
PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.
Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.
"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.
Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.
Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.
Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu. (Hrkh)
ish3, kalau betul apa yg jadi mmg la kesiannnn.......tu la, awak kan keje kerajaan..sepatutnya langsung x bole komplen apa2pun keburukan/ kekurangan kerajaan nih....kerajaan sekarang ni kerajaan yg paling agung, kerajaan yang bagi kita makan, yang isi periuk nasik kita...ishhh,naperla awak ni sajer2 tadah kepala mintak dipotong.. awak ni mesti x penah pegi kem jati diri ke, kem btn ke, kem bina insan ke...ala kem2 yg macam tu la, yg sampai2 gate dia jer kita kene sain akujanji ngn borang akta rahsia rasmi tu...ala yg pengisian kursusnya hanya kita2 jer tau tu...ssshhhhh :P
awak lupa la tu, yg kita kene pegang kata- kata hikmah ni :
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" (eh, bukan sepatutnya utk rakyat ke??)
"SETIA BERKHIDMAT" (kene setia sampai mati ni taww)
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH" ( saya mmg menurut je perintah...x tau perintah saper??)
kan mula2 masa kita masuk keje kerajaan kita kene sain satu akujanji khas...dalam fail peribadi mende tu yg paling penting skali.....awak lupa ler tu kannnn...sbb kalau awak x lupa mesti awak ingat semua isi si kandungan dalam tu, yg kita kene baca betul2 sebelum kita sign tu...ala kalau ada yg kita rasa x betul atau kita x setuju pun kita mesti kene sign jugak...haihh, mestila... kan nk keje kerajaan...kalau xnk pi keje jual cendol tepi jalan tu...
so pasni kalau nasib awak baik dan awak di'ampunkan' lenkali beringat....jgn lupa lak lagi, kerajaan da buat byk utk kita...kita pun kena la balas balik jasa2 kerajaan tu..tak payah la sibuk2 nk komplen itu ini, pejamkan je mata, tulikan telinga, bisukan mulut...lindungi pencen kita dan semua keistimewaan kita sbgai penjawat awam..kalau tak sekelip mata jer semua tu boleh ilang tawww...ingat tu, jangan lupaaaaa
diam2 sudah.......jgn bising2...biar kita2 jer yg tau :P

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
- pekerja hakmilik kerajaan-
(^_^)
*haihhh, sedih la....bila la nk berakhir semua2 ni agaknyer.......... :'(
2 comments:
aa kan...mesti kes terlufe ni kan Farah! :)
tu la...pelupa tul abg ni kannn ;)
Post a Comment