Thursday, June 27, 2013

Air tangan orang yg tidak solat...



air tangan org tidak solat lebih hina dari air kencing anjing hitam


Sesungguhnya orang Islam yang meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya,pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”Dengan izin Allah S.W.T,akhirnya isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak,lelaki ni pun runsinglah. Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Jika umat Nabi Muhammad S.A.W bernazar benda yang haram, maka tak payah lakukan.Tapi kena bayaran dam(denda) atau sedekah. Tapi pada zaman Nabi Musa A.S, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu, si lelaki yang mendapat anak itu dengan susah hati pergi bertemu dengan Nabi Musa.
Dia menceritakan  apa yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi dikehendaki minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa A.S perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut. Justeru itu,lelaki tersebut pun merasa senang hati dan terus menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Kisah ini menunjukkkan bahawa betapa hinanya orang yang tidak solat, sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu  baru air bumbung rumah, belum air tangan orang yang tidak solat lagi. Justeru itu jangan sesekali kita meniggalkan solat dengan sewenang-wenangnya kerana azab yang akan diterima nanti amtalah siksa dan pedih. Solat perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti adalah solat. Baik amalan solat maka amalan lain pun akan menjadi baik dan akan dipermudahkan. Jika solat kita ada malsah maka amalan lain pun akan turut bermasalah. Kerana solat itu merupakan tiang agama kita, jika runtuh solat maka runtuhlah agama, ibarat membina rumah rumah tanpa tiang.
Menyentuh bab air tangan ini, umat islam jangan sesekali meninggalkan solat. Jika meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Seandainya seseorang itu makan makanan yang mengggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap dan liat hendak membuat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israk dan Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah S.A.W nazak,baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali (untuk umat islam) bermaksud, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.”

* teringat kata2 mak, jgn tinggal solat...kita ni selalu masak bg org makan, jgn sampai org gelap hati makan hasil air tangan kita...nauzubillahhh.....bila aku cari2 apa maksud kata2 mak tu aku terjumpa dgn artikel ni kat blog mindailmu.com....mmg betul rupanya kata2 mak tu, insyallah lepas ni takkan lalai lg dlm menjalankan kewajipan yg diperintahkan Allah..semoga perkongsian ni bermanfaat pd sesiapa yg membacanya..aminnn

No comments: