat pasal mereka... :)
till we meet them again~~~ soon...
Post a Comment