QUEEN..
dah lebih dua mingggu queen pergi....buat pertama kalinya mama kuatkan hati menulis tentang queen disini...maafkan mama, bukan mama malu ada kucing macam queen, bukan mama xnak org tahu tentang queen sayang..mama tak mahu org simpati pada queen, mama tak mahu menagih simpati org, mama tak mahu berasa riak dan hebat dengan segala pujian2 orang pada mama...sbb itu bukan apa yang mama mahu semasa menyelamatkan queen dan mereka2 yang lain..pada mama queen dah ada rumah, dah ada keluarga dan ada mama akan jaga queen sampai bila2...
bukan lama mama membela kamu queen...hanya 6 bulan, tapi kuatnya ikatan itu serasa seperti 6 tahun...queen anak mama yang kuat dan tabah..
dari merempat di jalan, dari dianiaya manusia hingga queen lumpuh, dari kehilangan semua anak2 queen selepas vet selamatkan mereka semua dengan kaedah caesar, dari kesakitan yang queen tanggung akibat luka dari urine burn...
queen tetap tabah....queen tetap kuat untuk terus hidup...
tapi, hari demi hari kesihatan queen merosot, luka queen makin parah.. walaupun hari2 mama bersihkan dan letak ubat, mama tau betapa seksanya queen menahan kesakitan...bila mama panggil dan queen tengok mama dalam2 dengan mata queen yang sayu tu, mama dapat rasakan penderitaan yang queen tanggung...mama sama2 menangis....sebab walau dalam keadaan begitupun queen tetap manja, dan tak pernah sekalipun queen susahkan mama menjaga queen...

Mungkin Allah dah janji, setakat ini saja usia ikatan kita...
Allah dah ambil queen balik sebab tak nak tengok queen lebih menderita....
lepas beberapa hari terawal queen pergi...mama asik bangun awal pagi mcm biasa utk uruskan queen mcm biasa, tapi mama cuma nampak sangkar yang kosong...sekosong hati mama...mama lupa queen dah pegi utk selamanya...mama lupa sebab mama dah biasa, dah jadi rutin utk uruskan queen dan bagi queen makan setiap pagi sebelum mama pergi kerja...mama rindu kamu queen, rindu serindunya sehingga kadang2 mama macm ternampak2 queen dengan ekor mata...
lepas ni dah xder lagi suara kecil dr sangkar yg mintak mama nasi dan ikan rebus hari- hari..
dah x perlu lagi mama bangun seawal pagi sbb nak bersihkan sangkar queen, nak sapukan ubat kat kaki queen, nak bagi queen makan...
dah tak perlu mama berkejar2 nak balik cepat sebab nak uruskan queen..
dah x perlu mama risau nak tinggalkan queen bila tiap kali mama keluar daerah..
rutin harian mama sudah berubah...buat selamanya
mama redhakan queen pergi sayang....damailah queen di sana bersama anak2 dan kawan2 yg lain...
biarlah, walaupun semua telah lupakan queen, yang pasti queen takkan hilang dari hati mama sayang...queen telah ajar mama satu perkara, walau sepincang manapun hidup, tabahkan hati dan teruskan...kerana Allah tahu apa yang terbaik utk kita...pinjamkan mama kekuatan dan ketabahan queen utk mama teruskan perjuangan mama...untuk selamatkan lebih banyak lagi yang lain seperti queen...insyaallah

QUEEN
27.10.2012
~ Rehatlah dengan tenang di samping Penciptamu ~

5 comments:
T_T
jangan sedih2, Queen pasti tengah tenang dan sentiasa ingat org yang menjaga kebajikan Queen selama ini...
indeed..this entry does make me cry.. be tough. Setiap kejadian ada hikmah
Sabar la wahai itu..itu je yg mmpu kite ucapkn pd dri sndri ktika rindukn ank2 bulus yg tlh pergi..
Smge dia bjmpe smula dgn kamu di sana nnti..
Amin
http://ielahinagiku.blogspot.com/
:'(
Akan sentiasa rindu dan sentiasa dalam kenangan.
Post a Comment