Friday, January 18, 2013

Life without FaceBook


                                              
                      -entry ini adalah mengenai diri sendiri untuk peringatan diri sendiri-


genap 10 hari tidak ke sana...alhamdulillah
tp ader gak cheat day..hari sabtu...cuma satu hari seminggu
utk balas mesej2 dan tgok benda2 penting yg dihighlight...
itu jer...no wallpost, no unimportant comments, no nonsense
tp satu hari tu membalas 5-6 mesej...hampir semua bertanya yg sama
"eh, maner kau dh lama x nampak?"
yg bertanya tu pulak beratus batu jauhnya...
nampak sgt dulu hari2 boleh nampak aku kat sana....huhuhu
bukan nak jadi baik...bukan jugak cakap sebelum ni aku jahat
tapi nak kurangkan..sbb sebelum ni rasa sgt attached...sikit lagi rasa dh jadi FB addict
bila gembira FB, bila sedih FB, bila boring FB, bila mood ntah hape2 ntah FB gak
bila lapar, bila sakit, bila nak berak pun semua nak di post (ni aku x penah buat...ekekeke)
...haihh
tak perlu kot rasanya nk bagi tau satu dunia apa yg kita rasa..
macamlah satu dunia tu kesah nak tau pasal kita

tapi kdg2 rindu.....sebab
situ tempat jumpa balik kawan2 lama yang dirindu
juga kawan2 baru yang baik2 semuanya
tempat bertanya khabar, berkongsi idea, bertukar2 fikiran
juga tempat meluah perasaan, dan meminta nasihat
rindu sgt2...
tapi aku tak ralat...sebab
 situ jugak tempat aku tahu tentang kebenaran, penipuan, pengkhianatan...
tempat aku pernah dikeji, dinista...dan dipandang serong
situ juga tempat aku pernah hilang kawan..
dan hilang orang2 yg sgt dikasihi...

orang kata 50% drpd keperibadian kita dapat dikenali melalui apa yg kita tulis di facebook dan blog
betul ke? maner dpt fact ni?? ntah yg % tu aku hentam je sbb da lupa..ekekeke
tp mmg betul kan?
sebabnya bila berkata depan2 kita mampu nak kawal emosi dan perasaan..
penyampaian pun jadi lebih lembut dan terkawal
(ader org kata bila cakap depan2 berlakon jer lebey...tp sekurang2nya kita masih boleh jaga perasaan org lain kan?)
tp bila menulis kita menulis dgn hati..dan hati selalunya jarang menipu, dan susah dikawal
kita tulis ikut sedap rasa, sakitkan hati musuh kita...juga org2 yg pernah kita sayang
dah x fikir dah panjang2...
dh x siasat mana yang betul mana yang tidak
x fikir dah yg baik dan buruk
dan x fikir dah hati2 yang akan terluka...
sbb apa? sbb mereka2 tu bukan ada depan kita...so pedulik hape kan?

dulu2 ada pepatah ; kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
tapi sekarang ; 

Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh...
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu...
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah...
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan....
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan...
Kerana facebook: Kita Boleh Perbodohkan Orang & kawan...
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri...
Kerana facebook : Kita Tertipu....
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat...
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan...
Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya
Diri Dah HOT! :P

 (copy dr google...hehehe)


mungkin aku akan kembali satu hari nanti...sbb aku x penah ckp aku akan tinggalkan terus...FB la yg temukan aku dgn group kawan2 susah senang yg aku ader sekarang...tapi bukan buat masa ni...buat masa ni cheat day hanya hari sabtu...cuma kalaulah aku betul2 kembali, aku akan pastikan yg aku akan gunakannya lebih ke arah kebaikan....insyaallah

till then facebook....be kind to others and try not to miss me ya...hehehe :)


3 comments:

Mijoe said...

takde pesbuk pun ok pe...ade blog kan.. :)

Encik Ayie Yang Garang said...

bila nak berak pun semua nak di post--> aa ini perli ai ker?? ai sedih la begini~~!

*pesbuk penting untuk call for meeting. ha ha ha esp main bekcinten dan makan makan~!

Farahliza Isa said...

nak jadi mcm en.mijoe..happy jer xder fesbuk..hehe

en ayie..hoiiii! ni entry citer pasal diri sendiri la..ai ni dok leka ngn fb sampai semua keje terbengkalai, so tinggalkan kejap sblm jd addicted..eh, penah ke awak update pasal berak? x prasan pon...ekeke