Tuesday, May 3, 2011

Jangan Bersedih.....


“Ya Allah…bagaimana kau boleh jadi setabah ini?” 
Itu kata-kata yang acapkali aku dengar setiap kali mereka habis mendengar - tentang aku. 
Dan setiap kali juga aku akan berkata... 
“Kerana aku redha dan telah memaafkan”…
dan kerana aku tahu, semuanya terjadi kerana Allah sangat2 menyayangiku....."

Setiap kita biasa diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Allah
Jangan bersedih, kerana kesedihan akan membuatkan air yang diminum terasa pahit,dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara
Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki sepasang mata, dua telinga, dua bibir,dua tangan ,dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan
Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, makanan untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai dan keluarga untuk anda cintai…kita sebenarnya mempunyai banyak dalam hidup …jadi mengapa harus bersedih....dan menangisi perkara yang sia-sia.....


Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangis



p/s : tetiber ter'emo' kerana satu soklan......x pyh la nk sedih2, nnt cepat tua.......... ;)

3 comments:

puteraduyong said...

la tahzan....

Anonymous said...

la tahzan :)

myQza said...

Masa saya bersedih, selalu baca buku Jangan Bersedih tu. Buku ada seorang cikgu yang beri. comel2 buku tu ada 3 set. Bila baca buku tu memang rasa tenang. =)) Farah pun mesti ada buku tukan?

satu lagi buku yg boleh beri motivasi, buku Jangan Bersedih, jadilah Wanita Yang Paling Bahagia...'

Setiap kesedihan adalah ujian!
=))